window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Maserati Ghibli dibeli dengan wang kripto bernilai RM 300k, pertama kali di Malaysia?

Haris ยท Dec 24, 2021 04:00 PM

Maserati Ghibli dibeli dengan wang kripto bernilai RM 300k, pertama kali di Malaysia? 01

Kripto wang adalah trend yang sohor kini dalam kalangan golongan generasi Z ketika ini. Walaupun mereka selalunya dilihat menerajui dalam hal-hal teknologi seperti ini, hakikatnya hanya generasi Boomers sahaja yang mampu membeli kripto wang dan menyalahgunakan menggunakannya untuk menukarkannya kepada aset nyata.

Terbaru, Datuk Calvin Yap Kim Heng dari CHY Autoworld Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Malaysia Car King telah berjaya menjual sebuah kereta Maserati Ghibli Sports dan menerima pembayaran 300,000 mata wang digital Meta Nirvana Up (MNU), bernilai sekitar RM310,000.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gimik pemasaran tersebut dilakukan oleh CHY Autoworld Sdn Bhd (CHY Auto) telah memperkenalkan kaedah baru pembelian kenderaan melalui pembayaran menggunakan mata wang kripto.

Maserati Ghibli dibeli dengan wang kripto bernilai RM 300k, pertama kali di Malaysia? 01

Maserati Ghibli

Presiden CHY Auto, Datuk Calvin Yap Kim Heng, berkata kaedah itu akan membolehkan pelabur mata wang kripto menggunakannya dalam pembelian barangan seperti kenderaan dan rumah.

Beliau menambah, CHY Auto juga adalah peneraju dalam urus niaga menggunakan mata wang kripto sekaligus memberikan peluang kepada pelabur untuk menukar mata wang itu kepada barangan.

"Kami menerima MNU untuk semua kereta kami termasuk Telsa. Elon Musk telah menjadikan mata wang kripto berkembang pesat. Semua hartanah, kapal layar dan jet peribadi kami juga boleh diurus niaga dalam MNU kerana ia adalah mata wang rantaian awam terkini yang sangat menjanjikan, yang akan digunakan dalam banyak tempat jualan di seluruh dunia.

Maserati Ghibli dibeli dengan wang kripto bernilai RM 300k, pertama kali di Malaysia? 02

“Kami adalah ejen hartanah kepada pemaju terkemuka di Malaysia seperti Farlim Holdings, Mah Sing Property Bhd, Akisama Groups, Binastra Group dan GCE Developments Sdn Bhd.

"Kami menerima mata wang kripto dari pembeli sebagai ejen dan membayar dalam bentuk ringgit kepada pemaju. Ia memberi kemudahan baru (untuk semua)," katanya.

Pemilik baharu kenderaan mewah Itali itu, Datuk Seri Lee Han Keat dari Top Metaverse Group Sdn Bhd berkata Nirvana Meta ialah permainan RPG blockchain awam pertama di dunia dan telah menjadi sangat popular di seluruh dunia.

Sebagai rujukan, mata wang kripto tidak diiktiraf di Malaysia kerana ia bukan instrumen pembayaran yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) buat masa ini. - NST, BH

Baca: Jom layan, Ducati perkenal perkhidmatan lawatan muzium secara maya

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Maserati Ghibli Hybrid

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda