window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Masa depan Thailand adalah trak pikap elektrik, pemasangan EV CKD akan bermula pada 2035

Faisal · Sep 30, 2022 12:00 PM

Masa depan Thailand adalah trak pikap elektrik, pemasangan EV CKD akan bermula pada 2035 01

Kerajaan Thailand menjelang tahun 2035 nampaknya berancang untuk menjual EV sahaja. Malah, menjelang akhir dekad ini, produksi EV di sana juga disasarkan sebanyak 700,000 unit setiap tahun.

Perkara ini disahkan sendiri pada Mac tahun lalu sewaktu persidangan “National New Generation Vehicle Committee” di Thailand untuk merangka hasrat dalam mencapai kadar pelepasan sifar.

Masa depan Thailand adalah trak pikap elektrik, pemasangan EV CKD akan bermula pada 2035 02

Kilang bateri BMW di Thailand.

Walaupun sesetengah pihak berpendapat bahawa Thailand masih kekurangan dari segi teknologi dan sumber untuk membina EV pada skala itu, Timbalan Perdana Menteri mereka yakin bahawa kerajaan Thailand akan mampu mencapai matlamatnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Setakat ini, Kementerian Kewangan Thailand telahpun meluluskan kilang BYD (salah satu daripada projek 26 buah kenderaan elektrik) yang mana ia turut merangkumi trak pikap dan SUV.

Dalam masa yang sama, awal bulan ini, BYD memberitahu bahawa untuk Thailand bermula dari 2024, mereka menyasarkan untuk menghasilkan lebih daripada 150,000 EV setiap tahun. Secara tidak langsung, kapasiti produksi EV mereka menjelang tahun 2023 nanti akan mencecah 1 juta unit.

Pelan Thailand yang besar ini datang dari hasrat mereka untuk menggalakkan penggunaan EV. Untuk pengetahuan anda, mereka sudahpun memperkenalkan subsidi untuk mempertingkatkan lagi jualan kenderaan elektrik.

Masa depan Thailand adalah trak pikap elektrik, pemasangan EV CKD akan bermula pada 2035 01

Selain BYD, Thailand juga mungkin sedang menantikan Ford Ranger EV kerana Ford sendiri berkata bahawa Thailand akan menjadi hab pemasangan khusus buat kenderaan berpelepasan sifar.

Masa depan Thailand adalah trak pikap elektrik, pemasangan EV CKD akan bermula pada 2035 02

Di samping itu, Mitsubishi pula sedang membangunkan Triton bertrenkuasa hibrid diesel dan PHEV. SUV Pajero Sport pun termasuk. Setakat ini, kedua-dua model telahpun dipasang di Thailand. Mitsubishi Triton PHEV juga dijangka debut pada lewat 2022 atau awal 2023, mungkin sewaktu ketibaan Triton generasi keenam.

Pada masa yang sama, Nissan Navara generasi seterusnya juga akan tiba sebagai kembar kepada Triton. Ini bermakna Triton generasi seterusnya mungkin dibangunkan sekali bersama Nissan.

Juga bacaNissan Navara mungkin dapat enjin e-Power - trak pikap hibrid Jepun pertama? Hilux & Triton mana?

Masa depan Thailand adalah trak pikap elektrik, pemasangan EV CKD akan bermula pada 2035 03

Di Malaysia, beberapa model trak pikap seperti Ford Ranger, Nissan Navara dan Mazda BT-50 semuanya dipasang di Thailand. Jadi, kalau mereka dah beransur dengan trak pikap EV nanti, adakah abang-abang trak pikap kita berminat?

Juga bacaFord Ranger EV bakal tiba, tak mustahil masuk Malaysia, platform T6.2 'future-proof'!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia