window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Longjia XDV 300i 2022 dipertontonkan, rekaan mirip Honda ADV 150, guna enjin Aprilia!

Khairil ยท Sep 23, 2021 09:00 AM

Longjia XDV 300i 2022 dipertontonkan, rekaan mirip Honda ADV 150, guna enjin Aprilia! 01

Selepas Honda X-ADV 750 dan ADV 150, ramai yang ternanti-nanti kehadiran sebuah lagi model skuter 'Adventure' keluaran jenama Jepun berkenaan yang dijangka hadir di pasaran iaitu Honda ADV 350.

Tetapi belumpun sempat ia menjengah pasaran, syarikat pengeluar motosikal China, Longjia bertindak lebih pantas dan mempertontonkan 'karyanya' yang tersendiri dalam segmen hampir sama iaitu Longjia XDV 300i 2022.

Juga baca: Bukan lagi 'khabar angin', tanda dagang Honda ADV 350 sudah didaftar!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Longjia XDV 300i 2022 dipertontonkan, rekaan mirip Honda ADV 150, guna enjin Aprilia! 01

Seperti namanya, model berkenaan dijadualkan dilancarkan pada tahun depan namun skuter berkenaan sudah pun diperlihatkan di sebagai model konsep pada China Motor Show 2021 baru-baru ini.

Dan apa yang lebih menarik, Longjia XDV 300i 2022 bakal mendapat 'sentuhan' Itali apabila dipadankan dengan enjin daripada Aprilia.

Juga baca: Honda ADV 150 kini di Malaysia!

Longjia XDV 300i 2022 dipertontonkan, rekaan mirip Honda ADV 150, guna enjin Aprilia! 02

Perkembangan itu sememangnya tampak pelik namun ia diperoleh hasil daripada kerjasama dengan Zongshen, syarikat yang memiliki usahasama dengan Aprilia dalam membangunkan model bersesaran rendah dan sederhana jenama berkenaan.

Justeru, ia akan menggunakan enjin yang sama digunakan kepada skuter Aprilia SR Max 300 yang turut digunakan oleh model Keeway Vieste 300.

Longjia XDV 300i 2022 dipertontonkan, rekaan mirip Honda ADV 150, guna enjin Aprilia! 03

Justeru, spesifikasi enjin yang digunakan itu ialah 278.2 cc, 1 Silinder, SOHC, 4 Lejang, Penyejuk Cecair yang menghasilkan kira-kira 24.8 Hp pada 7,500 rpm dan tork 24.5 Nm pada 6,750 rpm. 

Juga baca: Belum dihasilkan, tapi Honda ADV 350 dah ada pencabar baharu!

Dari sudut reka bentuk, ia sememangnya jelas mengambil inspirasi daripada Honda ADV 150 termasuk rekaan lampu depan, visor penghadang angin namun mungkin lebih agresif.

Longjia XDV 300i 2022 dipertontonkan, rekaan mirip Honda ADV 150, guna enjin Aprilia! 04

Dan sebagai model dengan sesaran lebih tinggi, ia diberikan pelbagai peningkatan termasuk penggunaan fork jenis terbalik (USD) dan panel meter TFT berwarna.

Longjia XDV 300i 2022 dipertontonkan, rekaan mirip Honda ADV 150, guna enjin Aprilia! 05

Tiada informasi mengenai harga motosikal ini didedahkan namun mengikut perancangan, ia akan mula berada di pengedar di China seawal Februari.

Juga baca: Giliran Malaysia terima Honda X-ADV 750 2021, harga asas RM 67,799!

Longjia XDV 300i 2022 dipertontonkan, rekaan mirip Honda ADV 150, guna enjin Aprilia! 06

Untuk persoalan sama ada model ini bakal tiba di pasaran Malaysia? Kemungkinan itu sememangnya ada dan boleh tiba sebagai model 'rebadge' dengan penawaran harga yang berpatutan.

Sumber: Motorida

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda