window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mahu naik taraf ke Proton X50? Pertimbangkan 4 perkara ini

Haris · Oct 5, 2020 11:59 AM

Mahu naik taraf ke Proton X50? Pertimbangkan 4 perkara ini 01

Dengan jumlan tempahan sebanyak 20,000 unit dalam masa kurang sebulan dari tarikh pelancarannya, Proton X50 ternyata memberikan impak yang mengejutkan bagi Perusahaan Otomobil Nasional. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah turut meluahkan rasa terkejut dengan sambutan yang diterima oleh Proton X50.

Mahu naik taraf ke Proton X50? Pertimbangkan 4 perkara ini 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun disasarkan lebih rendah daripada bilangan Proton X70 untuk keluaran bulanan, kuota tempahan untuk tahun 2020 sudah dipenuhi dan tiada sebarang harga rasmi diumumkan lagi, Proton X50 menjangkaui jangkaan awal pengamal media dengan tiada tanda untuk beransur.

Namun begitu, jika anda bercadang untuk menaiktaraf Proton X50, pastikan anda pertimbangkan 7 perkara ini terlebih dahulu.

1. Kos tayar dan penyelenggaraan akan menjadi lebih mahal

Mahu naik taraf ke Proton X50? Pertimbangkan 4 perkara ini 01

Sebuah SUV segmen B tetap memerlukan tayar yang mempunyai radius yang lebih besar walaupun anda menaik taraf dari sedan atau hatchback segmen B (baca: Perodua Myvi).

Hal ini menyebabkan kos penukaran tayar akan menjadi lebih tinggi. Nak tahu berapa mahal? Ikuti artikel kami mengenai tayar khusus untuk SUV di sini.

Mahu naik taraf ke Proton X50? Pertimbangkan 4 perkara ini 02

Selain daripada kos tayar, kos penyelenggaraan minyak enjin mahupun minyak transmisi pada turut memerlukan anda untuk menaik taraf ketebalan dompet. Walaupun kedua-duanya boleh dikatakan masih kekal namun minyak transmisi DCT pada Proton X50 memerlukan sedikit pertambahan kos.

2. Penggunaan minyak

Mahu naik taraf ke Proton X50? Pertimbangkan 4 perkara ini 03

Bacaan rasmi daripada Proton mengenai kadar penggunaan minyak pada Proton X50 adalah sebanyak 6.4 liter / 100 km untuk enjin 1.5 TGDI (177 PS/255 Nm) manakala 6.5 liter / 100 km untuk enjin 1.5T MPI (150 PS/226 Nm).

Mahu naik taraf ke Proton X50? Pertimbangkan 4 perkara ini 04

Daripada bacaan tersebut, penggunaan minyak nampak biasa tetapi kebiasaannya ujian dunia nyata akan sedikit lebih tinggi berbanding dakwaan pengeluar. Sebagai perbandingan, ikuti artikel kami mengenai penggunaan minyak pada kebanyakan sedan dan hatchback segmen A dan B di sini.

3. Kos-kos kecemasan

Mahu naik taraf ke Proton X50? Pertimbangkan 4 perkara ini 05

Kos-kos kecemasan adalah untuk menyediakan anda apabila berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Perhatikan kelengkapan-kelengkapan yang ada di atas bagi rujukan anda.

Mahu naik taraf ke Proton X50? Pertimbangkan 4 perkara ini 06

Contoh kamera AEB

Proton X50 dilengkapi dengan kelengkapan terkini yang canggih-canggih belaka tetapi sedikit kemalangan akan boleh mengakibatkan lubang terbesar pada poket anda. Sudah tentu, kesemua kelengkapan ini diliputi oleh insurans tetapi itupun jika anda mengambil tambahan-tambahan pilihan yang pastinya meningkatkan harga insurans anda.

Sebagai contoh, cermin hadapan dengan AEB memerlukan kos penggantian yang lebih rumit. Ikuti penjelasan kami di sini

4. Kos buruh dan masa

Mahu naik taraf ke Proton X50? Pertimbangkan 4 perkara ini 07

Dengan reputasi pusat servis Proton yang ada pada masa ini, pastikan anda mempunyai kenderaan kedua untuk bergerak ke mana-mana. Proton X50 dibina dengan kualiti kejuruteraan yang setaraf dengan Proton X70 justeru itu, kos buruh dijangka akan mengikuti tahap yang sama.

Mahu naik taraf ke Proton X50? Pertimbangkan 4 perkara ini 08

Sokongan selepas jualan oleh pihak pusat servis Proton harus menjadi pertimbangan anda. Adakah anda mempunyai kenderaan kedua jika nasib malang menimpa anda?

Tidak perlu percaya bulat-bulat kata-kata kami. Sertai sendiri kumpulan pemilik Proton sendiri dan lakukan pertimbangan anda sendiri.

Kesimpulan

Mahu naik taraf ke Proton X50? Pertimbangkan 4 perkara ini 09

Proton X50 adalah sebuah produk yang bagus dengan sasaran pembeli yang jelas. Jika anda masih berkira-kira untuk membeli sebuah Proton X50, pertimbangkan 4 perkara di atas di samping ukur baju di badan sendiri.

Mahu naik taraf ke Proton X50? Pertimbangkan 4 perkara ini 10

Perlu diingatkan bahawa harga jualan bukanlah kos pemilikan yang menyeluruh bagi sesebuah kenderaan. Terdapat banyak lagi kos-kos yang terlibat di sebalik harga jualan. Pastikan anda benar-benar melakukan ulangkaji terhadap pembelian sebarang kenderaan anda.

Apa-apapun, tahniah kepada pembeli terawal bertuah Proton X50. Baca pengalaman pemanduan Proton X50 kami di sini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda