![Malaysia dalam landasan tepat untuk memasang 10,000 stesen pengecas menjelang 2025, kini dah 700 unit - MITI 01]()
Dengan sekitar 700 unit stesen pengecas kenderaan elektrik (EVSE, juga dikenali sebagai stesen pengecas EV) yang disediakan setakat ini, Malaysia berada di landasan yang tepat untuk memasang sehingga 10,000 unit EVSE menjelang 2025 di bawah Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030, lapor Bernama.
Pengarah pembangunan industri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Muhammad Zulhilmi Ahmad, menyifatkan kejayaan pemasangan stesen pengecas EV adalah hasil kerjasama dengan sektor swasta.
![Malaysia dalam landasan tepat untuk memasang 10,000 stesen pengecas menjelang 2025, kini dah 700 unit - MITI 02]()
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
“Ada syarikat tertentu, terutamanya syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sanggup memperjuangkan (usaha hijau ini).
“Kami berharap sasaran itu dapat dicapai untuk menyokong pembangunan industri EV tempatan,” katanya pada Siri 2 Invest Malaysia, bertajuk ‘The Road to EV’.
![Malaysia dalam landasan tepat untuk memasang 10,000 stesen pengecas menjelang 2025, kini dah 700 unit - MITI 01]()
Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjangkakan jumlah EV di Malaysia mencecah lebih 500,000 unit dengan 18,000 EVSE. Pasaran EV dijangka menjana pendapatan elektrik tahunan sebanyak RM 1.25 bilion.
Baca: MOSTI - Malaysia sasar 5,000 pengecas EV untuk 2022 tapi sekarang belum cecah 1,000 unit
![Malaysia dalam landasan tepat untuk memasang 10,000 stesen pengecas menjelang 2025, kini dah 700 unit - MITI 02]()
Laporan itu turut menyatakan bahawa dengan mengambil bilangan kenderaan enjin pembakaran yang setara dari jalan raya, terdapat potensi pengurangan pelepasan sehingga 4.4 juta tan karbon dioksida.
Baca: TNB: Pelaburan RM 90 juta dirancang untuk pengecas pantas DC, lebih 70 unit menjelang 2024
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
Komen