window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lorenzo bikin kejutan, juara di litar rupanya jaguh di pentas nyanyian

Khairil ยท Dec 30, 2020 09:00 AM

Lorenzo bikin kejutan, juara di litar rupanya jaguh di pentas nyanyian 01

Juara dunia tiga kali MotoGP dari Yamaha, Jorge Lorenzo membuktikan dia bukan saja jaguh di litar lumba, malah suaranya juga cukup merdu di pentas nyanyian.

Selepas menggantung sut lumbanya pada penghujung saingan MotoGP musim 2019, pelumba kelahiran Sepanyol itu mencuba nasibnya dalam rancangan pencarian bakat nyanyian, 'The Masked Singer' versi Sepanyol.

Lorenzo bikin kejutan, juara di litar rupanya jaguh di pentas nyanyian 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa yang mengagumkan, Lorenzo yang mengenakan kostum aneh seperti burung gagak berjaya meyakinkan para juri untuk mara ke final.

Lorenzo bikin kejutan, juara di litar rupanya jaguh di pentas nyanyian 01

Begitupun, dia hanya berada di kedudukan keempat dengan kali terakhir dia meraih kedudukan keempat terbaik dalam perlumbaan MotoGP adalah pada musim 2018 di GP Austria.

Lorenzo bikin kejutan, juara di litar rupanya jaguh di pentas nyanyian 02

Bagi sesiapa yang tidak begitu mengetahui mengenai rancangan The Masked Singer, ia pada asalnya dicipta di Korea Selatan sebelum formatnya digunapakai di serata dunia.

Lorenzo bikin kejutan, juara di litar rupanya jaguh di pentas nyanyian 03

Justeru, ramai selebriti atau tokoh terkenal dalam apa saja bidang mencuba nasib mereka tanpa orang ramai mahu pun juri mengetahui siapakah yang berada di sebalik pakaian yang aneh itu.

Lorenzo bikin kejutan, juara di litar rupanya jaguh di pentas nyanyian 04

Sebelum juri memutuskan siapa penyanyi yang paling tidak menonjol pada minggu itu, mereka perlu meneka identiti penyanyi itu sebelum identiti sebenarnya didedahkan.

Lorenzo bikin kejutan, juara di litar rupanya jaguh di pentas nyanyian 05

Tampil pada siri sulung versi Sepanyol diberi tajuk Adivina quien canta, Lorenzo beraksi selama lima minggu dan melangkah ke final tanpa sesiapapun tahu mengenai dirinya.

Antara lagu yang dinyanyikan oleh Lorenzo ialah ‘Morado’ dari J Balvin, ‘Walk of Life’ oleh Dire Straits dan ‘Besos’ oleh El Canto del Loc sebelum lagu ‘Piu Bella Cosa’ oleh Eros Ramazzotti menyaksikannya menamatkan saingan di tangga keempat.

Lorenzo bikin kejutan, juara di litar rupanya jaguh di pentas nyanyian 06

Menyifatkan ia sebagai 'pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan', Lorenzo - yang ketika ini tidak menunggang bersama mana-mana pasukan selepas disisihkan Yamaha sebagai pelumba ujian.

Sumber imej: wikipedia

Jorge Lorenzo (Foto: @lorenzo99/Instagram)

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda