window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mahal sungguh, KTM belanja RM 329 juta untuk 'naik' podium MotoGP!

Khairil · Dec 16, 2022 06:00 PM

Mahal sungguh, KTM belanja RM 329 juta untuk 'naik' podium MotoGP! 01

KTM perlu berbelanja besar untuk bersaing dengan jenama seperti Ducati, Yamaha, Honda di pentas MotoGP dan menurut bos-bos 'besar' KTM, anggaran pelaburan € 70 juta (RM 329.09 juta) diperlukan sebelum kejayaan diraih.

Mahal sungguh, KTM belanja RM 329 juta untuk 'naik' podium MotoGP! 02

Brad Binder

KTM menyertai kempen kelas elit MotoGP pada enam tahun lalu, dan pada tahun ini, pelumbanya, Brad Binder dan Miguel Oliviera masing-masing menamatkan saingan di kedudukan ke-6 dan ke-10 keseluruhan.

Mahal sungguh, KTM belanja RM 329 juta untuk 'naik' podium MotoGP! 03

Jack Miller

Oliviera, yang memenangi dua perlumbaan pada musim ini digantikan oleh KTM dengan seorang lagi pelumba berprofil tinggi, Jack Miller daripada Ducati, pada musim depan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mahal sungguh, KTM belanja RM 329 juta untuk 'naik' podium MotoGP! 01

Miguel Oliviera

Pengarah KTM, Hubert Trunkenpolz memberitahu Speedweek: "Apabila kami memutuskan untuk menyertai MotoGP pada 2017, kami menyedari yang kejayaan yang kami peroleh dalam Moto2 dan Moto3 tidak mencetus keterujaan kepada sesiapapun dan tidak mencipta 'pulangan' yang kami jangkakan, terutama di pasaran Asia."

Mahal sungguh, KTM belanja RM 329 juta untuk 'naik' podium MotoGP! 02

Dan menurut Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer, projek seperti membawa KTM ke MotoGP memerlukan bajet yang besar.

"Jelas kamu memerlukan bajet yang besar untuk projek seperti ini. Kami bercakap mengenai jumlah kasar € 70 juta (RM 329.09 juta) hanya untuk MotoGP. 

Mahal sungguh, KTM belanja RM 329 juta untuk 'naik' podium MotoGP! 03

"Jika kamu mahu cuba untuk berada di podium, itulah jumlah yang diperlukan. Moto2 sebenarnya adalah kelas yang paling murah, ini kerana ia adalah enjin produksi dan Moto3 amat jauh daripada kelas premier," kata Pierer.

Trunkenpolz berkata hanya dengan MotoGP syarikat itu boleh mengukur pulangan yang diperoleh. "Kesedaran mengenai jenama memang membuahkan hasil dan jenama KTM semakin kuat sekarang. 

Mahal sungguh, KTM belanja RM 329 juta untuk 'naik' podium MotoGP! 04

"Pelan kami untuk menyerap kos daripada MotoGP menerusi peningkatan jualan benar-benar berhasil. Begitupun, ia masih logik untuk mengetengahkan bakat-bakat muda ke MotoGP melalui dua kelas lebih rendah dan atas sebab itu, kami terus membuat pelaburan dalam Moto3 dan Moto2.

"Tetapi, kamu hanya dapat perhatian daripada media sebagai pengeluar di MotoGP," katanya.

Mahal sungguh, KTM belanja RM 329 juta untuk 'naik' podium MotoGP! 05

Pierer dalam pada itu menegaskan KTM menyertai kejuaraan itu bukan sekadar berada di MotoGP tetapi untuk meraih kejayaan dan berada di podium.

"Kami sentiasa berkata yang kami akan bersabar di MotoGP kerana kami memerlukan tujuh atau lapan tahun untuk memenangi perlumbaan Dakar dan American Supercross," kata Pierer dengan KTM jelas serius dalam pembabitan di MotoGP dengan membangunkan pasukan satelit, Tech3 sejak 2019 dan melanjutkan kontrak dengan promoter Dorna sehingga 2026.

Mahal sungguh, KTM belanja RM 329 juta untuk 'naik' podium MotoGP! 06

Ketika ini, KTM turut dibantu dengan penaja utamanya, Red Bull.

Tetapi MotoGP baru-baru ini berdepan 'tamparan' yang menyaksikan salah satu jenama gergasi, Suzuki menarik diri daripada saingan berkenaan dengan antara punca adalah masalah membabitkan kos.

Sumber imej: FB KTM Factory Racing

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda