window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia kata “hibrid cepat rosak” tapi 85% daripada Corolla Cross di Thailand adalah hibrid

Faisal · Sep 8, 2021 08:00 PM

Malaysia kata “hibrid cepat rosak” tapi 85% daripada Corolla Cross di Thailand adalah hibrid 01

Sejak membuat debut pada Julai tahun lepas, Toyota Corolla Cross telah menjuarai carta jualan SUV kompak di Thailand. Honda HR-V pun sampai kalah dibuatnya. Malah dalam setahun ini, Corolla Cross di Thailand telah terjual sebanyak 22,500 unit.

Apa yang lebih mengejutkan ialah 85% daripadanya adalah varian hibrid.

Malaysia kata “hibrid cepat rosak” tapi 85% daripada Corolla Cross di Thailand adalah hibrid 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk maklumat anda, Corolla Cross di pasaran sana ditawarkan dengan 4 varian. Salah satunya adalah varian 1.8 Sport (enjin 2ZR-FBE 1.8L aspirasi natural). Varian yang selebihnya pula dikuasakan oleh enjin 2ZR-FXE 1.8L hibrid kitaran Atkinson. Enjin ini turut diguna pada Toyota Prius, Corolla Altis Hybrid dan C-HR Hybrid.

Malaysia kata “hibrid cepat rosak” tapi 85% daripada Corolla Cross di Thailand adalah hibrid 01

Model hibrid Toyota guna logo berwarna biru.

Jika dibandingkan, penggunaan enjin hibrid untuk pasaran seperti Malaysia pula tidak menggalakkan langsung. Honda Malaysia misalnya sukar untuk jual Honda HR-V Hybrid dan Honda City RS e:HEV, sedangkan prestasi dan penjimatan minyak oleh teknologi hibrid i-DCD (HR-V Hybrid) dan i-MMD (City RS) tiada tandingan sama sekali.

Kenapa orang Thailand boleh cenderung ke arah hibrid tetapi Malaysia tidak?

Bagi anda yang belum tahu, harga petrol di negara kita sangatlah murah. Disebabkan itu, insentif untuk pembelian model hibrid tidak ditawarkan oleh kerajaan kita.

Malaysia kata “hibrid cepat rosak” tapi 85% daripada Corolla Cross di Thailand adalah hibrid 02

Di Thailand, pengguna petrol RON 91 sekalipun membayar sehingga RM 3.70 untuk setiap liter. Di Malaysia pula, subsidi minyak RON 95 yang ada hanya memerlukan kita untuk bayar RM 2.05 bagi setiap liter. Dengan harga minyak yang begitu murah, buat apa beli kereta hibrid kan?

Untuk pengetahuan anda, kenderaan hibrid di Thailand yang mana enjinnya berkapasiti 3.0L ke bawah ditawarkan cukai eksais serendah 4 ke 13 peratus. Penawaran ini apapun tertakluk pada kadar pelepasan CO2 masing-masing. Kesemua kereta penumpang (tidak kira hibrid atau tak) dengan kapasiti enjin 3.0L ke atas pula dikenakan cukai sebanyak 50 peratus.

Malaysia kata “hibrid cepat rosak” tapi 85% daripada Corolla Cross di Thailand adalah hibrid 03

Lagi satu, imej hibrid di Thailand dicerminkan oleh Toyota tetapi di Malaysia, ia didominasikan oleh BMW dan Mercedes-Benz (Prius dan Camry Hybrid di negara kita hanya beransur selama satu generasi sahaja).

Yang kacaunya, hibrid buatan Jerman ini tidak tahan mana dan banyak hantaran di media sosial melaporkan harga penggantian bateri yang cukup luar biasa. Perkara sebeginilah yang menakutkan pembeli.

Malaysia kata “hibrid cepat rosak” tapi 85% daripada Corolla Cross di Thailand adalah hibrid 04

Harga bateri hibrid Mercedes-Benz E300 Bluetec. Dengan komponen hibrid Jerman yang tak tahan langsung, tetap banyak yang masih berlegar kerana ramai yang telah beli. Maklumlah, harga murah sebab ditawarkan insentif.

Hakikatnya, kos penggantian untuk bateri hibrid bukan plug-in buat kereta buatan Jepun hanyalah seperti harga sebuah komputer riba. Itupun kalau waranti 8 tahun sudah tamat. Secara logiknya, perbatuan kereta sewaktu itu mungkin sudah mencecah 160,000 km. Kalau difikirkan balik, berbelanja sebanyak RM 5k – RM7k untuk sesuatu yang telah berkhidmat selama 10 tahun sebenarnya agak munasabah.

Malaysia kata “hibrid cepat rosak” tapi 85% daripada Corolla Cross di Thailand adalah hibrid 05

Kos penggantian bateri hibrid Toyota Prius selepas 8 tahun dan perbatuan 130,000 km hanyalah RM 300. Tanpa waranti, harganya jadi RM 7k tapi pakar di luar akan cas sebanyak RM 5k sahaja. Untuk recond, RM 3k.

Juga bacaPanduan kereta terpakai: Toyota Prius, Honda Insight, Camry Hybrid kini berharga serendah RM 40,000 sahaja?

Malaysia kata “hibrid cepat rosak” tapi 85% daripada Corolla Cross di Thailand adalah hibrid 06

Di Jerman, hibrid Toyota lagi banyak daripada hibrid mereka sendiri.

Lagipun di Jerman sendiri, pemandu-pemandu teksi lebih mempercayai hibrid Toyota berbanding hibrid plug-in BMW ataupun Mercedes-Benz. Tidak cukup dengan itu, teksi diesel di Jerman sekalipun telah ditukar kepada hibrid Toyota setelah industri automotif mereka dilanda skandal diesel.

Malaysia kata “hibrid cepat rosak” tapi 85% daripada Corolla Cross di Thailand adalah hibrid 07

Teksi di Jerman banyak pakai Toyota Prius V dan Corolla Hybrid.

Di Thailand pula, teksi Prius dan Camry Hybrid limosin buat lapangan terbang mencecah perbatuan yang tinggi setiap hari. Perkara ini sebenarnya meyakinkan lagi pembeli di sana untuk memilih varian hibrid.

Malaysia kata “hibrid cepat rosak” tapi 85% daripada Corolla Cross di Thailand adalah hibrid 08

Di Malaysia, UMW Toyota Motor dijangka melancarkan Corolla Cross Hybrid CKD tidak lama lagi.

Buat masa ini, Toyota Corolla Cross ditawarkan dengan varian 1.8G (RM 124,000) dan 1.8V (RM 129,266).

Juga bacaCorolla Cross Hybrid bakal tiba, UMW Toyota labur RM 270 juta untuk produksi hibrid CKD

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda