window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Maxus D60 2021 tembus pasaran Filipina – boleh lawan Honda CR-V di Malaysia?

Faisal · Feb 11, 2021 07:00 PM

Maxus D60 2021 tembus pasaran Filipina – boleh lawan Honda CR-V di Malaysia? 01

Rata-rata rakyat Malaysia mengaitkan jenama Maxus sebagai kenderaan komersil dan trak pikap. Sebenarnya, jenama ini juga menghasilkan SUV. Antaranya seperti Maxus D60 2021. Ia baru sahaja dilancarkan di Filipina.

Sebelum itu, jenama Maxus asalnya dari mana?

Maxus D60 2021 tembus pasaran Filipina – boleh lawan Honda CR-V di Malaysia? 02

Maxus ialah sebuah syarikat China yang telah beli jenama LDV - van terkemuka di British.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hari ini, mereka menghasilkan kenderaan komersil, SUV, dan MPV.

Maxus D60 2021 tembus pasaran Filipina – boleh lawan Honda CR-V di Malaysia? 01

Maxus T60

Di Malaysia, Maxus ditawarkan dengan model MPV (G10), van (V80), dan trak pikap (T60).

Maxus D60!

Maxus D60 2021 tembus pasaran Filipina – boleh lawan Honda CR-V di Malaysia? 02

Maxus D60 ialah crossover pertama buat syarikat Maxus. SUV ini adalah model Maxus kelima yang dilancarkan di Filipina sejak ia mula menapak di sana 3 tahun yang lalu.

Di Filipina, Maxus D60 ditawarkan dengan dua varian – 1.5T Pro dengan 5 tempat duduk dan 1.5T Elite dengan 7 tempat duduk.

Maxus D60 2021 tembus pasaran Filipina – boleh lawan Honda CR-V di Malaysia? 03

Walaupun dianggap sebagai ‘crossover kompak’, ia sebenarnya lebih besar daripada Honda CR-V dan Nissan X-Trail.

Apa yang menarik?

Maxus D60 2021 tembus pasaran Filipina – boleh lawan Honda CR-V di Malaysia? 04

Maxus D60 di China

Ia nampak cukup agresif. Lihat sahaja gabungan gril depan dan lampu siang LED tersebut.

Maxus D60 2021 tembus pasaran Filipina – boleh lawan Honda CR-V di Malaysia? 05

Antara sentuhan menarik ialah trim warna silver di bahagian sisi dan kedua-dua bampar depan dan belakang. Lapisan pastik hitam yang sinonim dengan SUV juga menghasilkan visual yang lebih ranggi.

Maxus D60 2021 tembus pasaran Filipina – boleh lawan Honda CR-V di Malaysia? 06

Rim 18 inci pada varian Elite

Dari segi perbezaan, varian Pro hadir dengan lampu depan halogen dan rim 17 inci. Varian Elite pula datang dengan rim 18 inci dan lampu depan jenis LED.

Dimensi – lebih besar daripada pesaing

Maxus D60 2021 tembus pasaran Filipina – boleh lawan Honda CR-V di Malaysia? 07

Dari segi saiz, inilah perbandingan dimensi Maxus D60 dengan Honda CR-V dan Hyundai Santa-Fe:

Dimensi D60 vs CR-V vs Santa-Fe
Model Maxus D60 Honda CR-V Hyundai Santa-Fe
Panjang (mm) 4,720 4,623 4,770
Lebar (mm) 1,860 1,855 1,890
Tinggi (mm) 1,736 1,679 1,680
Jarak roda (mm) 2,760 2,660 2,765

Interior – seperti yang dijangka

Maxus D60 2021 tembus pasaran Filipina – boleh lawan Honda CR-V di Malaysia? 08

Pada bahagian dalam, Maxus D60 hadir dengan sistem infotainment sesentuh 8 inci yang terletak di atas kawalan penyaman udara yang unik. Secara standard, kabin ini hadir dengan sambungan USB dan Bluetooth, 6 pembesar suara, dan stereng pelbagai fungsi.

Maxus D60 2021 tembus pasaran Filipina – boleh lawan Honda CR-V di Malaysia? 09

Sebagai varian teratas, Maxus D60 Elite datang dengan ciri kerusi kulit, keyless entry dan push start, cermin sisi dengan lipatan automatik, dan pengesan halangan depan.

Maxus D60 2021 tembus pasaran Filipina – boleh lawan Honda CR-V di Malaysia? 10

Interior Maxus D60 di China

Trenkuasa – tiada 3 silinder

Maxus D60 2021 tembus pasaran Filipina – boleh lawan Honda CR-V di Malaysia? 11

Tidak seperti kereta China lain yang mengikut trend enjin 3 silinder, Maxus D60 hadir dengan spesifikasi enjin seperti berikut:

Spesifikasi enjin Maxus D60
Trenkuasa

1.5L turbo 4 silinder

169 PS @ 5,500 rpm

250 Nm tork @ 1,700 - 4,300 rpm

DCT 7 kelajuan

Pacuan roda depan

Ciri keselamatan – agak sederhana

Maxus D60 2021 tembus pasaran Filipina – boleh lawan Honda CR-V di Malaysia? 12

Untuk maklumat anda, penyaman udara yang digunakan pada Maxus D60 pun datang dengan jenis manual, inikan ciri bantuan keselamatan pandu (ADAS). Walau apapun, ia masih hadir dengan ciri seperti:

  • Beg udara depan dan tepi
  • ABS dan EBD
  • Brake assist (BA)
  • Electronic stability control (ESC)
  • Electronic stability control (ESC)
  • Hill-start assist (HSA)
  • Tyre pressure monitoring system (TPMS)

Secara keseluruhan, cukup menarik ke?

Maxus D60 2021 tembus pasaran Filipina – boleh lawan Honda CR-V di Malaysia? 13

Di Filipina, Maxus D60 berharga dari PHP 1.15 juta (Pro) hingga PHP 1.26 juta (Elite). Untuk pengetahuan anda, Honda CR-V di sana bermula dari PHP 1.68 juta. Jawapan berdasarkan hati dan fikiran anda.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda