Malaysia akan lancar model Toyota baru nanti – Toyota GR Yaris 2021 atau Toyota Vios GR Sport, mungkin?

Mersita · Dec 3, 2020 08:00 PM

Malaysia akan lancar model Toyota baru nanti – Toyota GR Yaris 2021 atau Toyota Vios GR Sport, mungkin? 01

UMW Toyota akan melancarkan satu model baru pada 17 Disember. Sudah menjadi kebiasaan promo acah pada fasa awalnya, maklumat terperinci belum didedahkan. Tapi, cara dan intonasi iklannya berbunyi agak ‘hip’, ditujukan kepada orang muda dengan gaya.

Malaysia akan lancar model Toyota baru nanti – Toyota GR Yaris 2021 atau Toyota Vios GR Sport, mungkin? 02

Oleh itu, kita dah boleh jangkakan yang ia barangkali bukannya Toyota Fortuner mahupun Toyota Innova, walaupun kedua-dua model ini sudah patut menerima kemaskini, meniru penambahbaikan yang baru seperti Toyota Hilux yang berkongsi platform IMV.

Malaysia akan lancar model Toyota baru nanti – Toyota GR Yaris 2021 atau Toyota Vios GR Sport, mungkin? 03

Mungkinkah acah ini untuk kemaskini Toyota Vios dan Toyota Yaris? Tempahan sudah dibuka untuk kedua-dua model ini tapi ia belum dilancarkan lagi. Kembar Vios-Yaris disasarkan kepada pembeli muda, dan kami tahu yang barisan Vios yang diperbaharui nanti juga akan melibatkan Vios GR Sport yang lebih bergaya.

Malaysia akan lancar model Toyota baru nanti – Toyota GR Yaris 2021 atau Toyota Vios GR Sport, mungkin? 04

Vios GR Sport akan bertindak sebagai pengantara antara Toyota Vios Challenge siri perlumbaan ‘one-make’ dan juga Vios biasa untuk kegunaan awam.

Malaysia akan lancar model Toyota baru nanti – Toyota GR Yaris 2021 atau Toyota Vios GR Sport, mungkin? 05

Tapi, takkan lah mereka cukup gigih untuk melancarkan varian tambahan semata pada barisan Vios, bukan? Tambahan pula barisan GR Sport tiada penambahbaikan enjin.

Malaysia akan lancar model Toyota baru nanti – Toyota GR Yaris 2021 atau Toyota Vios GR Sport, mungkin? 06

Toyota Vios GR Sport disebalik selindung

Oleh itu, apa lagi kemungkinan yang ada? Sebulan yang lalu, Toyota Motor Thailand membuka buku tempahan mereka untuk Toyota GR Yaris.

Malaysia akan lancar model Toyota baru nanti – Toyota GR Yaris 2021 atau Toyota Vios GR Sport, mungkin? 07

Tulisan ‘GR’ yang nampak sama

Jika anda lihat dengan teliti jenis tulisan yang digunakan pada gambar promo acah UMW Toyota, ia nampak sangat serupa dengan gaya tulisan yang digunakan untuk mempromosikan Toyota GR Supra. Oleh itu, mungkinkah UMW Toyota sedang bersiap-siap untuk melancarkan GR Yaris tak lama lagi?

Malaysia akan lancar model Toyota baru nanti – Toyota GR Yaris 2021 atau Toyota Vios GR Sport, mungkin? 08

Walaupun berkongsi nama Yaris, GR Yaris banyak bezanya jika dibandingkan dengan Yaris biasa. GR Yaris secara amnya ialah kereta lumba patuh undang-undang jalanraya yang dihomologasikan dengan tetapan World Rally Championship (WRC).

Malaysia akan lancar model Toyota baru nanti – Toyota GR Yaris 2021 atau Toyota Vios GR Sport, mungkin? 09

Ia dibangunkan oleh juara tegar WRC, Tommi Makinen, seorang ikon dari zaman kegemilangan persaingan antara Mitsubishi Lancer Evolution vs. Subaru Impreza WRX di kejuaraan rali dunia.

Malaysia akan lancar model Toyota baru nanti – Toyota GR Yaris 2021 atau Toyota Vios GR Sport, mungkin? 10

Lancer Evo dah tak ada, Tommi Makinen sekarang pandu kereta Toyota

Ketika Volkswagen mengumumkan yang mereka menarik diri dari segala bentuk sukan permotoran, GR Yaris yang dibangunkan dari sukan rali merupakan ‘pet project’ Presiden Toyota, Akio Toyoda, yang juga merupakan satu-satunya pemimpin syarikat kereta yang melumba kereta keluaran syarikatnya sendiri dengan kerap.

Malaysia akan lancar model Toyota baru nanti – Toyota GR Yaris 2021 atau Toyota Vios GR Sport, mungkin? 11

Merujuk kepada pelancaran GR Yaris dan komitmen Akio Toyoda dalam menghasilkan ‘kereta yang lebih baik lagi’ dan mantra beliau iaitu “fun to drive again”, artikel terbaru AutoCar UK menggelar Presiden Akio Toyoda sebagai Enzo Ferrari zaman ini.

Memandangkan ia kereta lumba ‘road legal’ dengan sentuhan magis Tommi Makinen, jangan harap GR Yaris akan dijual dengan harga rendah.

Malaysia akan lancar model Toyota baru nanti – Toyota GR Yaris 2021 atau Toyota Vios GR Sport, mungkin? 12

Dalam setiap pasaran yang melancarkan Toyota GR Yaris, ia lebih mahal daripada Honda Civic Type R mahupun Volkswagen Golf R. Anda boleh jangkakan harganya lebih daripada RM 330,000 walaupun GR Yaris tergolong dalam segmen yang lebih rendah.

Malaysia akan lancar model Toyota baru nanti – Toyota GR Yaris 2021 atau Toyota Vios GR Sport, mungkin? 13

Daya tarikan GR Yaris bukan saja dari kemegahannya semata-mata. Tiada model BMW M mahupun AMG yang dibangunkan pada tahap ini, ditambah lagi dengan penglibatan peribadi dari pemilik syarikat itu sendiri. Bos bukan sebarang bos, tapi beliau ialah cicit kepada pengasas syarikat itu sendiri, oleh itu tak hairanlah kereta ini sangat-sangat istimewa. Seperti jauhari yang mengenal manikam, sesiapa yang tahu asal-usulnya pasti boleh nampak kelainannya.

Dalam video di bawah, anda boleh lihat kelainan pada kereta ini dengan Akio Toyoda (nama singkatan persona sukan permotorannya ialah Morizo) yang terlibat secara langsung dalam setiap keputusan pembangunan GR Yaris.

Di Australia, 1,100 unit pertama GR Yaris yang dijual untuk pasaran kereta itu habis terjual dalam masa hanya seminggu dan Toyota Australia terpaksa menutup laman sesawang pra-tempahan atas-talian mereka buat sementara waktu.

Malaysia akan lancar model Toyota baru nanti – Toyota GR Yaris 2021 atau Toyota Vios GR Sport, mungkin? 14

Yang pasti, pasaran Malaysia untuk kereta yang berasaskan sukan permotoran adalah lebih kecil. Oleh itu, kita mungkin tak dapat jangkakan prestasi jualan yang sama dengan Australia. Kami difahamkan yang UMW Toyota diberi sekitar 100 unit GR Yaris untuk pasaran Malaysia.

Malaysia akan lancar model Toyota baru nanti – Toyota GR Yaris 2021 atau Toyota Vios GR Sport, mungkin? 15

Tak sabar nak lihat sendiri Toyota GR Yaris pasaran Malaysia? Nantikan siaran langsung pelancarannya di laman Facebook Toyota Malaysia pada pukul 7.30 pm, 17 Disember 2020.

Komen

tradeInTool.upto20

2021 Toyota GR Yaris

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru