window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia bakal denda syarikat korporat mengikut standard CAFE menjelang 2023, langkah bagus tapi..?

Haris · Mar 4, 2023 10:00 AM

Malaysia bakal denda syarikat korporat mengikut standard CAFE menjelang 2023, langkah bagus tapi..? 01

Malaysia akan menguatkuasakan penggunaan bahan api minimum bagi semua pengeluar kenderaan, dikira berdasarkan berat model mereka, menjelang tahun 2030. Butiran lanjut masih dalam perbincangan tetapi adalah difahamkan bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan badan pemikir dasar automotif negara, MARii akan berkongsi beberapa maklumat awal kelak.

Penggunaan Bahan Api Purata Korporat, lebih dikenali sebagai CAFE (Corporate Average Fuel Economy) cuba untuk menjadikan kos yang lebih mahal sekiranya pengeluar kereta menghasilkan kenderaan yang tidak cekap bahan api dengan memperkenalkan penalti.

Matlamatnya adalah untuk memaksa pengeluar menjual model cekap bahan api pada harga yang lebih rendah. Bergantung kepada negara, ia merupakan pilihan sukarela, atau terikat dengan denda jika sasaran tidak tercapai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

CAFE mula diperkenalkan di AS pada tahun 70-an tetapi hanya sejumlah pengeluar memberi sahaja perhatian kepadanya sehinggalah akhir 2010-an, apabila undang-undang diperketatkan.

Malaysia bakal denda syarikat korporat mengikut standard CAFE menjelang 2023, langkah bagus tapi..? 01

Ujian penggunaan bahan api standard mesti dilakukan di dalam makmal yang diperakui pensijilan ISO dan UN

Malah, India yang merupakan negara membangun telah melaksanakan piawaian CAFE pada tahun 2022. Menjelang 1-April 2023, beberapa pengeluar di sana dijangka membayar denda yang besar kerana tidak memenuhi sasaran minimum.

Di Eropah, piawaian CAFE lebih kompleks kerana sasaran yang diberikan mengambil kira nisbah jualan campuran pengeluar. Sekiranya pengeluar ingin menjual satu SUV berkuasa tinggi yang dahagakan bahan api (baca: Range Rover), maka ia perlu menjual 10 lagi model hibrid jimat tenaga atau 5 EV bateri untuk mengimbangi 1 SUV itu, sebagai contoh.

Mengekalkan keseimbangan ini sangat sukar kerana pengguna lebih cenderung untuk membeli SUV besar.

Malaysia bakal denda syarikat korporat mengikut standard CAFE menjelang 2023, langkah bagus tapi..? 02

Memperkenalkan teknologi penjimatan bahan api tambahan pasti akan membawa kepada kenaikan harga, maka kereta kompak dengan margin keuntungan yang sangat tipis tidak mempunyai keanjalan dalam harga mereka.

Sekiranya harga kereta kompak seperti ini naik, sukar bagi pengeluar untuk menjualnya dalam volum tinggi untuk mengimbangi jualan model lebih besar seperti contoh tadi. Lantas, penguatkuasaan CAFE memerlukan kajian mendalam bagi meletakkan keseimbangan dalam pelaksanaan.

Berita baiknya ialah piawaian CAFE Malaysia dijangka kurang rumit, berdasarkan sasaran CAFE 2030 Jepun yang digariskan oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) di sana - setara dengan MITI.

Malaysia bakal denda syarikat korporat mengikut standard CAFE menjelang 2023, langkah bagus tapi..? 03

CAFE Jepun jauh lebih ringkas, mungkin kerana lebih daripada 60 peratus kereta yang dijual di Jepun adalah kereta kei jadi tidak seperti Jerman atau Amerika Syarikat, tidak perlu meletakkan piawaian yang rumit dengan terlalu banyak syarat seperti mengira berat median kereta yang dijual oleh setiap pengeluar pada tahun sebelum.

Sebaliknya, pengeluar hanya perlu merujuk kepada carta yang diberikan oleh METI. Sasaran ekonomi bahan api diberikan pada tahap model kenderaan, bergantung kepada berat kenderaan.

Baca: MITI - Proton & Perodua perlu cipta kereta elektrik (EV) mampu milik supaya rakyat dapat beli

Malaysia bakal denda syarikat korporat mengikut standard CAFE menjelang 2023, langkah bagus tapi..? 04

Di Eropah dan India, piawaian CAFE juga terikat dengan had pelepasan CO2. Sama ada ini akan diterima pakai di Malaysia masih belum jelas, tetapi berdasarkan spekulasi, ia bukan sebahagian daripada rancangan untuk tahun 2030.

Malaysia mula menerima soekulasi mengenai standard CAFE yang bakal dilaksanakan apabila ia disebut dalam prospek perniagaan Perodua 2023.

Slaid presiden yang disertakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad menyebut sasaran CAFE 4.2 liter menjelang 2030.

Malaysia bakal denda syarikat korporat mengikut standard CAFE menjelang 2023, langkah bagus tapi..? 05

Ketika diminta untuk mengulas lanjut, CEO Perodua berkata ini adalah sasaran yang diberikan kepada Perodua, dan rancangan produk masa depan syarikat dibuat dengan mengambil kira sasaran ini. Rujuk kepada pengenalan model hibrid yang dirancang syarikat pada 2024.

Semakan dengan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah juga mengesahkan pemahaman awal mengenai CAFE.

Selaras dengan sasaran CAFE adalah matlamat kerajaan untuk mempunyai 9 peratus daripada jumlah jualan kereta baharu (TIV) yang akan disumbangkan oleh EV bateri, menjelang tahun 2025. Angka ini akan meningkat pada 15 peratus menjelang 2030.

Baca: Perodua hanya akan kekal harga kenderaan jika faktor-faktor berikut masih pada tahap wajar

Malaysia bakal denda syarikat korporat mengikut standard CAFE menjelang 2023, langkah bagus tapi..? 06

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, butiran mengenai garis masa pelaksanaan, metodologi pengiraan, dan penalti atau ganjaran masih belum diumumkan.

Tujuan memperkenalkan CAFE adalah satu perkara yang bagus kerana Menteri MITI Tengku Zafrul tidak boleh bercakap tentang mempromosikan Malaysia sebagai hab serantau untuk EV, atau menggalakkan mobiliti rendah karbon dan pada masa yang sama membelanjakan RM30 bilion untuk subsidi petrol dan diesel.

Walau bagaimanapun, terdapat isu mendesak yang perlu dijawab oleh MITI - kualiti bahan api dan standard pelepasan karbon.

Pelaksanaan CAFE di Malaysia membayangkan enjin generasi baru yang memerlukan bahan api yang lebih bersih, namun kualiti bahan api kita masih pada tahap Euro 4M untuk petrol dan Euro 5 untuk diesel? Jiran kita Thailand dan Singapura sudah beralih ke Euro 6.

Malaysia bakal denda syarikat korporat mengikut standard CAFE menjelang 2023, langkah bagus tapi..? 07

Pam bahan api Thailand - standard Euro 6, petrol dengan campuran etanol minimum 20 peratus, petrol RON 91 termurah dikenali sebagai E20

Walaupun standard bahan api telah meningkat, standard pelepasan Malaysia masih tersekat pada Euro 2. Juga tiada objektif yang jelas untuk standard pelepasan CO2. Pelaksanaan CAFE perlu mempunyai asas-asas ini.

Malah India menggunakan piawaian bahan api setara Euro 6 (Bharat Stage 6) untuk kualiti bahan api dan pelepasan ekzos.

Di Eropah, sasaran CAFE mempunyai elemen "mengumpan". Melepasi sasaran CAFE akan diberi ganjaran kredit karbon. Bawah sasaran akan dikenakan penalti kewangan yang besar. Adakah langkah-langkah sedemikian akan dilaksanakan untuk CAFE Malaysia?

Juga, kaedah ujian penggunaan bahan api mana yang akan digunakan? MARii sebelum ini telah mencadangkan untuk Malaysia Driving Cycle (MDC) tetapi ini agak ketinggalan kerana seluruh dunia kini bergerak ke arah kitaran ujian WTLP tunggal (juga dikenali sebagai WLTC).

Malaysia bakal denda syarikat korporat mengikut standard CAFE menjelang 2023, langkah bagus tapi..? 08

Syarikat prinsipal pengeluaran, pengedar / pengimport sudah tentu tidak mahu membayar untuk diiktiraf MDC. Mengapa mereka harus membayar apabila mereka sudah mempunyai pengiktirafan WLTP yang diperakui global oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?

Di Malaysia, hanya terdapat satu makmal yang diperakui untuk melakukan ujian MDC – Pusat Ujian Pelepasan Kebangsaan (National Emission Test Centre) yang dikendalikan oleh Perodua.

Malaysia bakal denda syarikat korporat mengikut standard CAFE menjelang 2023, langkah bagus tapi..? 09

Tuntasnya, pelaksanaan CAFE sebenarnya mengarah kepada industri yang lebih kompetitif pada peringkat global namun asas-asas yang diperlukan untuk melaksanakan CAFE masih belum diperkukuh atau dibuat. Isu yang sama juga dilihat pada pelaksanaan tol MLFF (Multi Lane Free Flow), ketiadaan standard nombor plat akan menyukarkan pelaksanaan tol MLFF ini.

Baca: Malaysia bakal guna plaza tol tanpa palang MLFF menjelang 2025, sediakan RFID anda!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda