window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Malaysia Boleh', di sebalik tabir kereta lumba rali Proton Iriz R5 yang bernilai RM 960k!

Faisal · Oct 11, 2021 01:00 PM

'Malaysia Boleh', di sebalik tabir kereta lumba rali Proton Iriz R5 yang bernilai RM 960k! 01

Proton Iriz R5 merupakan kereta homologasi FIA. Kereta rali ini dibangunkan khusus untuk bertanding dalam World Rally Championship (WRC) dan beberapa perlumbaan rali FIA di seluruh dunia.

Untuk bersaing, kereta tersebut perlu mematuhi piawaian yang ketat supaya ia betul-betul memenuhi standard keselamatan, kelas dan perlumbaan yang ditetapkan oleh badan FIA.

'Malaysia Boleh', di sebalik tabir kereta lumba rali Proton Iriz R5 yang bernilai RM 960k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan beberapa imej yang didedahkan oleh Proton Motorsport, kami kini ada gambaran istimewa di sebalik tabir proses homologasi ini.

Dari apa yang dapat dilihat, proses homologasi ini bermula terus dari kilang. Di sinilah wakil FIA mula memeriksa Proton Iriz untuk meneliti kualiti jentera tersebut.

'Malaysia Boleh', di sebalik tabir kereta lumba rali Proton Iriz R5 yang bernilai RM 960k! 01

'Malaysia Boleh', di sebalik tabir kereta lumba rali Proton Iriz R5 yang bernilai RM 960k! 02

Pegawai FIA memeriksa produksi Iriz di kilang Proton dekat Tanjung Malim.

Disebabkan Iriz R5 (“R5” diambil kerana mereka selama ini sudah guna nama tersebut) bertanding dalam kategori Rally 2, mekanikal yang diterapkan sebenarnya agak menakjubkan. Antaranya seperti:

  • Casis yang diubah suai untuk menerapkan terowong transmisi
  • Sistem pacuan semua roda
  • Sistem bahan api FT3
  • Arca roda lebih lebar
  • Susunan suspensi belakang ala MacPherson

Untuk pengetahuan anda, undang-undang FIA menetapkan bahawa kereta homologasi perlu menggunakan enjin produksi, Di sini, Iriz R5 menggunakan enjin 4B11T dari Lancer Evo X tetapi diubah suai kepada kapasiti 1.6L. Ia menghembuskan sekitar 290 PS.

Juga bacaMitsubishi Xpander AP4, kereta rali MPV pertama di dunia dengan enjin Evo X!

'Malaysia Boleh', di sebalik tabir kereta lumba rali Proton Iriz R5 yang bernilai RM 960k! 03

Dengan perlumbaan yang berprestasi tinggi, Iriz R5 juga perlu menyesuaikan dengan sistem rangka keselamatan seperti high density foam pada bahagian pintu untuk penyerapan tenaga yang berkesan sewaktu kemalangan.

Menariknya, kesemua kereta perlumbaan Rally 2 yang dibina berdasarkan kit homologasi FIA dijual oleh pasukan pakar perlumbaan Oreca.

'Malaysia Boleh', di sebalik tabir kereta lumba rali Proton Iriz R5 yang bernilai RM 960k! 04

Berikut adalah antara fakta menarik berkenaan Iriz R5:

Spesifikasi Proton Iriz R5
Regulasi FIA Rally 2 Class: Appendix J - Article 261
Kapasiti enjin Cecah 1,620 cc, turbo dengan pengehad intake 32 mm
Berat minimum 1,230 kg
Pacuan Empat roda
Nisbah kuasa ke berat 4.2 kg/hp
Homologasi AS 776 (sah sehingga tahun 2025)
Harga maksimum 198,840 EUR (RM 960k), termasuk had harga untuk tayar ganti

Selepas memeriksa dan meneliti data yang diperoleh pada kereta produksi, Iriz diberikan ‘lampu hijau’ untuk meneruskan pembangunan kereta rali ke fasa prototaip dan homologasi.

Juga bacaLegenda Mitsubishi Lancer Evolution – 10 model, 4 kali juara rali dunia, kenapa ramai yang minat?

'Malaysia Boleh', di sebalik tabir kereta lumba rali Proton Iriz R5 yang bernilai RM 960k! 05

Kalau anda nak tahu, Iriz merupakan salah satu daripada 10 model di seluruh dunia yang layak bertanding dalam perlumbaan FIA kelas Rally 2.

Antara model lain yang turut serta terdiri daripada Ford Fiesta RS, Volkswagen Polo GTi R5, Hyundai i20 dan Citroen C3 R5.

'Malaysia Boleh', di sebalik tabir kereta lumba rali Proton Iriz R5 yang bernilai RM 960k! 06

Di bawah struktur homologasi, Iriz R5 layak menyertai perlumbaan rali FIA bermula sekarang hingga akhir musim tahun 2025.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda