window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia bakal miliki fasiliti kereta 'Sport' terbesar menjelang 2025, bajet RM 10 juta - Timbalan Menteri KBS

Khairil ยท Sep 28, 2022 09:00 AM

Malaysia bakal miliki fasiliti kereta 'Sport' terbesar menjelang 2025, bajet RM 10 juta - Timbalan Menteri KBS 01

Satu lagi tanda aras bakal dicipta dalam arena automotif Malaysia apabila satu fasiliti industri bersepadu kereta 'Sport' atau 'Sportcar' serta akademi automotif terbesar negara akan dibina menjelang tahun 2025.

Kos untuk menyiapkan projek berkenaan dikatakan akan menelan belanja RM 10 juta di mana perkembangan menarik itu diumumkan sendiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker.

Malaysia bakal miliki fasiliti kereta 'Sport' terbesar menjelang 2025, bajet RM 10 juta - Timbalan Menteri KBS 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kemudahan di bawah satu bumbung seluasa kira-kira 0.399 hektar itu akan menempatkan bilik pameran, pemulihan dan perincian kereta, aksesori serta perdagangan kereta yang dijangka akan menjadi mercu tanda monumental di Malaysia.

Selain itu, Akademi Perincian Auto (ADA) juga akan dibangunkan untuk individu berbakat meneruskan minat dan memulakan kerjaya melalui kursus pendidikan dalam teknologi automotif, kejuruteraan, pemulihan kereta dan perincian untuk mengembangkan industri automotif.

Malaysia bakal miliki fasiliti kereta 'Sport' terbesar menjelang 2025, bajet RM 10 juta - Timbalan Menteri KBS 01

Sebelum pergi lebih jauh, fasiliti ini akan dibina melalui kerjasama antara Optimal Premium Motors Sdn Bhd (OPM), PrimeX Signature Sdn Bhd dan TOC Automotive College (TOC), menurut laporan Bernama.

Mengulas lanjut, Lian Ker berkata Malaysia menjadi pangkalan yang menarik untuk pengeluar automotif tempatan dan global selama bertahun-tahun dan kini menjadi negara ketiga permintaan tertinggi dalam industri automotif di Asia Tenggara.

Malaysia bakal miliki fasiliti kereta 'Sport' terbesar menjelang 2025, bajet RM 10 juta - Timbalan Menteri KBS 02

Menurut Lian Ker, apa yang dilakukan oleh OPM, PrimeX dan TOC bukan sahaja akan menunjukkan yang industri automotif Malaysia sedang berkembang pesat, tetapi pada masa sama menyediakan golongan muda dengan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan kemahiran mereka dengan pengetahuan yang boleh dibawa ke tahap lebih tinggi.

Malaysia bakal miliki fasiliti kereta 'Sport' terbesar menjelang 2025, bajet RM 10 juta - Timbalan Menteri KBS 03

Pengasas OPM, Simpson Tan dalam pada itu berkatakan fasiliti baharu itu akan menjana lebih 600 pekerjaan merangkumi latihan teknikal dan pandangan mendalam mengenai industri sebagai sumbangan untuk membina populasi pekerja mahir yang besar di negara ini.

Sumber imej: FB Optimal Premium Motors Sdn. Bhd

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda