window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Masih 'pening'? Ini 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh dianggap pembelian berbaloi!

Khairil · Jul 15, 2021 01:00 PM

Masih 'pening'? Ini 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh dianggap pembelian berbaloi! 01

Sebagai memenuhi trend di negara ini, WMoto Malaysia melancarkan skuter ADV dinamakan WMoto Xtreme 150i dengan kehadirannya dijangka mampu mencetuskan fenomena oleh pengedarnya, MForce Bike Holdings (MForce).

Juga baca: MForce lancar skuter ADV, Wmoto Xtreme 150i 2021 di pasaran Malaysia!

Dijual pada tanda harga asas RM 9,588, WMoto Xtreme 150i memberikan lebih pilihan kepada penggemar skuter yang kian meningkat di negara ini namun tetap mahukan sesuatu kelainan seperti bergaya ADV atau 'Adventure'.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

 

Masih 'pening'? Ini 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh dianggap pembelian berbaloi! 01

Sekalipun ia adalah model yang diambil daripada China, ia bukanlah sebuah produk yang boleh dilabel 'kelas rendah' malah selain tiba dengan rekaan menarik dan 'kacak', ia juga sarat dengan spesifikasi premium.

Juga baca: Wmoto lancar skuter ES125, dua varian, harga bermula RM4,588

Masih 'pening'? Ini 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh dianggap pembelian berbaloi! 02

Sebagai tambahan, MForce sendiri memberi jaminan ia adalah produk yang berkualiti tinggi dengan masalah seperti stok alat ganti dan sebagainya sudah pun diatasi. 

Masih 'pening'? Ini 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh dianggap pembelian berbaloi! 03

Justeru, kami senaraikan 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh ditakrifkan sebagai pembelian yang hebat buat anda!

1. Brek cakera depan, belakang lengkap dengan ABS

Masih 'pening'? Ini 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh dianggap pembelian berbaloi! 04

Untuk skuter atau kapcai bersesaran 150 cc, agak sukar untuk mendapat ciri dianggap premium seperti ini. Bukan hanya satu roda, malah kedua-dua roda WMoto Xtreme 150i dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Masih 'pening'? Ini 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh dianggap pembelian berbaloi! 05

Masih 'pening'? Ini 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh dianggap pembelian berbaloi! 06

Kerana itu, skuter ini mendapat penarafan lima bintang oleh Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP) dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) yang diperoleh pada April lalu.

2. Penggunaan suspensi premium dalam kelasnya

Masih 'pening'? Ini 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh dianggap pembelian berbaloi! 07

Tidak banyak skuter atau motosikal dalam kelas 150 cc datang dengan fork depan jenis terbalik (USD). Antara yang menggunakannya adalah 'Super moped' Benelli R18i yang juga produk edaran MForce.

Juga baca: Wmoto lancar skuter maxi RT3, lebih berkuasa & padu, harga RM 15,188

Masih 'pening'? Ini 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh dianggap pembelian berbaloi! 08

Suspensi belakang juga dianggap premium dengan penggunaan monoshock boleh laras. Ia dipasang secara condong bagi serapan hentakan yang lebih baik.'Setup' suspensi ini menawarkan tunggangan yang terbaik buat pemilik, tidak kira di laluan bertar atau lasak.

3. Visor angin boleh laras tanpa alatan

Masih 'pening'? Ini 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh dianggap pembelian berbaloi! 09

Skuter tidak boleh lari daripada visor atau pelindung angin terutama yang datang dengan rekaan seperti Xtreme 150i. Yang menariknya, visor motosikal ini boleh dilaras tanpa menggunakan peralatan khas yang kadang kala melecehkan.

Masih 'pening'? Ini 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh dianggap pembelian berbaloi! 10

Jarak ketinggian boleh larasnya dalah sekitar 5 cm dan ia sememangnya dapat memberi perubahan. Sebagai info, ada skuter dalam segmen pertengahan dengan harga jauh lebih mahal di mana visornya memerlukan peralatan untuk dilaras.

4. Tangki bahan api yang besar

Masih 'pening'? Ini 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh dianggap pembelian berbaloi! 11

Cukup menyenangkan apabila mengetahui kapasiti bahan api untuk WMoto Xtreme 150i adalah 11 liter untuk isian penuh. Apa yang menarik, MForce sendiri mendakwa pernah menunggang skuter itu dari Subang Jaya di Selangor sehingga ke kilang MForce di Pulau Pinang dengan jarak melebihi 300 km dengan hanya satu isian penuh.

Masih 'pening'? Ini 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh dianggap pembelian berbaloi! 12

Pada kelajuan 80 km/j, jarak perbatuan yang boleh ditempuh Xtreme 150i didakwa boleh mencapai 400 km.

5. Jarak kelegaan dari jalan 180 mm

Masih 'pening'? Ini 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh dianggap pembelian berbaloi! 13

Untuk memiliki kemampuan sebagai skuter yang mampu untuk meredah laluan 'offroad' ringan, jarak kelegaan tanah amat penting. Pada jarak 180 mm, ia sudah dianggap cukup baik dan dibuktikan dalam video promo sebelum ini.

Masih 'pening'? Ini 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh dianggap pembelian berbaloi! 14

Paling penting, ia masih nampak tidak begitu tinggi atau 'gonjeng' dan tetap sedap mata memandang.

6. Dua soket pengecas

Di era moden, soket pengecas di motosikal boleh dianggap sebagai ciri-ciri penting dan daya penarik baharu. Untuk Xtreme 150i, bukan saja mempunyai port sambungan USB, ia turut mempunyai soket pengecas 12v.

Masih 'pening'? Ini 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh dianggap pembelian berbaloi! 15

Selain 6 kelebihan di atas, WMoto Xtreme 150 datang dengan pelbagai lagi ciri menarik seperti:

  • Enjin 149.3cc, 4 Lejang, 1 Silinder, SOHC, Penyejuk Cecair.
  • Kuasa 12.1 Hp pada 8,500 rpm, tork 11.8 Nm pada 5,000 rpm.
  • Sistem transmisi jenis CVT.
  • Memiliki sistem Start-Stop untuk penggunaan bahan api lebih efisen.
  • Set lampu LED sepenuhnya termasuk lampu siang (DRL).
  • Set roda dengan rim 14 inci 100/80 (depan) dan 120/70 (belakang). Tayar jenis 'All terrain'.
  • Paparan panel meter LCD digital penuh.
  • Jaminan pengeluar 2 tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (mana tiba dahulu).

Masih 'pening'? Ini 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh dianggap pembelian berbaloi! 16

Kesimpulan

Masih 'pening'? Ini 6 sebab mengapa WMoto Xtreme 150i boleh dianggap pembelian berbaloi! 17

Pada harga di menghampiri RM 10k, WMoto Xtreme 150i bukanlah skuter yang boleh dianggap murah tetapi jika dibandingkan dengan harga bersama spesifikasi yang ditawarkan, ia boleh menjadi satu pembelian yang cukup berbaloi.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda