window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mampukah Proton Persona facelift 2021 bersaing dengan Vios / City terpakai?

Haris Β· Aug 21, 2021 04:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mampukah Proton Persona facelift 2021 bersaing dengan Vios / City terpakai? 01

Dengan harga masih di bawah paras RM 60k, adakah Proton Persona facelift ini mampu bersaing dengan sedan Honda City / Toyota Vios terpakai? Di sini kita bincangkan.

Jaminan waranti untuk ketenteraman fikiran

Mampukah Proton Persona facelift 2021 bersaing dengan Vios / City terpakai? 02

Tidak kira bagaimana anda melihatnya, memiliki kereta baru adalah langkah terbaik bagi pembeli kereta kali pertama. Tanpa sebarang masalah untuk dirisaukan, kereta terpakai mempunyai lebih banyak isu yang perlu diselesaikan/disahkan seperti kehilangan rekod servis, masalah kemalangan atau banjir dan sebagainya.

Mampukah Proton Persona facelift 2021 bersaing dengan Vios / City terpakai? 03

Jauhi cakap-cakap orang yang memberi tanggapan negatif terhadap Proton Persona. Selagi anda mengikuti jadual penyelenggaraan dengan berdisiplin, sebarang masalah kerosakan besar boleh dielakkan malah sedan ini mampu menjadi kenderaan yang dipercayai untuk anda.

Mampukah Proton Persona facelift 2021 bersaing dengan Vios / City terpakai? 04

Kekurangannya? Kali ini cakap-cakap orang ramai itu betul. Proton Persona masih mengekalkan transmisi CVT yang dibekalkan oleh Punch. Transmisi ini 'kurang digemari' oleh ramai pihak dan merupakan kekurangan terbesar Proton Persona facelift 2022 ini. 

Mampukah Proton Persona facelift 2021 bersaing dengan Vios / City terpakai? 05

Berdasarkan dakwaan Proton, transmisi ini sudah dipertingkatkan dengan TCU yang lebih baik bagi meningkatkan kelancaran pemanduan. Ini bagi mengatasi masalah kereta tersengguk-sengguk dan kurang lancar ketika trafik henti-gerak.

Baca: Hanya CVT, manual pula sudah tiada pada Proton Persona & Iriz – apa sebab?

Lebih bernilai bagi yang benar-benar arif

Mampukah Proton Persona facelift 2021 bersaing dengan Vios / City terpakai? 06

Susut nilai boleh menjadi kelebihan kepada pembeli sekiranya benar-benar arif. Model Toyota Vios NCP150 dan Honda City GM6 kini boleh didapati pada harga sekitar RM 60k. Kereta terpakai lebih disyorkan kepada pembeli yang lebih berpengalaman namun dengan teknologi maklumat di hujung jari, setiap pembeli mampu membeli kereta terpakai dengan lebih yakin.

Mampukah Proton Persona facelift 2021 bersaing dengan Vios / City terpakai? 07

Lebih spesifik lagi, berikut adalah model terpakai yang sesuai untuk harga sekitar RM 60k.

Third generation Toyota Vios details

Dari segi keselamatan, Honda City 1.5V generasi GM6 dengan spesifikasi tertinggi adalah pilihan yang lebih baik kerana ia menawarkan 6 beg udara dan kawalan kestabilan.

Toyota Vios NCP150 walaupun masih mampu bertahan dengan baik, tidak mempunyai ciri kawalan kestabilan sehingga model tahun 2017.

Baca: Honda City GM6 kini lebih murah dari Proton Persona baru - berbaloi harga sekitar RM 40k?

Mampukah Proton Persona facelift 2021 bersaing dengan Vios / City terpakai? 09

Walaupun model ini mempunyai ketahanan yang baik, sebagai kereta terpakai, pembeli masih perlu meletakkan bajet untuk mengganti barang-barang yang haus; lebih-lebih lagi jika jarak tempuh barada pada julat yang sedikit lebih tinggi.

Mampukah Proton Persona facelift 2021 bersaing dengan Vios / City terpakai? 10

Selepas menggantikan barang yang haus dan lusuh, anda akan menikmati pengalaman pemanduan yang menyerupai kereta baru, kerana reputasi kereta ini yang sangat baik.

Tetapi jangan lupa untuk kekal mengikuti jadual servis secara berdisiplin bagi mengelakkan sebarang masalah besar.

Mampukah Proton Persona facelift 2021 bersaing dengan Vios / City terpakai? 11

Malah, dengan masalah bekalan alat ganti yang membelenggu beberapa jenama, mungkin memberi kelebihan kepada Honda City dan Toyota Vios. Ramai sedia maklum, jenama ini adalah jenama yang laris dengan stok alat ganti yang mudah ditemui.

Mampukah Proton Persona facelift 2021 bersaing dengan Vios / City terpakai? 12

Ikuti Wapcar.my untuk sumber maklumat anda mengenai kereta terpakai. Berikut adalah senarai artikel yang boleh manjadi panduan:

Tips membeli kereta terpakai: 6 tanda kereta pernah mengalami kerosakan banjir

Tip beli kereta terpakai: 6 cara untuk periksa enjin

Tip beli kereta terpakai: 5 tanda kereta pernah terlibat kemalangan

Mampukah Proton Persona facelift 2021 bersaing dengan Vios / City terpakai? 13

Dengan perintah kawalan pergerakan yang masih berkuat kuasa, memeriksa kereta terpakai secara fizikal sebelum membeli hampir mustahil.

Oleh itu, jika anda ingin membeli kereta dalam talian tetapi tidak mahu risiko yang berkaitan dengannya, Carsome Promise, memberi jaminan 1 tahun, pemeriksaan oleh Carsome Certified, dan jaminan wang dikembalikan dalam 5 hari.

Baca: Bayar RM 88 sahaja untuk 3 bulan! Promosi Carsome BIG 88 tersedia untuk Honda Civic dan banyak lagi

Mampukah Proton Persona facelift 2021 bersaing dengan Vios / City terpakai? 14

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda