window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mana lagi ‘sedap’, Yamaha Y155ZR VVA atau Y15ZR V3?

Khairil · Jan 23, 2021 08:00 PM

Mana lagi ‘sedap’, Yamaha Y155ZR VVA atau Y15ZR V3? 01

Sejurus Yamaha Exciter 155 VVA dilancarkan di pasaran Vietnam, penghujung tahun lalu, peminat motosikal popular berkenaan di negara ini mula berteka-teki bilakah tarikh pelancarannya di sini dan berapakah harganya.

Selain dua persoalan itu, turut hangat menjadi perdebatan adalah mengenai namanya. Ketika ini, ada yang memanggilnya sebagai Yamaha Y155ZR VVA, mengikut spesifikasi yang ada pada jentera berkenaan.

Mana lagi ‘sedap’, Yamaha Y155ZR VVA atau Y15ZR V3? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mana lagi ‘sedap’, Yamaha Y155ZR VVA atau Y15ZR V3? 01

Ia juga selari dengan perubahan nama untuk jentera berkenaan di Vietnam, yang sebelum ini dinamakan Yamaha Exicter 150.

Mana lagi ‘sedap’, Yamaha Y155ZR VVA atau Y15ZR V3? 02

Begitupun, masih ada juga yang menggelarnya Y15ZR V3 di Malaysia berikutan ia adalah generasi ketiga motosikal berkenaan di negara ini dan mengikut urutan versi.

Sebagai motosikal moped antara paling popular di Malaya, segala perkembangan mengenai jentera diberi julukan 'YSuku' ini sentiasa menjadi perhatian, sekali pun ia remeh.

Mana lagi ‘sedap’, Yamaha Y155ZR VVA atau Y15ZR V3? 03

Sebagai info, nama Exciter 150 digunakan di Thailand dan Vietnam manakala Sniper 150 MXi digunakan di Filipina dan Singapura dan Indonesia menggunakan nama MX King 150 bagi Y15ZR.

Bagi persoalan bilakah ia akan dilancarkan, penantian itu kebiasaannya tidak begitu panjang. Jika mengikut trend, ia hanya mengambil masa selama beberapa bulan selepas ia dilancarkan di Vietnam.

Mana lagi ‘sedap’, Yamaha Y155ZR VVA atau Y15ZR V3? 04

Berdasarkan versi sebelum ini iaitu Y15ZR V2, ia dilancarkan selepas kira-kira tujuh bulan selepas versi sama dilancarkan di Vietnam dan kira-kira tiga bulan selepas ia dilancarkan di Indonesia.

Mana lagi ‘sedap’, Yamaha Y155ZR VVA atau Y15ZR V3? 05

Mana lagi ‘sedap’, Yamaha Y155ZR VVA atau Y15ZR V3? 06

 

Tetapi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tempoh berkenaan mungkin bertambah panjang namun ada perkembangan yang positif apabila jentera berkenaan dilihat sedang menjalani tunggang uji di jalan raya di sini.

Memetik laporan laman web popular automotif di negara ini, tarikh pelancarannya dikatakan mungkin berlangsung pada bulan April atau bulan Jun ini.

Mana lagi ‘sedap’, Yamaha Y155ZR VVA atau Y15ZR V3? 07

Bagi sebuah jentera moped, ramai yang mengkritik harga motosikal berkenaan yang disifatkan agak mahal namun apa saja kritikan yang dilempar, kesudahannya ia tetap mendapat sambutan yang menggalakkan.

Tetapi bagi peminat tegar Yamaha yang pastinya tidak sabar-sabar untuk memiliki jentera ini, perlu diingatkan bahawa harga jualan yang akan ditetapkan oleh  Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) nanti dijangkakan mungkin jauh lebih tinggi berbanding harga Yamaha Y15ZR V2.

Mana lagi ‘sedap’, Yamaha Y155ZR VVA atau Y15ZR V3? 08

Ia berikutan spesifikasi dan teknologi baharu yang digunakan, malah ada yang mendakwa ia mungkin mencapai paras RM10,000 mengikuti harga saudara automatiknya, NVX 155 yang dijual pada harga asas RM10,500 ketika dilancarkan.

Ketika Yamaha Y15ZR V2 dilancarkan pada Mac 2019, harga jualan asas yang diletakkan oleh HLYM adalah RM8,168 namun seperti biasa, harga jualan di kedai-kedai motosikal jauh lebih tinggi.

Mana lagi ‘sedap’, Yamaha Y155ZR VVA atau Y15ZR V3? 09

Dan kebiasaannya, hanya satu varian akan dijual di pasaran negara ini dan ia adalah yang tertinggi.

Ketika ini, sedang tular beberapa jentera berkenaan sudah berada di Malaysia yang dikhabarkan dibawa masuk terus dari Vietnam. Dua daripadanya adalah yang sedang ditunggang uji oleh HLYM.

Malah, jika tidak silap pandang, ada yang penjual mengiklankannya pada tanda harga RM20,000 di laman jual beli online popular tempatan.

Bagi kami di Wapcar, ketiga-tiga persoalan ini hanya boleh dijawab pengedar sahnya iaitu HLYM. Tetapi mengenai perdebatan membabitkan namanya, orang Malaysia masih akan menggelarnya sebagai YSuku. Selesai satu masalah.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda