window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lynk & Co 01 dan Nio ES8 terima 5 bintang Euro NCAP – bukti kereta China bukan tin kosong

Mersita · Sep 13, 2021 04:30 PM

Lynk & Co 01 dan Nio ES8 terima 5 bintang Euro NCAP – bukti kereta China bukan tin kosong 01

Kemajuan teknologi kereta buatan China sudah semakin hebat sejak beberapa tahun lalu. Walaupun ada beberapa kereta buatan China mempunyai reputasi keselamatan yang diragui, dua buah SUV China ini telah membuktikan kebolehan mereka di dengan skor Euro NCAP yang hebat.

Lynk & Co 01 dan Nio ES8 terima 5 bintang Euro NCAP – bukti kereta China bukan tin kosong 02

Dalam laporan terkini dikeluarkan oleh badan itu, Lynk & Co 01 dan Nio ES8 adalah antara lima buah kereta baharu yang dianugerahkan penilaian penuh 5 bintang dari Euro NCAP. Tiga model lain dalam senarai itu ialah Audi Q4 e-tron, Toyota Mirai, dan Subaru Outback.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lynk & Co 01 dan Nio ES8 terima 5 bintang Euro NCAP – bukti kereta China bukan tin kosong 01

Walaupun Lynk & Co 01 telahpun dijual di China sejak 2017 lagi, jualan di Eropah baru saja bermula pada 2020 di Netherlands, Belgium, Perancis, Jerman, Sepanyol, Itali, dan Sweden.

Lynk & Co 01 dan Nio ES8 terima 5 bintang Euro NCAP – bukti kereta China bukan tin kosong 02

Menurut laporan Euro NCAP, model 01 itu berjaya mengumpul skor 96% atau 36.8 mata daripada 38 mata penuh – menjadikannya skor paling tinggi yang pernah direkodkan dalam ujian perlindungan penumpang dewasa dalam tahun 2021 setakat ini. SUV itu menerima markah penuh dalam aspek impak lateral serta ujian untuk proses menyelamat dan mengeluarkan mangsa dari kereta.

Walaubagaimanapun, 01 hilang mata dari segi perlindungan keselamatan bagi kanak-kanak bawah 10 tahun. Ketiadaan poin pemegang tempat duduk kanak-kanak Isofix di tempat duduk penumpang hadapan dan sistem tempat duduk pengekalan kanak-kanak bersepadu menjadi sebab kepada skor 87% bagi 01 dari segi keselamatan penumpang kanak-kanak.

Lynk & Co 01 dan Nio ES8 terima 5 bintang Euro NCAP – bukti kereta China bukan tin kosong 03

01 spesifikasi Eropah didatangkan dengan kelengkapan ADAS yang merangkumi kawalan peluncuran adaptif (ACC), pembrekan kecemasan berautonomi (AEB) dengan pengesan pejalan kaki dan pembonceng sikal, serta bantuan pengekalan lorong (LKA). Semua kelengkapan ini mencukupi untuk Euro NCAP memberi skor 81% kepada 01 dari segi sistem bantuan keselamatan.

Baca juga: Perodua Myvi - ciri BSM diperlukan untuk kekalkan taraf keselamatan 5-bintang?

Lynk & Co 01 dan Nio ES8 terima 5 bintang Euro NCAP – bukti kereta China bukan tin kosong 04

Di samping itu, Nio ES8 yang bersaiz lebih besar itu juga menerima penilaian 5 bintang daripada badan keselamatan Eropah itu. SUV elektrik 6 tempat duduk ini mengumpul skor lebih rendah daripada Lynk & Co 01 dalam ujian perlindungan penumpang dewasa dan kanak-kanak dengan skor masing-masing 82% dan 84%.

Menurut video ujian pelanggaran ES8, sebahagian daripada trim B-pillar kereta itu tercabut, namun Euro NCAP telah menjelaskan dalam laporannya yang perkara ini sebenarnya disebabkan oleh pemasangan semula trim yang kurang sempurna oleh makmal ujian berikutan pemasangan penderia sebelum ujian dijalankan.

Lynk & Co 01 dan Nio ES8 terima 5 bintang Euro NCAP – bukti kereta China bukan tin kosong 05

Dalam aspek lain pula, ES8 mendapat skor lebih tinggi berbanding 01 dari segi bantuan keselamatan dengan skor terkumpul 92%. Sistem AEB pada ES8 menunjukkan prestasi hebat dalam ujian untuk tindakbalasnya dengan kenderaan lain, dimana pelanggaran berjaya dielakkan atau dikurangkan dalam situasi-situasi ujian yang pelbagai.

Lynk & Co 01 dan Nio ES8 terima 5 bintang Euro NCAP – bukti kereta China bukan tin kosong 06

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Euro NCAP Michiel van Ratingen telah memuji skor tinggi dikumpul oleh SUV China itu. Beliau berkata ‘Made in China’ bukanlah lagi “terma pejorative dalam aspek keselamatan kereta”.

Baca juga: 40 tahun lalu, China tak pandai CKD kereta pun. Macam mana mereka boleh cantas Proton dan Perodua?

Lynk & Co 01 dan Nio ES8 terima 5 bintang Euro NCAP – bukti kereta China bukan tin kosong 07

“Di sini kita ada dua kereta baharu, kedua-duanya dibangunkan oleh China, yang menunjukkan prestasi sangat-sangat bagus dalam ujian kami,” kata van Ratingen. “Sudah jelas yang semua pengilang tahu bahawa Euro NCAP akan menjulang mereka ke standard tinggi jika mereka mahu menjual kereta di Eropah dan kami berbesar hati yang mereka bersedia untuk melabur bagi mendapatkan penilaian keselamatan terbaik.”

Baca juga: Carta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia