window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MAA: Jualan kenderaan Ogos 2022 cecah 66,614 unit, paling tinggi dalam tahun ini!

Haris ยท Sep 20, 2022 11:00 AM

MAA: Jualan kenderaan Ogos 2022 cecah 66,614 unit, paling tinggi dalam tahun ini! 01

Jualan kenderaan di Malaysia pada bulan Ogos 2022 menyaksikan peningkatan 36 peratus berbanding bulan Julai 2022.

Berdasarkan laporan Malaysia Automotive Association, sebanyak 66,614 unit kenderaan yang dihantar pada bulan Ogos 2022 berbanding penghantaran rendah sebanyak 48,922 unit pada bulan sebelum.

Dari segi tahunan, terdapat peningkatan 63 peratus jualan kenderaan pada Ogos 2022 berbanding bulan yang sama tahun lepas sekadar 48,922 unit sahaja.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MAA: Jualan kenderaan Ogos 2022 cecah 66,614 unit, paling tinggi dalam tahun ini! 01

Pengeluaran kenderaan pada bulan Ogos 2022 pula turut melonjak dengan 64,282 unit kenderaan di mana 59,186 unit adalah kenderaan persendirian dengan 5,096 unit kenderaan komersil.

Jualan keseluruhan bagi separuh pertama 2022 adalah sebanyak 380,595 unit. Bulan Ogos 2022 menyaksikan separuh kedua 2022 bermula dengan penjualan kenderaan tertinggi tahunan setakat ini. 

MAA: Jualan kenderaan Ogos 2022 cecah 66,614 unit, paling tinggi dalam tahun ini! 02

MAA dalam kenyataannya berkata, "Lonjakan penghantaran kenderaan yang tinggi ini adalah kerana pengeluar kenderaan kini dalam usaha memenuhi tempahan tertunggak".

Kali ini, masalah kekurangan bekalan cip dan semikonduktor tidak lagi menjadi isu besar di mana pengeluar sudah mendapatkan angka pengeluaran yang stabil.

Walaubagaimanapun, MAA optimis bahawa jumlah pengeluaran untuk bulan seterusnya stabil dan mengikuti trend sejak Julai 2022.

Baca: MAA: Jualan kenderaan Julai 2022 turun 23 peratus berbanding Jun, tiada lagi pengecualian cukai SST

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda