window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Marshal konvoi buat hal di PD dah serah diri, seorang bergelar Dato!

Khairil ยท Dec 7, 2021 07:00 PM

Marshal konvoi buat hal di PD dah serah diri, seorang bergelar Dato! 01

Dua marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi yang lagak mereka bagaikan anggota polis mengawal pergerakan kenderaan awam di Port Dickson (PD), dua hari lalu akhirnya menyerah diri di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah PD, hari ini.

Perkembangan itu diperoleh menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Polis Daerah PD dengan dua-dua individu itu tampil menyerah diri di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik daerah Port Dickson pada jam 12.45 tengah hari dan 2.30 petang.

Juga baca: Lagi kes marshal jadi 'polis' tular, polis pantas lancar gerakan, netizen makin bengang!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Marshal konvoi buat hal di PD dah serah diri, seorang bergelar Dato! 01

Kedua-dua individu berkenaan menjadi buruan polis apabila video mengenai gelagat mereka mengarahkan kenderaan awam untuk memperlahankan atau memberhentikan kenderaan awam tular di media sosial.

Marshal konvoi buat hal di PD dah serah diri, seorang bergelar Dato! 02

Menerusi kenyataan berkenaan, Ketua Polis Daerah PD, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata kedua-dua individu berkenaan adalah lelaki berusia 45 dan 49 tahun termasuk seorang daripadanya bergelar Dato.

Juga baca: Marshal bertinju tepi jalan, abang basikal jadi tukang lerai!

Marshal konvoi buat hal di PD dah serah diri, seorang bergelar Dato! 03

"Kedua-duanya menyerah diri sejurus mengetahui aksi mereka dirakam dan tular di media sosial dan polis menahan kedua-dua lelaki yang juga ahli perniagaan dan ejen insurans itu," kata Aidi Sham.

Selain menahan kedua-dua individu berkenaan, Aidi Sham berkata pihaknya turut menahan dua motosikal berkuasa tinggi dan beberapa barangan yang digunakan kedua-dua marshal berkenaan seperti yang dirakam.

Marshal konvoi buat hal di PD dah serah diri, seorang bergelar Dato! 04

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut secara menyeluruh termasuk jika wujud kesalahan lain," katanya.

Tular di media sosial, kelmarin video berdurasi 3 minit yang memperlihatkan gelagat menjengkelkan marshal konvoi memberi arahan kepada sebuah kenderaan supaya memberhentikan atau bergerak ke kiri jalan untuk memberi laluan lepada konvoi berkenaan.

Juga baca: Lima marshal geng konvoi 'big bike' dah kena cekup, seorang masih diburu!

Marshal konvoi buat hal di PD dah serah diri, seorang bergelar Dato! 05

Dipercayai konvoi itu bergerak dari arah Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka melepasi kawasan Jalan Tanjung Agas, Pasir Panjang di Port Dickson.

Marshal konvoi buat hal di PD dah serah diri, seorang bergelar Dato! 06

Susulan video berkenaan, polis Negeri Sembilan memberi jaminan tindakan sewajarnya bakal diambil dengan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop turut memberi amaran kepada golongan berkenaan agar "Tidak perlu datang ke negeri ini kalau berlagak seperti polis."

Juga baca: Geng konvoi motosikal bikin onar di tempat, masa yang salah. Tak sedar polis ada di lokasi!

Sumber: FB Polis IPD Port Dickson

 


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda