window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia ada Myvi, Afghanistan pula suka betul dengan Toyota Corolla lama. Kenapa, ya?

Mersita · May 28, 2023 02:00 PM

Malaysia ada Myvi, Afghanistan pula suka betul dengan Toyota Corolla lama. Kenapa, ya? 01

Cari Myvi Passo tersembunyi...

Bila sebut saja Afghanistan, pasti ramai yang ingat akan perang. Dari zaman Soviet pada 1980an, Amerika Syarikat pada 2000an, sehinggalah ke pemberontakan Taliban; negara Islam ini berdepan pelbagai kegusaran dan pertumpahan darah berdekad lamanya.

Malaysia ada Myvi, Afghanistan pula suka betul dengan Toyota Corolla lama. Kenapa, ya? 02

Jika ada satu perkara yang kita boleh anggap normal dan menenangkan tanpa bicara tentang perang dan pemberontakan, ia pastinya cinta mereka terhadap Toyota Corolla. Kereta marhaen Jepun yang dahulunya kereta terlaris di dunia kini sudah dianggap berstatus ‘king of the road, di Afghanistan - lebih kurang seperti Myvi di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sejak perang Afghan-Soviet berakhir pada penghujung 1980an, Toyota Corolla yang mungkin dianggap tidak glamor di negara lain telah menjadi kereta paling popular di Afghanistan. Agak menarik jika difikirkan kereta biasa seperti Corolla boleh menjadi kereta kesayangan orang ramai di negara yang bergunung-ganang seperti Afghanistan.

Menurut media sosial, pasaran kereta terpakai di Afghanistan sememangnya rancak. Ramai orang gemar pergi ke kawasan luar bandar berhampiran Kabul untuk membeli kereta terpakai murah. Toyota Corolla buatan Jepun ialah salah satu kereta paling laku yang boleh dibeli semurah $3000-$4000.

Menurut temu bual bersama orang tempatan di sana, Corolla diminati warga Afghan kerana ia tahan lama, bekalan alat ganti yang banyak, dan harganya yang murah. Afghanistan tiada pengedar rasmi Toyota, oleh itu banyak model lama Corolla dan Hilux, Land Cruiser, dan model-model Toyota lain dibawa masuk oleh penjual kereta import terpakai.

Juga baca: Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia!

Malaysia ada Myvi, Afghanistan pula suka betul dengan Toyota Corolla lama. Kenapa, ya? 01

Corolla RHD di Kabul

Walaupun Afghanistan ialah negara berpemanduan sebelah kiri (LHD), segelintir unit Corolla dibawa masuk daripada Jepun atau negara-negara berpemanduan sebelah kanan (RHD). Kebanyakan pembeli tak kisah walaupun stereng kereta di posisi yang salah kerana mereka menggunakan kereta berkenaan untuk membawa macam-macam benda selain daripada penumpang, termasuklah haiwan ternakan.

Malaysia ada Myvi, Afghanistan pula suka betul dengan Toyota Corolla lama. Kenapa, ya? 02

Walaupun tiada data rasmi untuk jualan kereta, berdasarkan pemerhatian oleh warga tempatan dan beberapa data bebas, Corolla dijangka merangkumi sekitar 80 peratus daripada keseluruhan kereta berdaftar di negara itu. Ia seringkali dilihat sebagai teksi berwarna putih dan kuning. Disebabkan ia tidak begitu menonjol kerana Corolla banyak dilihat di jalanan, malangnya ia juga kereta pilihan untuk pengebom.

Juga baca: Sebenarnya, Ford Ranger adalah pilihan trak pikap Taliban, bukan Toyota Hilux!

Tambahan pula, Corolla teramatlah lazim di Afghanistan sehinggakan apabila pemerintahan Taliban mengambil keputusan untuk mengeluarkan ‘supercar’ buatan tempatannya yang pertama, mereka memilih enjin Corolla untuk menggerakkannya. Lihat saja Mada-9 yang mungkin nampak seperti Batmobile dari luar, namun ia mungkin jauh ketinggalan dalam ‘drag race’ jika dilumba dengan ‘supercar’ lain dari Timur Tengah seperti Lykan Hypersport.

Malaysia ada Myvi, Afghanistan pula suka betul dengan Toyota Corolla lama. Kenapa, ya? 03

Apa-apa pun, hubungan antara warga Afghan dan Corolla lama cukup akrab sejak dulu. ‘Car meet’ di Kabul mungkin hanya dipenuhi Corolla namun alangkah menariknya jika kita dapat mendengar sendiri kisah-kisah menarik daripada pemiliknya di sana dan bagaimana mereka hidup di tanah air yang berdepan begitu banyak onak dan duri selama ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Toyota Corolla Altis 1.8E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda