window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda BT-50 2020 baru dilancarkan. Pesaing Toyota Hilux dan Ford Ranger?

Haris Β· Jun 17, 2020 01:25 PM

Mazda BT-50 2020 baru dilancarkan. Pesaing Toyota Hilux dan Ford Ranger? 01

Setelah 9 tahun berkerjasama dengan Ford untuk penghasilan trak Mazda yang berasaskan Ford Ranger, Mazda kini mengumumkan bahawa syarikat itu akan bertukar angin kepada kerjasama dengan Isuzu.

Mazda BT-50 2020 baru dilancarkan. Pesaing Toyota Hilux dan Ford Ranger? 01

Seiring dengan pengumuman tersebut, Mazda telah melancarkan Mazda BT-50 2020 serba baharu. Model ini dibina berasaskan platform Isuzu D-Max, sebuah lagi trak pikap popular tempatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mazda BT-50 2020 baru dilancarkan. Pesaing Toyota Hilux dan Ford Ranger? 01

Mazda BT-50 yang dibina oleh Isuzu akan mula dijual di Thailand bersama-sama Isuzu D-Max.

Jangkaan awal menyatakan bahawa Mazda BT-50 akan ditawarkan dalam satu varian sahaja. Varian tersebut adalah Isuzu D-Max 3.0 liter Ddi BluePower turbodiesel dengan sistem common rail. Enjin ini menjana 190 PS kuasa kuda dan 450 Nm tork.

Mazda BT-50 2020 baru dilancarkan. Pesaing Toyota Hilux dan Ford Ranger? 02

Varian 1.9 liter Ddi BluePower tidak dinyatakan namun berkemungkinan akan ditawarkan kelak.

Mazda BT-50 2020 baru dilancarkan. Pesaing Toyota Hilux dan Ford Ranger? 03

Rekaannya mirip dengan Mazda CX-9 pada bahagian hadapan dengan gabungan DNA Isuzu D-Max di bahagian belakang.

Mazda BT-50 2020 baru dilancarkan. Pesaing Toyota Hilux dan Ford Ranger? 04

Kali ini Mazda BT-50 menggunakan lampu belakang yang sesuai dengan gaya trak. Tiada lagi lampu belakang mirip kenderaan biasa yang memanjang hingga ke penutup belakang trak.

Mazda BT-50 2020 baru dilancarkan. Pesaing Toyota Hilux dan Ford Ranger? 05

Papan pemuka Mazda BT-50 menggunakan rekaan baru namun masih mengekalkan ciri-ciri Isuzu D-Max.

Mazda BT-50 2020 baru dilancarkan. Pesaing Toyota Hilux dan Ford Ranger? 06

Isuzu D-Max

Maklumat lanjut akan didedahkan apabila Mazda BT-50 mula dijual di Thailand pada akhir tahun ini. Dijangkakan kebanyakan kelengkapan dan ciri-cirinya bakal sama dengan Isuzu D-Max.

Mazda BT-50 2020 baru dilancarkan. Pesaing Toyota Hilux dan Ford Ranger? 07

Kabin Isuzu D-Max

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mazda BT-50 Double Cab 1.9 High

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda