window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia rancang buka pintu sempadan negara, sempadan Thai-Malaysia dibuka bulan depan

Mersita ยท Feb 14, 2022 05:00 PM

Malaysia rancang buka pintu sempadan negara, sempadan Thai-Malaysia dibuka bulan depan 01

Pintu sempadan ke Malaysia mungkin akan dibuka tidak lama lagi bagi pengunjung yang lengkap vaksinasi, dengan keutamaan diberikan kepada negara jiran dan Asia.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementeriannya optimis yang sempadan negara akan dibuka secara berperingkat dalam masa terdekat susulan kejayaan projek rintis gelembung pelancongan Langkawi yang melebihi sasaran dengan catatan lebih 720,000 pelancong domestik dan antarabangsa sejak ia dilaksanakan pada 16 September 2021.

Malaysia rancang buka pintu sempadan negara, sempadan Thai-Malaysia dibuka bulan depan 02

Foto: Bernama

"Dari situ, kita sudah sudah mempunyai keyakinan boleh membuka sempadan antarabangsa, namun ia perlu diteliti lagi sebab ada negara belum benarkan orang mereka keluar. Jadi, kita perlu meneliti keperluan untuk membuka secara keseluruhan, bukan lagi gelembung,” katanya kepada pemberita Harian Metro hari ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malaysia rancang buka pintu sempadan negara, sempadan Thai-Malaysia dibuka bulan depan 01

Menurut beberapa laporan, pintu sempadan negara dijangka akan dibuka bermula 1 Mac 2022 dan pintu sempadan Thailand – Malaysia berkemungkinan besar akan dibuka pada bulan yang sama.

Namun, Nancy berkata bahawa pembukaan sempadan negara tidak semestinya akan dilaksanakan pada tarikh itu kerana penularan wabak Covid-19 dan kemasukan hospital perlu diteliti selepas pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Namun, kementeriannya optimistik kerana persiapan sudah dibuat.

Malaysia rancang buka pintu sempadan negara, sempadan Thai-Malaysia dibuka bulan depan 02

Perbincangan mengenai pembukaan sempadan Malaysia – Thailand masih dibuat secara berterusan, termasuklah perbincangan tentang kemasukan dari Singapura dan Filipina dan sebaliknya, tambahnya lagi.

Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha difahamkan telah mengarahkan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) serta pusat operasi kecemasan pelancongan dan sukan untuk menggariskan langkah mitigasi pandemik bagi pembukaan semula pusat pemeriksaan sempadan di Songkhla, Yala , Narathiwat dan Satun.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda