window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

"Maaf la salah orang" - Cubaan 'cop parking' tak menjadi, netizen takut kereta dicalar

Mersita · Jan 25, 2023 06:00 PM

Kes ‘cop parking’ atau sengaja berdiri di lot letak kereta kosong supaya kereta yang ditumpangi boleh memasukinya merupakan salah satu tabiat paling menyakitkan hati. Manakan tidak, sesetengah pemandu tidak bertimbang rasa enggan bersikap adil dan menunggu giliran parkir kosong seperti orang lain.

Satu lagi kes sebegini dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok baru-baru ini menerusi satu video; dimana dua orang lelaki dilihat cepat-cepat berdiri di petak parkir kosong dipercayai untuk ‘cop parking’ sebelum beralih apabila kereta perakam memandu masuk ke petak berkenaan.

Video berdurasi 31 saat menunjukkan insiden berkenaan - dipercayai berlaku pada Isnin - mula tular di media sosial dengan lebih 198,700 tontonan di TikTok.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
@abangkhaja

Cop parking salah dari sudut undang..

♬ original sound - abgKhaja

“Siapa cepat dia dapat lah..” ciap pengguna @jllmisai yang berkongsi semula video tular itu di Twitter semalam.

Dalam satu ciapan susulan, pengguna tersebut berkata apabila berdepan situasi begini, selalunya dia akan mengalah dan memberi saja parkir kosong kepada pelaku. “Bukan apa, cuma pernah kena lepas berebut parking, kereta ditoreh syiling panjang,” katanya lagi.

Bagaimanapun, pengguna lain beranggapan bahawa mangsa tidak perlu takut kerana ‘dashcam’ kereta atau kamera litar tertutup (CCTV) boleh merakam kejadian sebegini dan laporan polis atas dakwaan khianat boleh dibuat bagi melindungi mangsa.

Salah satu insiden cop parking yang ditularkan oleh aktres dan selebriti, Datin Elvina Mohamad, pada hujung tahun lalu

Juga baca: "Mana boleh cop parking!" - Elvina 'viralkan' wanita berdiri di parkir kosong, ini hukuman halang parkir

Adakah ‘cop parking’ satu kesalahan? Menurut Polis DiRaja Malaysia (PDRM), di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Bahagian “Gangguan dan desakan menyalahi undang-undang“ menyatakan seperti berikut:

"Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan."

Dan di bawah Seksyen 119, penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM 2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya.

Juga baca: Video: Demi 'cop' parkir kawan yang ‘otw’, sanggup tahan kereta yang hendak undur masuk

Video: Akak di Mid Valley ini selamba main cop tempat parkir, tiada sivik & tak malu muka tebal?

Video: Guna 'stroller' anak untuk 'cop parking' sebagai prop minta kasihan, wajar atau tidak?

Dakyah 'penanda' cop parkir terbukti salah, MPAJ dah mula sita pastu bunga, kerusi & kon

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda