window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia dijangka jadi antara destinasi terawal Benelli BKX250, BKX250S (2023)!

Khairil · May 29, 2023 04:00 PM

Malaysia dijangka jadi antara destinasi terawal Benelli BKX250, BKX250S (2023)! 01

Tak lama selepas kemunculannya di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 November lalu, motosikal yang disifatkan tampil dengan rekaan radikal, Benelli BKX250 (2023) dikhabarkan akan memasuki pasaran Malaysia.

Malaysia dijangka jadi antara destinasi terawal Benelli BKX250, BKX250S (2023)! 02

Benelli BKX250 (2023)

Lebih menarik, selain Benelli BKX250 (2023) yang memghuni segmen 'Adventure touring', turut dijangka tiba adalah 'saudara kembarnya' Benelli BKX250S (2023) yang menghuni segmen 'Naked'.

Malaysia dijangka jadi antara destinasi terawal Benelli BKX250, BKX250S (2023)! 03

Benelli BKX250S (2023)

Tiada pengumuman rasmi dilakukan pengedar rasmi jenama Benelli di Malaysia, MForce Bike Holding (MForce) tetapi ia berdasarkan sumber yang diperoleh daripada syarikat berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malaysia dijangka jadi antara destinasi terawal Benelli BKX250, BKX250S (2023)! 01

Dan tidak perlu menunggu terlalu lama, berdasarkan laporan Arena Motosikal, kedua-dua model itu katanya berkemungkinan besar akan dilancarkan pada suku keempat tahun 2023 pada awal tahun 2024.

Malaysia dijangka jadi antara destinasi terawal Benelli BKX250, BKX250S (2023)! 02

Diumumkan dalam dua segmen berbeza, tetapi secara asasnya Benelli BKX250 dan BKX250S (2023) dijana trenkuasa yang sama iaitu enjin bersesaran 249 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan.

Malaysia dijangka jadi antara destinasi terawal Benelli BKX250, BKX250S (2023)! 03

Kuasa yang dihamburkan juga sama iaitu sekitar 25.8 Hp pada 9,250 rpm dengan tork 21 Nm pada 8,000 rpm.

Malaysia dijangka jadi antara destinasi terawal Benelli BKX250, BKX250S (2023)! 04

Berbalik ketika kemunculan sulungnya di EICMA 2022, berikutan rekaannya yang boleh disifatkan radikal, Benelli BKX250 dan BKX250S (2023) tidak menunggu lama untuk menjadi perhatian ramai.

Malaysia dijangka jadi antara destinasi terawal Benelli BKX250, BKX250S (2023)! 05

Sumber imej: FB Ministry Of Superbike

Tetapi, ia bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai teruk. Malah sekalipun Benelli kini dimiliki syarikat China (Qianjiang Motorcycle), kedua-dua model ini tidak mendapat 'sentuhan' pereka China.

Malaysia dijangka jadi antara destinasi terawal Benelli BKX250, BKX250S (2023)! 06

Tetapi rekaannya menggunakan kepakaran Itali iaitu di Benelli Style Centre di Pesaro.

Malaysia dijangka jadi antara destinasi terawal Benelli BKX250, BKX250S (2023)! 07

Justeru sekalipun nampak radikal dan drastik, ia sebenarnya tidaklah 'menyakitkan' mata dan paling unik pastinya rekaan depan terutama rekaan lampu yang cukup menonjol.

Malaysia dijangka jadi antara destinasi terawal Benelli BKX250, BKX250S (2023)! 08

Ketika di EICMA 2022 juga, Benelli berkata kedua-dua model ini akan mula tiba di bilik pameran pengedarnya di pasaran antarabangsa pada pertengahan tahun 2023 jadi jika ia tiba di Malaysia mengikut apa yang dikhabarkan, kita akan menjadi antara destinasi terawal motosikal berkenaan. Sama-sama kita nantikan.

Juga baca: Benelli pamer model ADV suku liter terbaharu, Benelli BKX250 (2023), rekaan futuristik, radikal!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda