window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

"Macam mana nak jual kereta dengan harga paling tinggi?" - Ini 3 rahsia terbaik untuk anda!

Faisal ยท Apr 10, 2021 02:00 PM

Setelah beberapa tahun memiliki kereta kesayangan anda, akan tiba masanya yang mana anda tetap perlu melepaskannya. Tetapi, bagaimanakah caranya untuk anda dapat jual dengan harga yang lebih tinggi?

1. Servis dan tukar segala bendalir yang perlu

Kredit: elihjapahar.net

Sebelum menjual kereta lama anda, adalah penting untuk baiki apa yang patut terlebih dahulu. Mula-mula sekali, anda boleh melakukan servis dan tukar segala bendalir yang diperlukan. Mengenai minyak enjin, anda boleh berjimat dengan hanya menggunakan minyak hitam jenis mineral sahaja.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada masa yang sama, anda digalakkan menukar komponen seperti mentol lampu yang sudah mati ataupun pengelap tingkap yang sudah haus.

Keadaan tayar juga memainkan peranan yang besar terhadap nilai jualan yang tinggi. Anda digalakkan tukar ke tayar baru sekiranya tayar kereta anda sekarang sudah cecah Tread Wear Indicator (TWI). Sebenarnya, tayar terpakai pun sudah memadai. Asalkan bunganya lebih dari takat TWI.

Bagi anda yang belum tahu, kereta yang mempunyai rekod servis yang penuh membantu dalam memberikan harga pasaran yang lebih tinggi.

2. Bersihkan kereta secara menyeluruh

Setelah menggantikan apa yang patut, anda boleh pergi ke pusat cucian untuk bersihkan kereta secara keseluruhan.

Lainlah kalau anda mencuci luar dan dalam setiap minggu.

Sebagai cucian terakir, anda juga boleh memeriksa di celah-celah engsel atau mana-mana bahagian di dalam kereta anda.

Kalau sudah begini, dipersilakan ke kedai cat kereta.

3. Betulkan bahagian yang kemek atau calar

Bahagian terakhir inilah yang paling penting. Kalau anda perasan, bahagian calar dan kemek sebenarnya paling mudah untuk dikesan walaupun dari jarak yang jauh. Perkara ini mungkin nampak kecil tetapi inilah aspek yang paling mudah dikesan oleh pengedar.

Kredit: calarkereta.com

Mereka akan sentiasa mencari sebab untuk menurunkan harga yang anda letak. Maka itu, telitilah anda dengan 3 petua ini supaya anda mendapat harga yang setinggi mungkin.

Artikel ini adalah hasil kerjasama dengan Carsome.my.

Untuk mereka yang hendak menjual kereta, Carsome menjanjikan harga ‘trade-in’ sehinga 20% lebih tinggi. Malah, transaksi (bayaran) boleh diselesaikan dalam masa 1 jam sahaja. Bagi mereka yang hendak beli kereta pula, Carsome turut menjanjikan cas tersembunyi sifar (harga yang tertera di laman kereta terpakai kebiasaannya bukan harga muktamad), waranti selama 1 tahun, dan jaminan selama 5 hari dengan pulangan wang. Apa yang lebih menarik ialah anda boleh tinjau model yang ada dengan menggunakan pandangan ‘Virtual Reality’ VR 360-darjah.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda