window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia lancar Toyota Vios 2023 serba baharu (AC100) - dari RM 89.6k, 1.5E & 1.5G

Faisal Β· Mar 20, 2023 08:30 PM

Malaysia lancar Toyota Vios 2023 serba baharu (AC100) - dari RM 89.6k, 1.5E & 1.5G 01

UMW Toyota (UMWT) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Toyota Vios generasi AC100 ke pasaran Malaysia.

Malaysia lancar Toyota Vios 2023 serba baharu (AC100) - dari RM 89.6k, 1.5E & 1.5G 02

Ikon sedan segmen B ini ditawarkan dengan varian 1.5 E dan 1.5 G, masing-masing pada harga RM 89,600 dan RM 95,500 (CKD Bukit Raja, harga di atas jalan, tanpa insurans).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malaysia lancar Toyota Vios 2023 serba baharu (AC100) - dari RM 89.6k, 1.5E & 1.5G 01

Secara amnya, kedua-dua varian kekal dengan enjin 1.5L NA 2NR-VE yang menghasilkan 106 PS (-1 PS) dan 138 Nm (-2 Nm). Nadi ini dipadankan dengan transmisi CVT 7 kelajuan maya baru dan Toyota mendakwa bahawa ia memberikan kadar pecutan yang lebih pantas dan lebih menjimatkan petrol.

Malaysia lancar Toyota Vios 2023 serba baharu (AC100) - dari RM 89.6k, 1.5E & 1.5G 02

Antara ciri standard yang didatangkan pada kedua-dua varian adalah sistem keyless entry & push start, corong penyaman udara belakang, pengecas nirwayar, nyalaan bahagian kaki dan infotainment 9 inci dengan sokongan Apple CarPlay/Android Auto nirwayar.

Malaysia lancar Toyota Vios 2023 serba baharu (AC100) - dari RM 89.6k, 1.5E & 1.5G 03

Namun begitu, hanya varian 1.5G sahaja yang ada ciri roda stereng berbahan kulit dengan pelaras atas bawah dan teleskopik, kluster digital 7 inci, paddle shifter, brek parkir elektrik dengan fungsi auto hold dan tempat duduk kulit.

Malaysia lancar Toyota Vios 2023 serba baharu (AC100) - dari RM 89.6k, 1.5E & 1.5G 04

Menariknya, ADAS Toyota Safety Sense didatangkan secara standard yang mana ia merangkumi ciri:

  • Pre-Collision System (AEB)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Departure Prevention (LDP)
  • Front Departure Alert

Malaysia lancar Toyota Vios 2023 serba baharu (AC100) - dari RM 89.6k, 1.5E & 1.5G 05

Selain itu, ciri 6 beg udara, amaran titik buta (BSM) dengan Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan kamera 360-darjah 3D (PVM) juga hadir secara standard pada kedua-dua varian Vios.

Malaysia lancar Toyota Vios 2023 serba baharu (AC100) - dari RM 89.6k, 1.5E & 1.5G 06

Apapun, varian 1.5G tampil eksklusif dengan ciri keselamatan seperti Lane Keeping Control (LKC), Auto High Beam (AHB) dan Adaptive Cruise Control (ACC) kelajuan penuh. Cumanya, kawalan pelayaran adaptif tersebut tiada fungsi stop & go.

Seperkara lagi, tayar gantinya tidak didatangkan langsung dan apa yang ada adalah kit baiki tayar.

Malaysia lancar Toyota Vios 2023 serba baharu (AC100) - dari RM 89.6k, 1.5E & 1.5G 07

Dari segi warna, pembeli ditawarkan dengan pilihan:

  • Spicy Scarlet (warna iklan)
  • Silver Metallic
  • Nebula Blue Metallic
  • Attitude Black
  • Platinum White Pearl

Malaysia lancar Toyota Vios 2023 serba baharu (AC100) - dari RM 89.6k, 1.5E & 1.5G 08

Secara amnya, setiap pembelian lengkap dengan waranti 5 tahun tanpa had perbatuan. Pembeli diberi bantuan 24SEVEN Road Assist dan percuma 3 tahun langganan untuk Toyota Vehicle Telematics System yang mana ia boleh mengesan lokasi kenderaan anda sepanjang masa.

Malaysia lancar Toyota Vios 2023 serba baharu (AC100) - dari RM 89.6k, 1.5E & 1.5G 09

Sejak tempahan Toyota Vios baharu dibuka pada 24 Februari lalu, UMWT telah menerima lebih dari 5,000 tempahan.

Malaysia lancar Toyota Vios 2023 serba baharu (AC100) - dari RM 89.6k, 1.5E & 1.5G 10

Dari 24 – 26 Mac 2023 pula, UMW Toyota akan menawarkan hadiah buat sesiapa yang menguji pandu dan ia terbuka untuk semua bilik pameran di seluruh negara.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda