window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia pertimbangkan hidrogen untuk kurangkan gas rumah hijau 45%, omong kosong atau tak?

Mersita ยท Jul 29, 2021 08:00 PM

Malaysia pertimbangkan hidrogen untuk kurangkan gas rumah hijau 45%, omong kosong atau tak? 01

Masa kini, semakin banyak negara yang cuba untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Salah satu jalannya ialah kebergantungan pada hidrogen. Menteri Air dan Alam Sekitar Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ekonomi hidrogen boleh mengurangkan gas rumah hijau negara sehingga 45% menjelang 2030.

Malaysia pertimbangkan hidrogen untuk kurangkan gas rumah hijau 45%, omong kosong atau tak? 02

Salah satu daripada dua buah Hyundai Nexos berkuasa hidrogen digunakan oleh Sarawak Energy

Beliau berkata sebagai anda sokongan kepada Paris Agreement, Malaysia komited dalam mencapai sasarannya untuk mengurangkan tahap pelepasan karbon.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malaysia pertimbangkan hidrogen untuk kurangkan gas rumah hijau 45%, omong kosong atau tak? 01

Tuan Ibrahim merasmikan forum virtual “International Hydrogen Economy Forum and Strategic Lab” yang dikelolakan untuk membincangkan inisiatif teknologi hidrogen dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk pelaburan hijau.

Malaysia pertimbangkan hidrogen untuk kurangkan gas rumah hijau 45%, omong kosong atau tak? 02

Stesen bahan api hidrogen di Jepun

Ekonomi hidrogen bergantung kepada hidrogen sebagai satu bidang komersial yang akan menyediakan sebahagian besar daripada sumber tenaga dan khidmat negara. Ini menggantikan bahan api konvensional yang menyebabkan pencemaran alam sekitar seperti petrol dan diesel.

Baca juga: Kaji semula stesen minyak dengan hidrogen dan pengecas elektrik. Risiko tinggi! - MP Kuching

Malaysia pertimbangkan hidrogen untuk kurangkan gas rumah hijau 45%, omong kosong atau tak? 03

Tuan Ibrahim juga berkata Kementerian Air dan Alam Sekitar mengalu-alukan kerjasama strategik dan pelaburan daripada mana-mana pihak, awam atau persendirian, dan juga badan-badan berkuasa dalam mencapai ekonomi hidrogen.

Malaysia pertimbangkan hidrogen untuk kurangkan gas rumah hijau 45%, omong kosong atau tak? 04

3 tahun berlalu, tiada perkembangan

Walaupun idea kereta berkuasa hidrogen memasuki pasaran Malaysia bunyinya mengujakan, inisiatif Malaysia untuk tenaga hijau agak meragukan.

Malaysia pertimbangkan hidrogen untuk kurangkan gas rumah hijau 45%, omong kosong atau tak? 05

Malaysian EV Owners' Club (MyEVOC) pernah menyatakan di Twitter yang pada tahun 2016, Malaysia mengumumkan rancangan untuk menubuhkan 125,000 stesen pengecas menjelang 2020 untuk mempromosikan kenderaan elektrik.

Realitinya, kurang daripada 500 stesen pengecas dibina sehingga ke hari ini dan sekurang-kurangnya 12 daripadanya pengecas DC ‘fast-charging’.

Baca juga: Cukai untuk kereta elektrik (EV) bakal jadi 0% di Malaysia, tetapi ada syaratnya!

Malaysia pertimbangkan hidrogen untuk kurangkan gas rumah hijau 45%, omong kosong atau tak? 06

Mana satu kereta polis paling ‘cool’? Tesla atau Civic?

Disamping itu, negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik didatangkan sekali dengan rebat. Armada kenderaan kerajaan juga akan ditukar kepada EV.

Baca juga: TNB dah sedia untuk EV, tetapi konsumer belum - hanya penggunaan 20% untuk pengecas EV

Malaysia pertimbangkan hidrogen untuk kurangkan gas rumah hijau 45%, omong kosong atau tak? 07

Kekurangan Malaysia jika dibandingkan dengan negara jiran ialah ketiadaan komitmen. Hampir semuanya seperti omong kosong saja – “cakap memang senang, buatnya tidak”. Ya, kita faham yang rancangan sebegini serta ‘roadmap’ akan mengambil masa lebih lama dari jangkaan untuk dipenuhi. Tapi, lihat saja pada pelan EV kita sejak 5 tahun lalu – terlalu perlahan.

Baca juga: Potongan cukai eksais untuk EV di Thailand kekal ‘on-track’ walaupun Covid-19 mengganas

Malaysia pertimbangkan hidrogen untuk kurangkan gas rumah hijau 45%, omong kosong atau tak? 08

Bas berkuasa hidrogen di Kuching

Kenderaan elektrik sukar diterima oleh sebahagian besar pembeli Malaysia dan infrastruktur yang tidak mencukupi melemahkan lagi permintaannya. Oleh itu, adakah visi Malaysia untuk beroperasi atas ekonomi hidrogen akan jadi satu realiti atau omong kosong saja?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda