Masih minat Honda Civic FB? Terus ke CARSOME Autofair pada 17-19 Mac - diskaun sampai RM 8k!
Faisal · Mar 15, 2023 10:00 AM
Honda Civic di pasaran kita sekarang beransur dengan generasi FE iaitu pengganti Civic ‘ketam’ dan kalau ditanya orang ramai, kedua-dua model membawa legasi generasi FD iaitu antara Civic terbaik yang pernah dikeluarkan. Namun begitu, ada beberapa pihak yang tetap menggemari Civic anggun iaitu model FB. Perkara ini boleh difahamkan kerana Civic FB sememangnya lebih selesa dan mempunyai tahap perhalusan yang lebih baik daripada FD.
Dalam konteks kali ini, kita tidak akan bercakap mengenai varian hibrid kerana lebih ramai meminati enjin petrol biasa. Bagi anda yang belum tahu, Civic FB sewaktu dijual dalam pasaran Malaysia dahulu mengunakan nadi NA Honda siri R iaitu SOHC i-VTEC melalui varian 1.8 S dan 2.0 S. Enjin ini merupakan kesinambungan daripada legenda siri K yang terkenal dengan penuh karakter dan penghantaran kuasa yang bertenaga.
Untuk makluman anda, varian 1.8 mempunyai 141 PS/174 Nm dan varian 2.0 menghembuskan 155 PS/190 Nm. Kuasa dipadankan dengan transmisi automatik 5 kelajuan. Jadi, untuk mereka yang elergi dengan transmisi CVT, Civic FB akan lebih memuaskan hati daripada si ‘ketam’ dan FE sekarang.
Dalam masa yang sama, teknologi yang digunakan juga menjimatkan petrol. Sekiranya anda berminat, Carsome ada banyak Honda Civic FB terpakai yang dijamin dalam keadaan baik.
Lagipun, jangka hayatnya boleh dikatakan tahan lama dan tidak memakan kos tinggi, melainkan penyelenggaraannya tidak dibuat secara teratur atau menggunakan bendalir/alat ganti berkualiti rendah.
Menariknya, 17-19 Mac iaitu bermula Jumaat hingga Ahad ini dari jam 10 pagi – 6 petang akan berlangsungnya CARSOME Autofair di CARSOME PJ Automall. Apa yang hebatnya, pembeli akan mendapat diskaun sehingga RM 8,000. Pada masa yang sama, pelanggan yang membuat tempahan akan mendapat baucar diskaun tambahan lagi RM 1,000, waranti 2 tahun dan baucar servis 2 tahun.
2018 Honda CIVIC I-VTEC 1.8
RM 90,800
RM 995
/bulan
44,322 km
5 years
Petaling Jaya
2017 Honda CIVIC I-VTEC 1.8
RM 87,700
RM 981
/bulan
60,851 km
6 years
Petaling Jaya
2019 Honda CIVIC S 1.8
RM 85,000
RM 1,019
/bulan
35,904 km
4 years
Petaling Jaya
Di samping itu, pelanggan yang menempah CARSOME Certified Car ini akan mendapat hadiah dari CARSOME yang bernilai RM 50 sekiranya mereka membawa dokumen lengkap. Antara dokumen yang diperlukan untuk kelancaran proses pembelian adalah:
Salinan kad pengenalan pelanggan
Lesen memandu
Penyata pendapatan untuk 3 bulan terakhir
Penyata bank untuk akaun gaji buat 3 bulan terakhir
Penyata EPF
Dokumen sokongan pendapatan yang lain
Selain itu, mereka yang membeli secara menukar ganti kereta dalam Autofair ini pula akan menerima diskaun lagi RM 1,500.
Pelanggan wanita yang menempah kereta dari 8 - 31 Mac 2023 pula boleh mendapat jaminan pulangan wang selama 30 hari, bukan 5 hari yang ada macam selama ini. Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa juga, pelanggan wanita yang mengunjung ke Autofair akan menerima insurans hayat selama 1 bulan dari Fi-Life.
Jadi, untuk anda yang hendak membeli Honda Civic FB, jangan lepaskan tawaran hebat di CARSOME Autofair pada 17 – 19 Mac ini! Daftar di sini supaya anda tidak terlepas akan peluang keemasan ini.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen