Sebuah Perodua Myvi yang pentingkan diri sehingga hampir nyaris merempuh seorang murid di depan Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu telah dikenakan tindakan. Pemandu tersebut dilaporkan telah disaman atas alasan sengaja melanggar lampu isyarat.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Ismail Man berkata, pemandu wanita yang merupakan suri rumah itu disaman di kawasan Batu Buruk pada pukul 4.10 petang sehari selepas rakaman kejadian tersebut tular di media sosial.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
“Sepasukan anggota JSPT berjaya mengesan pemandu kenderaan itu di kawasan Batu Buruk dan satu saman dikeluarkan mengikut Rule 17 LN 167/59.
“Polis sentiasa peka dan komited dalam memastikan peraturan lalu lintas dipatuhi sepenuhnya oleh semua pengguna jalan raya bagi mengelak sebarang kemalangan dan kecelakaan di samping memastikan kedaulatan undang-undang terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Video berdurasi enam saat itu mendapat kecaman ramai dan rata-rata netizen menggesa polis mengambil tindakan terhadap pemandu kenderaan tersebut. – Utusan
Baca: Pemandu BMW 5 Series yang hentam 4 kenderaan di Sungai Besi telah ditahan, sah sakit mental
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });