Madoka Chujo, Pengarah Urusan dan CEO wanita pertama Honda Malaysia

Mersita · Apr 9, 2021 04:00 PM

Madoka Chujo, Pengarah Urusan dan CEO wanita pertama Honda Malaysia 01

Honda Malaysia Sdn. Bhd. baru sahaja meraikan kedatangan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat itu, Madoka Chujo, pada 1 April 2021. Chujo kini memegang kerusi pimpinan Honda Malaysia, menjadikannya wanita pertama untuk memegang jawatan tersebut di syarikat berkenaan.

Sebelum beliau diamanahkan untuk mengemudi syarikat kereta jenama bukan nasional No. 1 di Malaysia itu, Chujo merupakan Naib Presiden di Honda Canada Inc., mengatur strategi Jualan dan Pemasaran syarikat itu sejak 2019. Kerjaya Chujo di Honda bermula 23 tahun lalu pada 1997 dan sejak itu, beliau telah memainkan pelbagai peranan di Jepun, China, Sepanyol, dan Kanada. Kepakaran dan pengalaman beliau adalah dalam aspek Strategi Jualan – dikumpul dari pelbagai peranan yang dilaksanakan di negara-negara tersebut.

Madoka Chujo, Pengarah Urusan dan CEO wanita pertama Honda Malaysia 02

“Malaysia sememangnya satu pasaran yang penting di Asia dan rantau Oceania dimana Honda Malaysia telah mencapai pelbagai sasaran jualan dan berjaya menjadi salah satu jenama automotif terunggul di negara ini. Saya tidak sabar dan teruja untuk menjalankan tugas pertama saya sebagai Pengarah Urusan dan CEO di Honda Malaysia,” kata beliau.

Madoka Chujo, Pengarah Urusan dan CEO wanita pertama Honda Malaysia 01

Toichi Ishiyama (kiri), bekas CEO bersama Sarly Adle Sarkum, Presiden dan COO Honda Malaysia

Chujo mengambil alih tugas ini daripada Ishiyama, dimana beliau menyertai Honda Malaysia pada November 2017. Pelancaran pertama beliau ialah Honda Civic Type R pada tahun sama. Sepanjang penglibatan beliau di syarikat itu, Ishiyama juga melancarkan pelbagai model-model baharu yang antaranya Honda City serba baharu generasi ke-5 dan juga City RS e:HEV yang diperkenalkan secara global pada Oktober 2020. Ketika itu, inisiatif e:TECHNOLOGY Honda secara rasminya diperkenalkan buat julung kalinya di Asia dan rantau Oceania.

Madoka Chujo, Pengarah Urusan dan CEO wanita pertama Honda Malaysia 02

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Malaysia, Ishiyama berjaya mengepalai Honda Malaysia dalam pencapaian 900,000 jualan pada tahun 2019 dan juga mengekalkan posisi Honda sebagai jenama kereta bukan nasional No.1 selama 6 tahun berturut-turut pada tahun 2020.

Tambahan pula, syarikat itu meraikan satu pencapaian hebat iaitu kejayaan jualan unit kesejuta mereka pada Mac 2021. Pencapaian ini amat berharga memandangkan Ishiyama terpaksa mengemudi syarikat itu dalam mengharungi pandemik COVID-19.

Buat masa ini, Ishiyama kembali ke Jepun untuk jawatan di dalam Automobil Perniagaan, Bahagian Strategi Perniagaan di Honda Motor Co., Ltd., Japan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru