Masih menunggu di Malaysia, Honda Winner X generasi baharu bakal dilancar di Vietnam?

Khairil · Aug 5, 2021 03:00 PM

Masih menunggu di Malaysia, Honda Winner X generasi baharu bakal dilancar di Vietnam? 01

Sekalipun kelibat 'Super moped' Honda Winner X menjalani ujian jalan raya di Malaysia sudah beberapa bulan berlalu, namun tiada perkhabaran lanjut mengenai motosikal 'hangat' itu sehingga kini.

Juga baca: Honda Winner X (RS150 V3) terlihat di Malaysia. Tarikh pelancaran makin dekat?

Ditambah dengan situasi semasa pandemik Covid-19 yang kian meruncing, tidak dapat dipastikan bila motosikal yang menjadi pencabar utama Yamaha Exciter 155 VVA di Vietnam atau Yamaha Y16ZR itu bakal tiba di pasaran tempatan.

Masih menunggu di Malaysia, Honda Winner X generasi baharu bakal dilancar di Vietnam? 01

Selain di Malaysia, antara negara pasaran gergasi motosikal global yang masih menanti model berkenaan adalah Indonesia dan Thailand.

Dilancarkan secara rasmi oleh Honda Motor Vietnam pada Julai 2019, Honda Winner X sudah pun melebihi usia 2 tahun dan berdasarkan maklumat terbaharu yang diperoleh, model berkenaan akan dikemaskini pada tahun ini.

Masih menunggu di Malaysia, Honda Winner X generasi baharu bakal dilancar di Vietnam? 02

Berdasarkan laporan daripada laman web automotif Indonesia, Iwanbanaran.com, motosikal berkenaan bukan saja akan mendapat peningkatan 'facelift', namun akan hadir dalam bentuk serba baharu atau generasi baharu.

Juga baca: Selepas ADV 150, giliran Winner X dilancar 'tak lama lagi' di Malaysia?

Masih menunggu di Malaysia, Honda Winner X generasi baharu bakal dilancar di Vietnam? 03

Imej lakaran pereka grafik

Maklumat berkenaan dikatakan diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai laman web berkenaan di Vietnam sendiri.

Masih menunggu di Malaysia, Honda Winner X generasi baharu bakal dilancar di Vietnam? 04

Sekalipun tiada sebarang imej diberikan, rekaannya berkemungkinan terus mengambil inspirasi daripada model 'Sportbike' jenama berkenaan iaitu Honda CBR150R.

Juga baca: 'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih?

Masih menunggu di Malaysia, Honda Winner X generasi baharu bakal dilancar di Vietnam? 05

Dan jika ia tampil dengan rekaan serba baharu, ia juga berkemungkinan mendapat peningkatan dari sudut trenkuasa dalam usaha mencabar seterunya iaitu Yamaha Y16ZR.

Masih menunggu di Malaysia, Honda Winner X generasi baharu bakal dilancar di Vietnam? 06

Yamaha Exciter 155 VVA

Untuk syarikat sebesar Honda, ia bukanlah satu masalah yang besar malah jenama itu sudah pun mempunyai trenkuasa 160 cc yang digunakan oleh model skuter, Honda PCX 160.

Masih menunggu di Malaysia, Honda Winner X generasi baharu bakal dilancar di Vietnam? 07

Menurut sumber daripada laman web berkenaan lagi, Honda Winner X serba baharu itu akan dilancarkan pada 10 Oktober ini. Begitupun, tarikh berkenaan turut boleh berubah bergantung kepada situasi semasa membabitkan Covid-19.

Masih menunggu di Malaysia, Honda Winner X generasi baharu bakal dilancar di Vietnam? 08

Sekalipun laman web berkenaan tampak mempercayai sumbernya, perkembangan itu masih lagi sekadar sekadar khabar angin. Justeru, apa yang lebih realistik, kita nantikan kehadiran Honda Winner X di Malaysia terlebih dahulu.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru