window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lumba lawan arus – Nissan GT-R, BMW M6, Merc A45 kantoi, pemandu dicekup di R&R Awan Besar

Mersita · Sep 6, 2021 11:59 AM

Lumba lawan arus – Nissan GT-R, BMW M6, Merc A45 kantoi, pemandu dicekup di R&R Awan Besar 01

Empat orang lelaki yang berlumba sesama sendiri secara melawan arus di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) berhampiran Awan Besar berjaya ditangkap pada malam Sabtu lalu (4 September). Antara kenderaan yang dilumba termasuklah dua buah Nissan GT-R R35, sebuah BMW M6, dan sebuah Mercedes-Benz A45.

Lumba lawan arus – Nissan GT-R, BMW M6, Merc A45 kantoi, pemandu dicekup di R&R Awan Besar 02

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata keempat-empat pemandu berjaya ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan yang dijalankan pada malam hujung minggu itu, lapor Sinar Harian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut beliau, aktiviti lumba itu dimulakan dengan dua buah Nissan GT-R R35 pada jam 11.20 malam. Pasukan tangkapan melihat dengan jelas dua buah R35 itu dipandu keluar dari kawasan rehat dan rawat (R&R) Awan Besar secara melawan arus dan diberhentikan secara selari sebelum dipecut bermula dari KM 47.8 sehingga KM 47.7, kemudian melawan arus di susur RNR menghala semula ke KM 47.8.

Lumba lawan arus – Nissan GT-R, BMW M6, Merc A45 kantoi, pemandu dicekup di R&R Awan Besar 01

“Mereka melakukan aksi sama sebanyak tiga pusingan," katanya.

Selepas itu, sekitar jam 11.50 malam yang sama, dua buah kereta lain iaitu BMW M6 dan Mercedes-Benz A45 itu pula dilumba dengan kaedah sama sebanyak dua pusingan.

Lumba lawan arus – Nissan GT-R, BMW M6, Merc A45 kantoi, pemandu dicekup di R&R Awan Besar 02

Keempat-empat pemandu kereta mewah berkenaan yang berusia 24 hingga 34 tahun berjaya ditahan pihak polis apabila mereka sedang berhenti di kawasan parkir R&R Awan Besar arah Klang.

“Pasukan tangkapan memperkenalkan diri sambil menunjukkan kad kuasa polis sebelum membuat tangkapan,” katanya.

Kesemua suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita terkini berkait:

Porsche, Ferrari dan Lotus antara yang ditahan polis kerana ‘lepas geram’ di Ulu Yam!

Rakaman Geng Honda Civic kurang ajar tular, himpit kereta lain untuk potong treler

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda