window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda 2 dikemaskini di Jepun - enjin Skyactiv G dipertingkat, warna baru yang sangat menarik!

Haris Β· Jun 25, 2021 07:30 PM

Mazda 2 dikemaskini di Jepun - enjin Skyactiv G dipertingkat, warna baru yang sangat menarik! 01

Mazda 2 telah menerima kemaskini terbaru di Jepun dan hasilnya adalah sebuah warna yang sangat nyaman. Tidak dinafikan, hanya rekaan Kodo sahaja yang mampu menggunakan warna-warna bosan menjadi menarik, hasil daripada pembiasan cahaya yang sempurna pada badan kereta!

Mazda 2 dikemaskini di Jepun - enjin Skyactiv G dipertingkat, warna baru yang sangat menarik! 02

Warna Premium Quartz Metallic

Pengeluar dari Hiroshima ini juga tampil dengan warna baru yang terang dipanggil "Sunlit Citrus" pada bahagian dalam. Tetapi jika anda tidak berminat dengan warna coklat beige ini, Mazda 2 juga masih boleh didapati warna Mazda standard seperti Soul Red Crystal Metallic dan Machine Grey Premium Metallic.

Mazda 2 dikemaskini di Jepun - enjin Skyactiv G dipertingkat, warna baru yang sangat menarik! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kemasan dalaman yang sangat elegan khas kepada pelanggan dengan penggunaan warna yang diilhamkan oleh musim panas. Bahagian dalamannya dilapisi kulit Grand Luxe Beige dengan jalur kuning sitrus yang melintasi bahagian tengah tempat duduk.

Mazda 2 dikemaskini di Jepun - enjin Skyactiv G dipertingkat, warna baru yang sangat menarik! 01

Untuk anda dan pasangan

Selain itu, pemilik yang memilih pilihan Sunlit Citrus juga akan menerima satu set lapik lantai berwarna coklat beige dan sepasang kunci eksklusif dalam kotak mewah. Begitulah caranya untuk meningkatkan nilai sebuah hatchback segmen B.

Mazda 2 dikemaskini di Jepun - enjin Skyactiv G dipertingkat, warna baru yang sangat menarik! 02

Dari segi keselesaan, Mazda 2 yang dikemaskini ini dilengkapi dengan pengecasan nirwayar dan sokongan Apple CarPlay tanpa wayar sebagai tambahan pilihan. Kelengkapan standard yang tersedia untuk semua varian adalah skrin paparan panorama 360 darjah untuk membantu pemandu melalui jalan raya metropolis yang sesak.

Mazda 2 dikemaskini di Jepun - enjin Skyactiv G dipertingkat, warna baru yang sangat menarik! 03

Kita bercakap pula mengenai soal trenkuasa. Enjin 1.5 liter NA Skyactiv-G kini menampilkan teknologi Diagonal Vortex Combustion. Teknologi ini ditawarkan pada enjin e-Skyactiv-X terlebih dahulu dan kini telah diperkenalkan kepada beberapa varian Mazda 2.

Mazda 2 dikemaskini di Jepun - enjin Skyactiv G dipertingkat, warna baru yang sangat menarik! 04

Cara Diagonal Vortex Combustion berfungsi

Semua varian selain varian paling renda menerima enjin yang dipertingkat ini dengan nisbah mampatan dinaikkan menjadi 14:1 (sebelum ini hanya dari 12:1). Varian yang lebih rendah masih menggunakan enjin dengan nisbah mampatan lama. Mazda juga mendakwa bahawa enjin mampatan yang lebih tinggi meningkatkan penggunaan bahan api sebanyak 6.8%.

Mazda 2 dikemaskini di Jepun - enjin Skyactiv G dipertingkat, warna baru yang sangat menarik! 05

Harga untuk Mazda 2 yang dikemaskini ini adalah sekitar JPY 1.46 juta hingga JPY 2.71 juta (~ RM 55.000 hingga RM 100,000). Adakah ini merupakan kemas kini terakhir untuk Mazda 2 sebelum model facelift ditawarkan? Jika ya, ia mungkin akan menjadi sebuah model yang diidam-idamkan dan bakal terpahat sebagai Mazda 2 paling cantik yang pernah dihasilkan! Setuju?

Baca Lagi:

Lakaran: Mazda 2 2021, macam Mazda 3 - bukan berasaskan platform TNGA Toyota Yaris?

0-100 km/j: Antara Myvi, Iriz, Jazz, Yaris, Mazda 2, dan Polo, yang manakah paling laju?

Ringkasan: Mazda 2 1.5 2020 facelift, hatchback paling mahal dalam segmennya!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mazda 2 Hatchback 1.5L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda