window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MAA minta lanjutan 10 tahun pelepasan cukai, baru boleh tarik pelaburan kereta elektrik (EV) ke Malaysia!

Haris · Sep 20, 2022 01:00 PM

MAA minta lanjutan 10 tahun pelepasan cukai, baru boleh tarik pelaburan kereta elektrik (EV) ke Malaysia! 01

MAA mohon kerajaan untuk melanjutkan pengecualian cukai import dan eksais penuh untuk kenderaan elektrik (EV) sehingga 10 tahun. 

Pengecualian cukai import dan eksais semasa untuk kenderaan elektrik bateri (EV bateri) ditetapkan untuk tamat pada 31-Disember 2023.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berpendapat bahawa tempoh pengecualian, yang diumumkan dalam Bajet 2022, adalah terlalu pendek untuk melihat sebarang pelaburan bermakna ke dalam EV.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MAA minta lanjutan 10 tahun pelepasan cukai, baru boleh tarik pelaburan kereta elektrik (EV) ke Malaysia! 01

“Kami memohon lanjutan pengecualian cukai import dan eksais penuh untuk EV CBU (import) sementara pasaran sedang bersedia untuk pertumbuhan EV di Malaysia. Kami berharap akan ada insentif sehingga 10 tahun,” kata presiden MAA Datuk Aishah Ahmad kepada Bernama, mengenai topik senarai permintaan industri automotif untuk Bajet 2023.

Baca: Sime Darby dalam perbincangan dengan BYD, pengeluar kenderaan elektrik (EV) terbesar di dunia!

MAA minta lanjutan 10 tahun pelepasan cukai, baru boleh tarik pelaburan kereta elektrik (EV) ke Malaysia! 02

Datuk Aishah menambah, walaupun usaha untuk memasang EV secara tempatan sedang berjalan, hanya 274 EV telah didaftarkan pada 2021.

Antara sekarang hingga 31-Disember 2023, EV hanya perlu membayar 10 peratus cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Cukai import dan eksais diketepikan, begitu juga dengan yuran pelesenan kenderaan (atau lebih dikenali sebagai 'cukai jalan').

MAA minta lanjutan 10 tahun pelepasan cukai, baru boleh tarik pelaburan kereta elektrik (EV) ke Malaysia! 03

Model EV yang dipasang secara tempatan seperti Volvo XC40 EV (satu-satunya EV dipasang tempatan CKD yang dijual di Malaysia), akan menikmati faedah untuk tempoh yang lebih lama, sehingga 31-Disember 2025.

Insentif pelepasan cukai EV di Malaysia
  CKD CBU
Cukai import 0%
1-Jan 2022 - 31-Dis 2025
0%
1-Jan 2022 - 31-Dis 2023
Duti eksais 0%
1-Jan 2022 - 31-Dis 2025
0%
1-Jan 2022 - 31-Dis 2023
Cukai Jalan RM 0
1-Jan 2022 - 31-Dis 2023 (dalam pemerhatian)
Pelepasan Cukai Persendirian Rebat sehingga RM 2.5k untuk perbelanjaan perkakasan / perkhidmatan pengecasan BEV

MAA minta lanjutan 10 tahun pelepasan cukai, baru boleh tarik pelaburan kereta elektrik (EV) ke Malaysia! 04

Dalam pada itu, jenama nasional seperti Proton telah merancang untuk mengedar kenderaan elektrik Smart #1 yang dijangka akan dilancarkan pada hujung tahun 2023.

Baca:  Proton tubuh subsidiari baru Pro-NET bagi jualan, pengedaran Smart EV dan jaringan pengecas di Malaysia!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda