window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lotus Tech, syarikat EV dipegang Syed Mokhtar, akan disenarai di Nasdaq

Mersita ยท Feb 2, 2023 03:00 PM

Lotus Tech, syarikat EV dipegang Syed Mokhtar, akan disenarai di Nasdaq 01

Lotus Technology Inc (Lotus Tech), yang sebahagiannya dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, dirancang untuk disenaraikan di Amerika Syarikat (AS) menerusi penggabungan dengan L Catterton Asia Acquisition Corp (LCAA.O) โ€“ menjadikan nilai tergabung kumpulan itu mencecah USD 5.4 bilion (RM 23 bilion).

Lotus Tech ialah bahagian pengeluar kenderaan elektrik (EV) mewah dalam kumpulan Group Lotus dan Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai pegangan ekuiti 49 peratus menerusi Etika Automotive Sdn Bhd (Etika) dalam syarikat EV tersebut. Pemegang ekuiti lain termasuk Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding) dan NIO Capital yang akan mengekalkan pegangan mereka dan memiliki 89.7 peratus ekuiti selepas penggabungan berkenaan dibuat.

Lotus Tech, syarikat EV dipegang Syed Mokhtar, akan disenarai di Nasdaq 02

Hyper SUV elektrik, Lotus Eletre, ditunjukkan

Di samping itu, pimpinan sedia ada juga akan dikekalkan dan saham syarikat akan disenaraikan di Nasdaq dengan simbol โ€œLOTโ€.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laporan Reuters, syarikat berkenaan merancang untuk menggunakan hasil daripada penggabungan syarikat-syarikat terlibat untuk inovasi produk dan mengembangkan rantaian pengedarannya di seluruh dunia.

Lotus Tech, syarikat EV dipegang Syed Mokhtar, akan disenarai di Nasdaq 01

Ketua Pegawai Eksekutif Lotus Tech, Feng Qingfeng, berkata, mereka menjangkakan usahasama itu akan memberi sokongan besar dalam usaha pengembangan global Lotus Tech selain berpotensi mendorong kolaborasi jenama serta usahasama strategik di seluruh dunia.

Lotus Tech merancang untuk memulakan penghantaran SUV elektriknya, Eletre, di China pada suku pertama โ€“ kemudiannya di Britain dan Kesatuan Eropah dalam tahun ini. Rancangan untuk meluaskan penghantaran EV ini ke AS dan negara-negara lain turut dinyatakan, lapor agensi itu lagi. SUV elektrik Lotus Eletre ini dijual pada harga bermula dari GBP 89,500 (~RM 469,519.85).

Juga baca: Lotus akhirnya ikut trend, 1 model SUV, 4 kereta elektrik diumumkan bermula tahun 2022!

Lotus Emira dedah harga untuk Malaysia - dari RM 1.1 juta, sport car hasil suntikan dana Geely!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda