window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mabuk piang, lelaki buat ‘drift’ guna Proton Saga di tempat letak kereta PPV dicekup polis

Faisal · Sep 10, 2021 05:30 PM

Mabuk piang, lelaki buat ‘drift’ guna Proton Saga di tempat letak kereta PPV dicekup polis 01

Tempoh hari, kita digemparkan dengan satu insiden di Kedah yang mana seorang lelaki yang dipercayai mabuk didapati membuat kacau di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Menurut orang ramai, suspek didapati memandu kereta Proton Saga miliknya secara melulu. Malah, suspek sempat membuat aksi ‘drift’ di kawasan letak kereta di PPV tersebut.

Mabuk piang, lelaki buat ‘drift’ guna Proton Saga di tempat letak kereta PPV dicekup polis 02

Perbuatan tersebut semestinya mengganggu dan membahayakan orang ramai yang menunggu untuk menerima vaksin.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malah menurut Ketua Polis Kedah, tindakan itu turut mencetuskan pergelutan antara dua suspek dan orang awam yang hadir untuk menerima suntikan vaksin.

Salah seorang daripada suspek juga turut bertindak mengeluarkan kayu golf dan membuat ugutan terhadap seorang lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan. 45 minit selepas itu, pihak IPD Baling tiba dan menangkap seorang remaja berusia 19 tahun di tempat letak kereta di PPV berkenaan.

Mabuk piang, lelaki buat ‘drift’ guna Proton Saga di tempat letak kereta PPV dicekup polis 01

Polis kemudian menahan seorang lagi suspek berusia 27 tahun di sebuah rumah di Ladang Kupang bagi membantu siasatan. Apapun, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan, Kakisan, dan Senjaya Merbahaya 1958.

Sumber: Harian Metro

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda