Masih rasa kereta Hyundai tiada ‘resale value berbanding kereta Jepun? Fikirkan semula

Haris · Nov 12, 2021 05:00 PM

Masih rasa kereta Hyundai tiada ‘resale value berbanding kereta Jepun? Fikirkan semula 01

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melihat nilai jualan semula model Hyundai melonjak seiring dengan peningkatan permintaan untuk kereta terpakai Hyundai sejak 5 tahun yang lalu. Sambutan yang mendadak di Malaysia ini adalah berikutan daripada peningkatan pegangan pasaran dalam peringkat global serta berjaya memenangi beberapa siri anugerah global untuk model Hyundai.

Menurut Pengarah Urusan HSDM, persepsi bahawa kereta Hyundai mempunyai jualan semula yang rendah adalah salah kerana pemilik kereta Hyundai kini sudah mula merasai nilai jualan semula yang lebih baik dan berdaya saing dengan kereta buatan Jepun.

Masih rasa kereta Hyundai tiada ‘resale value berbanding kereta Jepun? Fikirkan semula 01

“Jurang perbezaan harga jualan model Hyundai berusia 5 tahun dengan model Jepun adalah sangat kecil. Begitu juga dengan susut nilai kedua-duanya selepas 5 tahun iaitu sekitar 10 peratus setahun,” katanya

“Hyundai telah menempuh perjalanan yang panjang untuk membuktikan Hyundai adalah jenama kereta yang boleh dipercayai yang berkualiti tinggi. Model Hyundai hari ini bukan sahaja bergaya, malah ia turut dilengkapi dengan inovasi terkini yang setanding dengan jenama continental premium, oleh sebab itulah ia kian mendapat banyak permintaan,” tambahnya.

Semua model Hyundai pra-milik yang disenaraikan telah habis dijual sejurus selepas Hyundai melancarkan program kenderaan pra-milik yang diperakui iaitu Hyundai Promise. Hyundai Promise memberi jaminan bahawa semua model Hyundai pra-milik yang dijual datang dengan alat ganti tulen dan bebas kemalangan besar. Pemeriksaan yang ketat dan teliti dijalankan oleh juruteknik terlatih untuk memastikan semua kenderaan berada dalam keadaan yang optimum sebelum diluluskan dan diperakui.

Masih rasa kereta Hyundai tiada ‘resale value berbanding kereta Jepun? Fikirkan semula 02

Semua kenderaan yang djual bebas kemalangan besar dan diperbaharui kepada keadaan terbaik untuk ketenangan fikiran pelanggan Hyundai. Semua kenderaan yang diluluskan dan diperakui datang dengan jaminan lanjutan antara 2 hingga 5 tahun, bergantung pada umur kenderaan dan jarak tempuh yang dicatatkan. Unit terpakai terpilih turut disertakan dengan pakej penyelenggaraan dan perkhidmatan percuma.

Semua kenderaan terpakai Hyundai dilindungi oleh jaminan pengilang dan pengedar serta bantuan jalan raya 24 jam perkhidmatan.

Pelanggan yang ingin menjual, menukar atau membeli kereta daripada Hyundai Promise boleh menghubungi Sime Darby Auto Selection melalui laman web di www.simedarbyautoselection.com.my, atau hubungi 03-4065 2502 untuk lakukan temu janji dengan kakitangan berikut dari cawangan Sime Darby Auto Hyundai tersebut:

  • Cik Jasmine Teh - 012-288 7830, Hyundai Ara Damansara
  • Cik Karen Hong - 012-205 8598, Jalan Klang Lama Hyundai

Baca: Hyundai di Malaysia mempunyai ‘resale value’ yang rendah? HSDM nak ubah pemikiran anda!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Hyundai Kona 1.6 Turbo

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru