window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Makin canggih, Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 lancar di Indonesia, harga bermula RM 6.3k!

Khairil ยท Jan 19, 2022 04:00 PM

Makin canggih, Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 lancar di Indonesia, harga bermula RM 6.3k! 01

Skuter dengan rekaan klasik namun berteknologi canggih, Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 dilancarkan buat julung kalinya di pasaran Indonesia dan dijual dengan harga pengenalan menarik bermula Rp 21.7 juta (RM 6,329).

Pengenalan Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 oleh PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) itu adalah yang pertama dalam kelasnya bukan saja di pasaran Indonesia, malah global.

Juga baca: Yamaha Aerox 155 Connected/ABS 2022 (NVX 155) luncur di Indonesia, corak grafik baharu, harga kekal!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Makin canggih, Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 lancar di Indonesia, harga bermula RM 6.3k! 01

Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 Connected LUX (Silver)

Berada dalam kategori baharu iaitu 'Classy Yamaha', Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 adalah skuter 125 cc pertama dipadankan dengan teknologi baharu Yamaha Blue Core Hybrid.

Menggunakan reka bentuk klasik, Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 mungkin boleh disalah anggap sebagai skuter Vespa menerusi rekaan lampu utama bulat, fairing berkepak dan 'mud guard' besar retro.

Makin canggih, Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 lancar di Indonesia, harga bermula RM 6.3k! 02

Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 Connected LUX (Black)

Dua pilihan varian ditawarkan berserta harga (atas jalan Jakarta) iaitu: 

  • Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 Connected NEO (Biru, Merah, Putih, Hitam - Cat kilat) - Rp 21.7 juta (RM 6,329)
  • Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 Connected LUX - (Hitam, Perak - Cat Matte) - Rp 22 juta (RM 6,416)

Dari sudut trenkuasa, Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 menggunakan enjin 124.86 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api dengan teknologi Blue Core Hybrid yang digandingkan dengan transmisi automatik. 

Juga baca: Honda no.1 di seberang, Yamaha tangga kedua, jauh ketinggalan!

Makin canggih, Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 lancar di Indonesia, harga bermula RM 6.3k! 03

Kuasa yang dihamburkan adalah 8.3 Hp pada 6,500 rpm dan tork 10.6 Nm pada 4,500 rpm.

Makin canggih, Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 lancar di Indonesia, harga bermula RM 6.3k! 04

Enjin berkenaan mendapat bantuan daripada Smart Motor Generator (SMG) Starter Generator Control Unit (SGCU) dan bateri yang melengkapi satu sama lain.

Makin canggih, Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 lancar di Indonesia, harga bermula RM 6.3k! 05

Dalam bahasa mudah, bateri akan menghidupkan SMG dan apabila skuter mula bergerak, SMG akan mengecas semula ke bateri. Dan bantuan daripada SMG akan digunakan apabila skuter mula bergerak pada 3 saat pertama.

Makin canggih, Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 lancar di Indonesia, harga bermula RM 6.3k! 06

Ciri-ciri menarik yang turut dipadankan kepada Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 adalah seperti berikut: 

  • Y-Connect (Sambungan telefon pintar)
  • One push start (Tingkatkan prestasi dan penjimatan bahan api)
  • Lampu kecemasan
  • Lampu utama dan belakang LED
  • 2 cangkuk barangan 
  • Soket kuasa
  • Panel instrumen digital penuh
  • Smart key system dengan answer back key
  • Tempat letak kaki yang luas
  • Kunci pintar

Juga baca: Yamaha YZF-R15 V4 2021 mendarat di Indonesia, harga bermula RM 11.4k, Malaysia destinasi seterusnya?

Makin canggih, Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 lancar di Indonesia, harga bermula RM 6.3k! 07

Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 Connected NEO (White)

Makin canggih, Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 lancar di Indonesia, harga bermula RM 6.3k! 08

Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 Connected NEO (Red)

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan penyerap hentak tunggal belakang dengan sistem brek menggunakan cakera tunggal (depan) dan dram (belakang). Set roda pula adalah 110/70-12 untuk kedua-dua roda.

Juga baca: Yamaha YZF-R15M, YZF-R15 V4 2021 dilancar, ada Kawalan Traksi, Quick Shifter, harga bermula RM 9.5k!

Makin canggih, Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 lancar di Indonesia, harga bermula RM 6.3k! 09

Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 Connected NEO (Blue)

Makin canggih, Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 lancar di Indonesia, harga bermula RM 6.3k! 10

Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 Connected NEO (Black)

Informasi lain adalah seperti berat 95 kg, ketinggian pelana 750 mm, kapasiti tangki bahan api 5.1 liter dan ruang simpanan bawah pelana 17.8 liter.

Juga baca: Dah dijangka, Yamaha YZF-R15 V4 laris di India, lebih 11k unit terjual pada September!

Makin canggih, Yamaha Fazzio 125 Hybrid 2022 lancar di Indonesia, harga bermula RM 6.3k! 11


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda