window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia tunggu dulu, Vietnam pertama di ASEAN terima Honda Civic Type R FL5 - diikuti Thailand!

Haris ยท Oct 26, 2022 11:00 AM

Malaysia tunggu dulu, Vietnam pertama di ASEAN terima Honda Civic Type R FL5 - diikuti Thailand! 01

Malaysia mempunyai tempat istimewa dalam sejarah jenama Honda Type R yang suci. Pada tahun 2007, pasukan muda Honda Malaysia mencipta sejarah dengan menjadikan Malaysia sebagai negara pertama dan satu-satunya di luar Jepun yang dibenarkan menjual model Honda Civic Type R generasi FD2 secara rasmi, mengetepikan pengedar recond.

Ini bukan kejayaan picisan kerana ketika itu, bos Honda di ibu pejabat di Aoyama, Tokyo tidak yakin bahawa Civic Type R dari Jepun yang dieksport ke Malaysia adalah berbaloi dengan usaha, terutamanya melihat struktur cukai punitif Malaysia akan meningkatkan harga jualan Type R.

Malaysia tunggu dulu, Vietnam pertama di ASEAN terima Honda Civic Type R FL5 - diikuti Thailand! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Boleh dikatakan bahawa usaha tersebut ditambah dengan sambutan kukuh FD2 di Malaysia - kesemua 420 unit yang diimport oleh Honda Malaysia telah dijual dengan sedikit atau tiada usaha pemasaran - membuka jalan kepada globalisasi model Honda Civic Type R.

Maju ke hari ini, Malaysia pada tahun 2022 tidak lagi mempunyai kedudukan yang sama seperti negara jiran kita yang semakin meningkat pesat.

Baca: Honda Type R โ€“ Asal usul serta bagaimana Malaysia berjaya apabila mereka berkata tidak

Malaysia tunggu dulu, Vietnam pertama di ASEAN terima Honda Civic Type R FL5 - diikuti Thailand! 01

Pada tahun 2017, Indonesia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang melancarkan Honda Civic Type R generasi FK8.

Tahun 2022, Vietnam muncul sebagai bintang utama di rantau ini.

Honda Vietnam telah mengumumkan bahawa ia akan menjadi pengedar pertama di Asia Tenggara yang melancarkan Honda Civic Type R generasi FL5 terbaharu, model Type R tanpa elektrik yang terakhir akan dihasilkan.

Malaysia tunggu dulu, Vietnam pertama di ASEAN terima Honda Civic Type R FL5 - diikuti Thailand! 02

Model generasi baharu dijangka menggunakan pacuan hibrid kerana peraturan pelepasan ekzos Euro 7 yang semakin ketat dan komitmen terhadap sasaran pengurangan CO2 oleh Honda bermakna tidak mungkin kereta berprestasi tinggi menggunakan enjin pembakaran dalaman selepas tahun 2025.

Baca: Kereta Honda bertukar elektrik sepenuhnya menjelang 2040, VTEC & Type R jadi sejarah

Malaysia tunggu dulu, Vietnam pertama di ASEAN terima Honda Civic Type R FL5 - diikuti Thailand! 03

Honda Civic Type R FL5 akan membuat penampilan sulung serantau esok 26-Oktober, di pameran 2022 Vietnam Auto Show, bandar Ho Chi Minh.

Di bawah ialah beberapa foto dari laman serantau kami, Autofun Vietnam. Unit-unit Honda Civic Type R FL5 ini adalah untuk dipertontonkan. Kereta-kereta itu sedang dipindahkan ke tapak pameran Honda.

Malaysia tunggu dulu, Vietnam pertama di ASEAN terima Honda Civic Type R FL5 - diikuti Thailand! 04

Malaysia tunggu dulu, Vietnam pertama di ASEAN terima Honda Civic Type R FL5 - diikuti Thailand! 05

Malaysia tunggu dulu, Vietnam pertama di ASEAN terima Honda Civic Type R FL5 - diikuti Thailand! 06

Malaysia tunggu dulu, Vietnam pertama di ASEAN terima Honda Civic Type R FL5 - diikuti Thailand! 07

Malaysia tunggu dulu, Vietnam pertama di ASEAN terima Honda Civic Type R FL5 - diikuti Thailand! 08

Selepas Vietnam, Thailand akan menjadi negara seterusnya untuk melancarkan Honda Civic Type R, dijangka sekitar akhir November 2022.

Honda Civic Type R FL5 hampir pasti akan dilancarkan di Malaysia tetapi dalam hierarki keutamaan, Indonesia mungkin akan menerimanya terlebih awal daripada Malaysia, jadi kita perlu menunggu giliran.

Kami menjangkakan model itu akan dilancarkan di Malaysia pada awal 2023.

Honda Civic Type R generasi FK8 sebelum ini kali terakhir dijual di Malaysia pada harga lebih RM 320k.

Baca: Video: Proses pemasangan Honda Civic Type R 2023 FL5 di Jepun, jentera abadi lambang 'H'!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda