window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Masalah hos (OCH) bocor, mengapa bengkel luar boleh tawar penyelesaian tetapi bukan Proton?

Haris ยท Mar 21, 2022 08:00 PM

Masalah hos (OCH) bocor, mengapa bengkel luar boleh tawar penyelesaian tetapi bukan Proton? 01

Masalah hos penyejuk minyak (Oil Cooler Hose) bocor bukanlah sesuatu yang baharu untuk pengguna-pengguna Proton. Menariknya, masalah ini telah dialami sejak bertahun-tahun dan tiada penyelesaian jelas yang diberikan oleh pihak Proton. Oleh yang demikian, seorang pengguna Proton telah membawakan isu ini ke dada akhbar untuk meluahkan perasaannya terhadap masalah yang dihadapi.

Masalah hos (OCH) bocor, mengapa bengkel luar boleh tawar penyelesaian tetapi bukan Proton? 02

Menurut surat yang ditujukan kepada pengarang Utusan Malaysia tersebut, pengguna tersebut telah mengalami 2 insiden OCH pecah untuk Proton Exora miliknya yang baru dibeli pada tahun 2021. Kedua-dua insiden OCH pecah pula berlaku pada jarak perbatuan bawah 13,000 kilometer!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Dah masuk versi ke-6, tetapi kenapa enjin CamPro Proton kuat makan minyak?

Masalah hos (OCH) bocor, mengapa bengkel luar boleh tawar penyelesaian tetapi bukan Proton? 01

Dia turut difahamkan oleh pemilik bengkel yang menjadi wakil Proton, syarikat itu hanya akan menggantikan OCH secara percuma sekiranya kenderaan masih di bawah perbatuan 40,000 km. Selepas daripada itu, pemilik dikenakan bayaran untuk setiap penggantian hos penyejuk minyak ini.

Masalah hos (OCH) bocor, mengapa bengkel luar boleh tawar penyelesaian tetapi bukan Proton? 02

Pengguna itu juga turut membangkitkan persoalan bahawa mengapa bengkel luar mampu menawarkan penyelesaian hos penyejuk minyak yang lebih baik; misalnya dengan jalinan keluli atau penggunaan hos keluli sepenuhnya untuk lebih ketahanan berbanding Proton yang masih menawarkan hos 'dipertingkat' yang sama sejak tahun 2016.

Masalah hos (OCH) bocor, mengapa bengkel luar boleh tawar penyelesaian tetapi bukan Proton? 03

Untuk pengetahuan, Proton dilaporkan pernah menjalankan kempen memanggil balik 94,577 unit kenderaan mengenai masalah OCH, membabitkan tiga model iaitu Exore Bold, Preve dan Suprima S pada tahun 2016. Ketika itu, hos penyejuk minyak ini dikatakan menggunakan bahan yang lebih baik dengan model tahun 2016 ke atas tersedia menggunakan hos 'dipertingkat' ini keluar dari barisan pengilangan.

Baca: Panduan kereta terpakai: Proton Suprima S kini sekitar RM 30k, kereta prestasi atau sekadar besi?

Masalah hos (OCH) bocor, mengapa bengkel luar boleh tawar penyelesaian tetapi bukan Proton? 04

Proton Exora kini sudah 10 tahun dalam pasaran namun penyelesaian bagi masalah ini masih belum ada sinar harapan. Pengguna tersebut turut mengakhiri surat terbuka tersebut dengan nada simpati kerana kenderaannya masih di bawah jaminan pengeluar justeru dia tidak boleh menggunakan khidmat bengkel luar bagi memenuhi syarat-syarat jaminan. Baca surat terbuka tersebut di sini.

Baca: Kelebihan dan kekurangan: Proton Exora, masih relevan dalam pasaran atau tidak?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Exora 1.6T Executive CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda