MARii: Insentif kereta elektrik (EV) yang lebih menarik di Malaysia menjelang Julai 2021!
Faisal · May 20, 2021 11:02 AM
Menurut CEO Malaysia Automotive Robotics and loT Institure (MARii), polisi kereta elektrik (EV) yang lebih menarik akan diperkenalkan di Malaysia menjelang Julai 2021 sekiranya semua pelan berjalan dengan lancar.
Dato' Madani, Ketua Pegawai Eksekutif MARii.
Utusan yang disampaikan oleh beliau di webinar ‘A New Start for Electric Vehicles in Malaysia’ semalam menjelaskan bahawa polisi yang baru meletakkan fokus pada insentif cukai dan pembangunan teknologi serta bakat tempatan.
Walaupun perinciannya perlu menunggu kelulusan kerajaan, CEO MARii menyatakan bahawa insentif yang sedang diusahakan ini bakal menawarkan kelebihan kepada pengguna sekali. Secara tidak langsung, perkara ini merujuk kepada roadtax yang lebih murah, skim parkir hijau, pemasangan tempat mengecas dan juga rebat tol.
Nissan Leaf sekarang bermula pada RM 181k. Selepas ini lebih murah?
Selain itu, MARii turut menekankan kepada pengurangan yang drastik untuk cukai jualan serta duti import dan eksais untuk EV. Skop ini termasuklah plug-in electric vehicles (PHEV) dan battery electric vehicles (BEV).
Polisi EV yang baru akan digubal dari rangka tindakan ini.
Di samping itu, CEO MARii berkongsi bahawa pemain dalam industri ini boleh memohon untuk mendapat lebih rangsangan di bawah insentif baru kelak yang mana ia boleh diubah suai. Secara teknikal, ia menawarkan insentif tetap (seperti potongan cukai) untuk pengeluar tetapi insentif yang bertaraf lebih tinggi juga akan ada, bergantung pada situasi dan kelayakan.
Pada masa yang sama, beliau mengulas bahawa polisi yang baru akan merangkumi kereta penumpang dan motosikal, serta syarikat yang menggunakan EV sebagai perkhidmatan seperti platform perkongsian kereta.
Menariknya, polisi ini masih dalam proses kemaskini mengikut input dari kementerian yang terlibat. Apapun, MARii berharap bahawa ia dapat dibentangkan ke Kabinet pada Jun depan sebelum pengumumannya dibuat menjelang Julai ini.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen