window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap?

Haris · Sep 26, 2020 11:59 AM

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 01

Ketika bercakap mengenai industri automotif Malaysia, jenama yang terlintas di fikiran sudah tentulah Proton dan Perodua, 2 pengeluar kereta terbesar domestik. Namun, tahukah anda bahawa Malaysia mempunyai beberapa pengeluar kereta kecil seperti TD Cars dan Bufori?

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kali ini fokus akan diberikan terhadap model TD 2000, sebuah produk daripada TD Cars. Kereta ini adalah model replika MG TD klasik dari tahun 1950an, mengekalkan bentuk badan yang sama tetapi dengan trenkuasa yang lebih moden, badan gentian kaca dan brek cakera.

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 01

MG TD yang asal

Secara amnya, rakyat Malaysia kurang menggemari kereta klasik lama, terutama dari era pasca perang seperti MG. Sebilangan besar peminat yang menyukai model kereta sebegini terdiri daripada generasi boomer yang sudah lama memasang impian untuk memilikinya.

Oleh itu, bagaimana TD Cars tiba di Malaysia dan apa yang sudah berlaku kepada TD 2000?

Langkah awal dari Tanah Besar Selatan

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 02

TD Cars bermula di Malaysia pada tahun 1998 tetapi TD 2000 sebenarnya dilahirkan pada tahun 1986 di Australia. Syarikat ini adalah hasil idea daripada Ross Marshall, seorang usahawan dan peniaga kereta yang berpusat di Sydney.

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 03

Sebagai salah seorang peminat kereta MG Britain, beliau memilih TD ​​Midget sebagai asas untuk projeknya yang merupakan salah satu model MG T-Type paling berjaya dengan 30,000 dibina antara 1949 dan 1953. MG TD menjadi mendapat sambuatan hangat di Amerika dengan 23,488 unit dieksport ke sana.

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 04

Untuk menghasilkan sebuah replika, Marshall memperolehi kelengkapan dari sebuah syarikat di Oregon, Amerika Syarikat yang telah membeli mesin dan jig TD asal dari MG. Syarikat Amerika yang tidak disebutkan namanya ini telah membina 12 replika dan hanya menjual replika ini di Amerika Syarikat.

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 05

Nissan Pulsar

Rancangan Marshall adalah untuk mengeluarkan sekitar 12,000 unit TD moden - dinamakan TD Sports 2000 - dalam jangka masa 12 bulan dan menjualnya melalui pengedar Nissan. Nissan terbabit dengan projek ini kerana model tersebut akan menggunakan enjin yang sama dari pemacu roda depan daripada Nissan Pulsar.

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 06

Marshall mahu TD moden benar-benar seperti model TD yang asli sehingga dia menugaskan jurutera dari pasukan sukan permotoran Nissan Australia untuk menyesuaikan enjin Pulsar dan gandar ke dalam susun atur yang serupa dengan model TD pacuan roda belakang yang asal. Malangnya, masalah kewangan membantutkan impian Marshall ini.

Langkah kiri

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 07

Berikutan daripada kegagalan perniagaan milik Marshall, sebuah syarikat awam Australia bernama Westmex Ltd telah membeli aset dan hak untuk projek TD Sports 2000. Ketika Pameran Kereta Sydney 1988, model TD 2000 yang lebih terkini hadir yang dipasarkan oleh Australia Classic Cars, anak syarikat Westmex Ltd.

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 08

Nissan Pintara

Kali ini, TD 2000 MkII (generasi kedua) dikuasakan oleh enjin Nissan yang lain iaitu enjin 4-silinder 2.0 liter CA20E dari Nissan Pintara buatan Australia. Marshall tidak perlu bimbang lagi tentang asas TD 2000 kerana Nissan Pintara dipacu oleh roda belakang.

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 09

Enjin CA20E

Berbeza dengan rancangan Marshall untuk menjual 12,000 unit pada tahun pertama, Westmex mengurangkan sasaran kepada 400 unit sahaja, lebih rasional. Segala-galanya kelihatan sangat optimis sehinggalah Australia mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1990 lalu menamatkan Australia Classic Cars.

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 10

Walau bagaimanapun, projek TD 2000 diteruskan oleh AF Gason Pty Ltd, syarikat yang ditugaskan oleh Australia Classic Cars untuk memasangnya dalam usaha mengurangkan kerugian yang ditanggung. 100 unit kereta telah dibina dan dijual melalui TD 2000 Pty Ltd tetapi Gason memutuskan bahawa perniagaan utama mereka iaitu pembuat peralatan pertanian, lebih menguntungkan lalu menjual hak untuk TD 2000.

Langkah ke Malaysia

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 11

Pada tahun 1998, beberapa orang ahli perniagaan Malaysia dan usahawan Australia yang rapat memutuskan untuk membeli hak TD 2000. Walaupun Malaysia hampir pulih dari Krisis Kewangan Asia 1997, pemilik baru sangat optimis mampu menjual TD 2000 secara global tetapi pengeluaran hanya akan berpusat di Malaysia dan bukannya Australia.

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 12

TD 2000 mahu dijual bersebelahan Proton

TD Cars rupa-rupanya anak syarikat Automotive Conversion Engineering (ACE) yang merupakan anak syarikat EON. EON adalah rangkaian penjual kereta Proton tetapi turut berminat menjual TD 2000 di bilik pameran seluruh Malaysia.

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 13

Oleh yang demikian, TD 2000 dibina oleh ACE di kilang Glenmarie mereka. Tidak seperti TD 2000 buatan Australia, TD 2000 buatan Malaysia dikuasakan oleh trenkuasa gergasi automotif Jepun yang tidak lain tidak bukan, Toyota.

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 14

Toyota Celica

Enjin 2.0 liter 16 injap 3S-FE oleh Toyota menguasai TD 2000 dengan pacuan roda belakang. Ya, kereta klasik ini dikuasakan oleh enjin yang sama dengan Toyota Celica. Ia menghasilkan 131 PS kuasa kuda seperti sebuah kereta sport yang beratnya kurang dari satu tan. Ia juga mempunyai brek cakera di kesemua roda seperti kereta moden.

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 15

TD 2000 pada mulanya hanya ditawarkan dengan transmisi manual 5-kelajuan yang dikenali dengan nama Silverstone. Kemudian, varian automatik diperkenalkan dengan nama Gatsby. Harganya tidak murah dengan harga bermula dari RM 170,000 pada tahun 2008 atau bernilai lebih RM 203,000 hari ini apabila disesuaikan dengan kadar inflasi.

Hari ini

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 16

Oleh kerana Malaysia bukan pasaran yang besar untuk kereta replika Inggeris pasca perang, penjualan tidak tertumpu di sini. Sebaliknya, TD Cars mengeksport TD 2000 ke luar negara, mengambil peluang ke atas tenaga tempatan. Tambahan pula, harganya terlalu mahal dan bumbung boleh lipat tidak sesuai dalam cuaca di sini.

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 17

TD 2000 menemui beberapa pelanggan di luar negara. Beberapa unit dilihat di UK, Jepun, Singapura, Thailand, Taiwan, New Zealand dan Australia. Menariknya, TD 2000 turut dijual di Jepun oleh Mitsuoka yang kami tampilkan baru-baru ini.

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 18

Sumber: BUBU Auto Export

Tiada sebarang berita mengenai TD 2000 masa kini. Laman web td-2000.com pula telah diambil alih oleh syarikat judi dari China sekitar tahun 2018.

Masih ingat kereta klasik TD 2000? Dibina di Malaysia, kini lenyap? 19

Adakah ini bermakna TD Cars tidak lagi aktif? Tidak dapat dipastikan. Model TD 2000 pula nampaknya menjadi peninggalan yang sudah dilupakan dalam lipatan sejarah. Walaubagaimanapun, kereta tersebut tetap merupakan suatu penambahan yang pernah mewarnai sejarah automotif negara.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda