window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Macam sama, tapi bukan? Apa beza Porsche Cayenne CKD Malaysia 2022 vs CBU Slovakia?

Zamil Syaheer · Apr 3, 2022 08:00 PM

Macam sama, tapi bukan? Apa beza Porsche Cayenne CKD Malaysia 2022 vs CBU Slovakia? 01

  • Porsche Cayenne CBU dan CKD tidak dapat dibezakan secara visual
  • Petunjuk terbesar ialah VIN
  • Bagaimana untuk membezakan VIN CBU dan CKD?

Kilang milik Sime Darby di Kulim, Kedah telah mula memasang Porsche Cayenne 2022 untuk pasaran Malaysia.

Macam sama, tapi bukan? Apa beza Porsche Cayenne CKD Malaysia 2022 vs CBU Slovakia? 02

Beginilah rupa Cayenne sebaik sahaja tiba di Malaysia

Porsche Cayenne tiba di kilang Sime Darby dalam bentuk ‘semi knocked down’ (SKD) - casis didatangkan pra-dicat dari kilang induk di Slovakia dan bahagian lain dipasang di sini. Jika anda jenis OCD tentang subjek itu, maka ya, Porsche Cayenne adalah SKD, tetapi kami masih akan merujuknya sebagai CKD kerana di bawah peraturan cukai Malaysia, tidak ada SKD.

Baca juga: 100% anak tempatan, ini 3 perkara tentang kilang Porsche di Kulim, Kedah!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Macam sama, tapi bukan? Apa beza Porsche Cayenne CKD Malaysia 2022 vs CBU Slovakia? 01

Oleh itu, sebahagian besar Porsche Cayenne yang diimport (CBU) dan pemasangan tempatan (CKD) tidak dapat dibezakan secara visual antara satu sama lain. Satu-satunya cara untuk membezakan yang dipasang di Kulim dan yang dipasang di Bratislava, Slovakia adalah melalui VINnya.

Macam sama, tapi bukan? Apa beza Porsche Cayenne CKD Malaysia 2022 vs CBU Slovakia? 02

Setiap casis mempunyai VIN yang telah ditetapkan

VIN, atau Vehicle Identification Number boleh dianggap sebagai Nombor Pengenalan (IC) kereta.

Baca juga: Elak ditipu? Lihat VIN (nombor pengenalan) kereta yang anda mahu beli!

Macam sama, tapi bukan? Apa beza Porsche Cayenne CKD Malaysia 2022 vs CBU Slovakia? 03

Untuk unit Cayenne yang dipasang di Slovakia, digit ke-11 dalam VIN menandakan kilang ia dipasang. Dalam kes ini, digit ke-11 CBU Cayenne ialah D, yang menandakan bahawa ia berasal dari Slovakia.

Macam sama, tapi bukan? Apa beza Porsche Cayenne CKD Malaysia 2022 vs CBU Slovakia? 04

Ini adalah Cayenne pertama di barisan pemasangan di Kulim

Cayenne yang dipasang di Kulim pula mempunyai angka ke-11 iaitu M, yang kami kira bermaksud Malaysia. Jika Cayenne yang anda lihat mempunyai digit ke-11 iaitu M, maka ia telah dipasang di Malaysia. Ia tidak terlalu sukar, kerana VIN Cayenne boleh dilihiat di sudut kiri bawah cermin depan.

Baca juga: Kini RM 115,000 lebih murah, beginilah rupa langsung Porsche Cayenne E3 CKD, SUV berprestasi!

2019 Mercedes-Benz A-Class Sedan VIN

VIN Mercedes-Benz A-Class Sedan. W ke-11 bermakna kereta ini dibuat di Mexico

Kini, jenama di bawah Kumpulan Volkswagen yang lebih besar biasanya mempunyai format VIN yang berbeza sedikit daripada seluruh dunia, jadi abda tidak boleh hanya mengambil beberapa digit pertama VIN dan menganggap ia dari Jerman (VIN bermula dengan W biasanya datang dari Jerman).

Macam sama, tapi bukan? Apa beza Porsche Cayenne CKD Malaysia 2022 vs CBU Slovakia? 06

Ingat, pengeluar kereta yang berbeza mempunyai format VIN yang berbeza, jadi mereka tidak boleh dibandingkan secara langsung. Satu lagi jenama Jerman yang memasang kenderaan di Malaysia ialah Volkswagen.

Dalam kes barisan Volkswagen Golf CKD, VINnya bermula dengan PPV, sejajar dengan kereta lain yang dipasang di Malaysia, kerana PPV ialah pengecam Volkswagen Malaysia. Kereta CBU mereka mempunyai VIN yang bermula dengan WVW.

Baca juga: Gambar intipan terbaru 2021 Volkswagen Golf Mk8 sahkan pemasangan CKD Malaysia!

 

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Porsche Cayenne 3.0 V6

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda