window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Masih berdegil guna telefon bimbit dalam kereta? Tiada lagi saman segera, pergi mahkamah terus!

Haris · Aug 11, 2020 06:00 PM

Masih berdegil guna telefon bimbit dalam kereta? Tiada lagi saman segera, pergi mahkamah terus! 01

Sebelum ini, pemandu hanya didenda dengan kesalahan yang boleh dikompaun serta merta. Oleh hal ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan telefon bimbit di dalam kereta kini merupakan kesalahan yang tidak dapat dikompaun. Malahan anda akan diminta untuk pergi ke mahkamah untuk membela kes anda.

Kenyataan tersebut dikeluarkan pada 8 Ogos 2020 di laman Facebook PDRM dengan tajuk #SembangTraffik. Dalam kenyataan mereka, PDRM mengakui hakikat bahawa orang ramai menyedari bahawa penggunaan telefon bimbit adalah salah satu penyebab kemalangan jalan raya terbesar namun ramai pengguna dilihat mengambil mudah peraturan ini.

Seperti yang telah dinyatakan, penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah kesalahan di bawah Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 seperti membuat U-Turn bukan pada tempatnya atau meletakkan kenderaan berkembar secara haram.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi menurut PDRM, mulai 6 Julai 2020, kesalahan seperti ini jatuh di bawah Peraturan 17A, LN 166/59 peraturan lalu lintas. Hal ini bermakna, kesalahan ini tidak lagi dapat dikompaun dan anda diminta menyelesaikan kes tersebut di mahkamah.

Sekiranya didapati bersalah, pesalah kali pertama boleh dikenakan denda RM 1,000 atau penjara sehingga 3 bulan. Sementara itu, pesalah yang berulang kali akan dikenakan denda hingga RM 2,000, dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih dari 6 bulan, atau kedua-duanya.

Masih berdegil guna telefon bimbit dalam kereta? Tiada lagi saman segera, pergi mahkamah terus! 01

Jika anda perlu merujuk kepada aplikasi navigasi, kami sarankan anda untuk memasangkan peranti pemegang khusus dan bukannya memegang telefon bimbit di tangan anda. Anda juga boleh melabur dalam kereta dengan fungsi seperti Android Auto dan Apple CarPlay.

Penguatkuasaan pindaan baru ini hanyalah salah satu perubahan terbaru yang dibuat terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kementerian Pengangkutan masih membincangkan mengenai hukuman yang lebih berat terhadap pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan pemanduan sembrono yang diluluskan di Parlimen bulan lalu.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda