Malaysia lancar BYD Dolphin - dari RM 99k, kuasa cecah 204 PS, jarak pandu sehingga 490 km!
Faisal · Jul 27, 2023 10:38 AM
0
0
BYD SD Motors Malaysia sebentar tadi baru sahaja melancarkan kereta elektrik BYD Dolphin ke pasaran kita. Model kedua BYD ini ditawarkan dari harga RM 99,900 - RM 124,900, sekaligus meletakkan ia sebagai EV kedua di pasaran selain Neta V untuk harga bawah RM 100k.
Model di pasaran Thailand.
Secara amnya, hatchback segmen B ini ditawarkan dengan dua varian seperti berikut:
Dynamic Standard - RM 99,900
Premium Extended - RM 124,900
*harga belum termasuk fi pendaftaran, fi HP Ownership Endorsement, fi Base Plate dan fi Inspection (B2)
Jikalau ditambah semua tanpa insurans (OTR), harganya menjadi RM 100,530 dan RM 125,530.
Secara teknikal, kedua-dua varian menggunakan pek bateri Blade dan hadir dengan motor elektrik depan (FWD).
Tetapi perbezaan dari segi spesifikasi teknikal adalah seperti di bawah:
Dynamic Standard vs Premium Extended
Kapasiti bateri
44.9 kWj
60.8 kWj
Kuasa
95 PS
204 PS
Tork
180 Nm
310 Nm
0 - 100 km/j
12.3 saat
7 saat
Jarak pandu
410 km
490 km
Pengecasan AC
7 kW
7 kW
Pengecasan pantas DC
60 kW
80 kW
Untuk makluman anda, varian Dynamic Standard datang dengan rim 16 inci dan menggunakan suspensi belakang ringkas jenis torsion beam. Varian Premium Extended pula dengan rim 17 inci dan suspensi belakang jenis multi-link.
Antara ciri mengagumkan yang ada pada BYD Dolphin adalah pembekal kuasa V2L, infotainment 12.8 inci dan kluster 5 inci dari BYD Atto 3. Ciri Apple CarPlay disokong secara wayar tetapi Android Auto belum dimaklumkan.
Dari segi ciri bantuan keselamatan ADAS, kedua-dua varian lengkap dengan ciri:
Adaptive Cruise Control (ACC)
Lane Departure Warning (LDW)
Lane Keeping Support (LKS)
Lane Departure Prevention (LDP)
Lane Change Collision Warning (LCW)
Emergency Lane Keeping Assist (ELKA)
Automatic Emergency Braking System (AEBS)
Predictive Collision Warning (PCW)
Rear Collision Warning (RCW)
Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
Rear Cross Traffic Brake (RCTB)
Blind Spot Detection (BSD)
High Beam Assist
Pembeli ditawarkan dengan waranti 6 tahun/150,000 km. Jaminan baterinya sendiri disokong selama 8 tahun/160,000 km. Unit pandu BYD Dolphin pula sehingga 8 tahun/160,000 km.
Untuk sistem multimedia, bearing roda, penyerap hentakan, bushing/gasket, penutup habus, penapis udara PM2.5, port AC/DC dan port USB, warantinya pula diberi selama 3 tahun/60,000 km.
Sementara itu, waranti lampu, module TPMS, suspensi dan ball joint disokong selama 4 tahun/100,000 km.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.