window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

LRT bertembung: Prasarana beri bantuan khas RM 1,000 untuk 213 mangsa. Setimpal?

Mersita · May 25, 2021 02:30 PM

LRT bertembung: Prasarana beri bantuan khas RM 1,000 untuk 213 mangsa. Setimpal? 01

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dilaporkan akan memberi bantuan istimewa sebanyak RM 1,000 bagi setiap seorang mangsa berjumlah 213 orang yang terlibat di dalam kemalangan antara dua tren LRT laluan Kelana Jaya pada Isnin (24 Mei).

Pengerusi Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata 64 orang mangsa nahas masih lagi dirawat di hospital. Antaranya enam orang mangsa berada dalam keadaan kritikal manakala tiga lagi mangsa memerlukan bantuan pernafasan. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi rawatan lanjut sejurus selepas kemalangan itu terjadi.

LRT bertembung: Prasarana beri bantuan khas RM 1,000 untuk 213 mangsa. Setimpal? 02

Foto: Bernama

Dalam satu sidang media hari ini (25 Mei), Tajuddin berkata Prasarana akan menampung kos perubatan bagi setiap mangsa sehingga mereka didiscaj.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pihak mereka juga berkata yang mereka sedang berusaha untuk memperbaiki prosedur operasi standard (SOP) bagi servis LRT mereka.

Pada waktu lewat petang hari Isnin (24 Mei), dua tren LRT RapidKL bernombor 40 dan 81 bertembung berhampiran stesen LRT Ampang Park. Salah satu daripada tren ini kosong manakala sebuah lagi membawa muatan penumpang.

Pihak polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.57 pm dan beberapa jentera serta anggota penyelamatan bergegas ke lokasi bagi menyelamatkan mangsa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata tren dari Gombak membawa 213 penumpang manakala tren dari arah Kelana Jaya yang tidak membawa penumpang, dipercayai mengalami masalah teknikal sebelum pertembungan berlaku.

Hari ini, LRT Laluan Kelana Jaya dilaporkan beroperasi seperti biasa. Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata siasatan segera dan menyeluruh akan dilaksanakan bagi menyiasat punca sebenar nahas tersebut.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda