window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan?

Faisal · Dec 25, 2020 08:00 PM

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 01

Kebelakangan ini, mesti anda seringkali mendengar istilah platform BMA, CMA, MQB, MLB, TNGA, DNGA dan sebagainya, bukan?

Walaupun dikenali dengan nama yang berlainan, ia masih merujuk kepada ideologi yang sama.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 02

Platform BMA milik Geely-Volvo yang digunakan pada Proton X50

Sebenarnya, apakah yang dimaksudkan dengan platform dan kenapa ia sebegitu penting buat sesetengah jenama? Syarikat seperti Geely/Proton, Toyota, dan Volkswagen sering mengetengahkan teknologi platform mereka. Sebaliknya, jenama seperti Mercedes-Benz dan Mazda tidak bercakap langsung mengenai hal ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 01

Kereta dengan platform Nissan S. Kredit: Cars of Malaysia

50 tahun yang lepas, istilah platform sebenarnya tidak pernah diperkatakan.

Malah hari ini, kebanyakan jurutera automotif enggan bercakap mengenai platform.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 02

Perbezaan diantara platform CMA (Volvo XC40) dan platform SPA (XC60/XC90)

Secara asasnya, platform boleh dianggap sebagai bahagian bawah badan kereta apabila dilihat dari tepi.

Misalnya, Volkswagen Golf menggunakan platform MQB yang sama seperti Volkswagen Tiguan tetapi apa yang membezakan kedua-duanya ialah di bahagian atas dimana ia boleh sering dianggap sebagai ‘top hat’.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 03

Kereta elektrik mempunyai komponen yang sedikit. Dengan platform yang sama, mudah untuk bangunkan model elektrik yang lain

Secara teknikal, platform ialah sebuah struktur yang memegang komponen asas. Antaranya seperti steering rack, suspensi, pedal kaki, tali pinggang, sistem bantuan keselamatan ADAS, sistem hibrid, penyambungan wayar dan sebagainya.

Disebabkan ini, model yang sudah lama tidak boleh diterapkan dengan ciri moden secara begitu sahaja kerana ia sememangnya tidak boleh menampung komponen tersebut.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 04

Dengan adanya sebuah platform yang kekal (modular), membangunkan pelbagai jenis kereta seperti sedan, hatchback, SUV mahupun MPV menjadi lebih mudah kerana mereka hanya perlu mengubah suai bahagian top hat.

Kebanyakan platform kereta hari ini adalah jenis modular. Perkara ini bererti kerja-kerja membangunkan pelbagai bentuk badan dengan jarak roda yang berbeza adalah satu kerja yang mudah. Malah platform sebegini boleh menampung pelbagai saiz enjin.

Walaupun kehangatan platform modular semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, ia bukanlah sesuatu yang baru mahupun berteknologi tinggi.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 05

Toyota AE86 yang mengabungkan struktur Toyota AE80 yang berpacuan roda depan dan Toyota KE70 yang berpacuan roda belakang

Sebagai contoh, pengeluar kereta Jepun sudah menggunakan platform jenis modular sejak tahun 70-an. Cumanya, mereka tidak memanggilnya dengan istilah yang unik seperti yang terdapat pada hari ini.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 06

Dua kereta yang tiada kaitan & dari platform yang berbeza digabungkan untuk menghasilkan Toyota RAV4 yang pertama

Misalnya, Toyota RAV4 yang pertama menggabungkan platform Toyota Corolla dengan tren kuasa Toyota Celica GT-Four. Toyota AE86 pula menggabungkan beberapa komponen daripada Toyota AE80 yang berpacuan roda depan dengan Toyota Corolla KE70 yang berpacuan roda belakang.

Mungkin menurut pengeluar kereta Jepun, menjelaskan bahawa sesuatu platform itu modular diibarat sebagai menjelaskan stoking yang dijual secara sepasang.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 07

Malah mereka mungkin akan mengulas seperti “Siapalah yang cukup bodoh untuk menghasilkan satu platform yang hanya boleh diguna pada satu jenis kereta sahaja?”.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 08

Antara contoh penggabungan komponen yang berlainan ialah pada Honda BR-V dimana bahagian depannya diambil daripada Honda City/Jazz. Bahagian tengahnya pula diambil daripada Honda Brio/Mobilio. Hanya bahagian belakang sahaja yang dibangunkan semula.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 09

Honda tidak terlalu memasarkan teknologi perkongsian platform kerana mereka lebih mengutamakan pelanggan

Jadi apabila syarikat pengeluar kereta Eropah mula menggelarkan platform modular ini sebagai satu istilah yang baru, syarikat di Jepun berkemungkinan rasa bingung.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 10

Platform MQB oleh Volkswagen, perasan tak struktur kekal yang berada diantara bahagian enjin, pedal kaki, dan stereng?

Walau apapun, adakah platform modular bagus? Bergantung

Dari sudut pembuatan, ia sememangnya meningkatkan tahap efisien dan pengalawan kos sesuatu produksi.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 11

Sekiranya jenis kereta yang berlainan menggunakan komponen yang tersendiri, ia akan memakan belanja yang sangat tinggi. Malah syarikat pengeluar kereta jenis hypercar, Pagani juga meminjam beberapa komponen dari kereta biasa.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 12

Untuk maklumat anda, aspek pengendalian dan keselamatan sesuatu kereta itu bergantung kepada kekukuhan casis/platform dan penggunaan bahan yang ringan tetapi kuat. Platform yang modular sebenarnya tidak ada kena mengena dengan pengendalian ataupun keselamatan. Ia sebenarnya lebih kepada keseimbangan kos.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 13

Platform CMA oleh Volvo, perasan tak jarak kekal diantara steering rack, pedal kaki, dan bahagian enjin?

Malah kadangkala, ia boleh menimbul beberapa isu. Sebagai contoh, apabila kereta jenis sedan perlu berkongsi platform dengan kereta jenis SUV yang lebih tinggi, posisi pemanduan akan dikompromi kerana jurutera harus menggunakan sudut stereng, ketinggian papan pemuka, posisi pemanduan, posisi tombol gear, dan posisi pedal kaki yang sama untuk menampung pelbagai titik pinggul.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 14

Kabin cantik tetapi posisi pemanduan tidak selesa

Disebabkan itu, terdapat pelbagai kereta moden yang mempunyai posisi pemanduan yang kekok. Perkara ini dibuktikan melalui posisi pedal kaki yang senget, sudut stereng yang lari, kerusi yang terlebih tinggi atau rendah, ataupun terowong tengah yang menjejaskan ruang kaki pemandu (seperti Mercedes-Benz C-Class). Kesemua isu ini disebabkan oleh platform sama yang harus menampung pelbagai jenis penggunaan seperti jenis kereta, tren kuasa yang berbeza, dan jenis pacuan roda.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 15

Mazda telah berusaha keras untuk menghasilkan posisi pemanduan yang ideal buat platform yang dikongsi walaupun ianya sangat sukar

Namun demikian, sesentengah jenama lebih mengutamakan posisi pemanduan yang ideal. Menurut kami, kereta Mazda dan Toyota/Lexus (platform TNGA) mempunyai posisi pemanduan yang terbaik – sudut stereng yang tepat dan pedal kaki yang tidak senget.

2 tahun untuk membetulkan sudut stereng sebanyak 2º darjah

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 16

Platform TNGA oleh Toyota

Bagi menjelaskan betapa susahnya untuk menyempurnakan sudut stereng buat kereta yang berkongsi platform, mari kita lihat pembangunan kereta sport Lexus LC dimana ia berkongsi platform dengan limosin Lexus LS.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 17

Penelitian yang sangat terperinci pada Lexus LC

Dari segi teknikal, Lexus LS yang berjiwa keselesaan mempunyai jarak tumit ke pinggul sebanyak 245 mm. Untuk Lexus LC yang mempunyai posisi pemanduan yang lebih rendah, jarak ini dikurangkan ke 200 mm kerana posisi pemanduannya lebih rendah.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 18

Platform TNGA yang memberikan 5 variasi untuk susunan kerusi dan posisi tombol gear berdasarkan titik pinggul kereta. Disebabkan inilah syarikat Toyota/Lexus boleh mengutamakan posisi pemanduan

Oleh yang demikian, bagaimana hendak kekalkan posisi pemanduan yang ideal jika sudut stereng sebuah kereta sport sama dengan sebuah limosin?

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 19

Sewaktu Lexus LC dibangunkan, ketua penguji-pandu Lexus telah bertungkus-lumus selama hampir 2 tahun untuk meyakinkan akauntan Toyota supaya bersetuju mengeluarkan belanja bagi membetulkan sudut stereng sebanyak 2º darjah.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 20

Perkara ini tidak mudah tetapi hujah oleh kedua-dua pihak difaham sepenuhnya oleh President Toyota sendiri.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 21

Inilah kesempurnaan yang sebenar

2 tahun bertungkus-lumus untuk mengubah suai platform supaya sudut stereng boleh diubah sebanyak 2 degree? Syarikat mana sahaja yang sanggup berbuat demikian?

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 22

Posisi pedal kaki dan sudut stereng yang sempurna

Sekiranya anda faham betapa susah dan mahalnya untuk membangunkan kereta moden dengan posisi pemanduan yang sempurna, anda akan rasa bahawa kereta Mazda sebenarnya sangat berbaloi kerana kesemua modelnya mempunyai posisi pemanduan yang ideal.

TNGA bukan sekadar sebuah platform

Toyota memasarkan TNGA dengan begitu agresif tetapi ia sebenarnya lebih daripada sebuah platform. Secara terperinci, ia menumpukan pada bahagian pemasangan, cara kilang direka, dan bagaimana kereta dibangunkan sebelum badannya dikimpal sekali.

Maksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan? 23

Walaupun TNGA sering dianggap sebagai platform, ia sebenarnya lebih daripada itu

Dalam erti kata lain, TNGA ialah falsafah pembangunan Toyota yang menghasilkan kereta yang lebih baik.

Sekian sahaja kelas asas buat topik platform kereta.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda