window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda BT-50 2021 di Malaysia tahun depan. Trak pikap yang perlu diberi lebih perhatian?

Haris Β· Nov 26, 2020 04:00 PM

Mazda BT-50 2021 di Malaysia tahun depan. Trak pikap yang perlu diberi lebih perhatian? 01

Mazda BT-50 sudah dilancarkan di Thailand pada bulan Jun 2020. Bagi pasaran Malaysia, khabar angin mengatakan bahawa ia akan hadir seawal suku pertama tahun 2021.

Pembaharuan apa yang ditawarkan?

Mazda BT-50 2021 di Malaysia tahun depan. Trak pikap yang perlu diberi lebih perhatian? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tawaran trak pikap dari Mazda ini mungkin kurang popular dahulu. Walaubagaimanapun, Mazda BT-50 2021 ini adalah model serba baru hasil kerjasama baharu dengan Isuzu.

Mazda BT-50 2021 di Malaysia tahun depan. Trak pikap yang perlu diberi lebih perhatian? 01

Secara teknikalnya, ia dibangunkan berasaskan Isuzu D-Max dengan sentuhan rekaan oleh Mazda. Namun, ia masih mempunyai perbezaan tersendiri.

CBU atau CKD?

Mazda BT-50 2021 di Malaysia tahun depan. Trak pikap yang perlu diberi lebih perhatian? 02

Mazda BT-50 2021 akan dibawa dari kilang Isuzu di Samut Prakan, Thailand. Generasi sebelum ini (berasaskan Ford Ranger) dikeluarkan dari kilang Mazda AAT di Rayong, Thailand.

Mazda BT-50 2021 di Malaysia tahun depan. Trak pikap yang perlu diberi lebih perhatian? 03

Oleh yang demikian, adalah selamat untuk mengatakan bahawa Mazda BT-50 akan didatangkan secara CBU dari Thailand.

Spesifikasi enjin?

Mazda BT-50 2021 di Malaysia tahun depan. Trak pikap yang perlu diberi lebih perhatian? 04

Enjin 3.0 liter Turbo diesel Ddi BluePower sistem pancitan rel sepunya (common rail injection system). Enjin ini mampu menjana sehingga 190 PS kuasa kuda dan 450 Nm tork.

Ini juga bermakna, ia masih enjin yang sama dengan varian Isuzu D-Max 3.0L.

Mazda BT-50 2021 di Malaysia tahun depan. Trak pikap yang perlu diberi lebih perhatian? 05

Penggunaan enjin tersebut menjamin penggunaan minyak yang efisien dan kebolehpercayaan yang tinggi. Isuzu memang sebuah jenama yang andal dalam pembinaan trak pikap jadi Mazda BT-50 2021 juga bakal menerima reputasi yang sama.

Anggaran harga?

Mazda BT-50 2021 di Malaysia tahun depan. Trak pikap yang perlu diberi lebih perhatian? 06

Mazda BT-50 generasi sekarang dijual pada harga RM 106,755 - RM 118,048.

Mazda BT-50 2021 di Malaysia tahun depan. Trak pikap yang perlu diberi lebih perhatian? 07

Walaupun ada sesetengah pengeluar kereta yang mampu mengekalkan harga model baharu, kami menjangkakan bahawa Mazda BT-50 2021 ini akan ditawarkan pada harga yang sedikit tinggi berbanding sekarang.

Ciri keselamatan

Mazda BT-50 2021 di Malaysia tahun depan. Trak pikap yang perlu diberi lebih perhatian? 08

Oleh kerana Mazda BT-50 2021 dibangunkan berasaskan Isuzu D-Max, tidak keterlaluan jika kita menjangkakan ciri keselamatan yang sama.

Mazda BT-50 2021 di Malaysia tahun depan. Trak pikap yang perlu diberi lebih perhatian? 09

Pandangan awal mengenai ciri-ciri yang bakal diterima adalah 6 beg udara, pengesan titik buta dan amaran lintasan belakang.

Mazda BT-50 2021 di Malaysia tahun depan. Trak pikap yang perlu diberi lebih perhatian? 10

Ini merupakan suatu penambahbaikan yang ketara berbanding generasi sebelum ini. 2 beg udara dan kawalan kestabilan sahaja. Aduhai.

Mazda atau Isuzu terus?

Mazda BT-50 2021 di Malaysia tahun depan. Trak pikap yang perlu diberi lebih perhatian? 11

Citarasa masing-masing dengan poket masing-masing.

Mazda BT-50 2021 di Malaysia tahun depan. Trak pikap yang perlu diberi lebih perhatian? 12

Mazda mempunyai peminat yang tersendiri, walaupun trak pikap Mazda kurang popular di sini berbanding Isuzu, ia masih menyusur di jalanraya. Mazda BT-50 memberikan keseimbangan antara gaya dengan prestasi manakala penggemar Isuzu D-Max pastinya lebih mementingkan prestasi sahaja.

Jika anda memilih Isuzu D-Max

Mazda BT-50 2021 di Malaysia tahun depan. Trak pikap yang perlu diberi lebih perhatian? 13

Isuzu D-Max generasi baru tidak akan hadir ke Malaysia sekurang-kurangnya hingga tahun 2022.

Semasa Isuzu Malaysia memperkenalkan D-Max yang dikemas kini dan enjin turbodiesel 1.9 liter baru, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu mengesahkan bahawa Isuzu D-Max serba baru tersebut akan tetap di Malaysia sekurang-kurangnya dua tahun lagi.

Mazda BT-50 2021 di Malaysia tahun depan. Trak pikap yang perlu diberi lebih perhatian? 14

Isuzu juga merancang untuk membawa model D-Max secara CKD dan perancangan tersebut bakal mengambil sedikit lebih banyak masa.

Bagaimana dengan Isuzu MU-X?

Mazda BT-50 2021 di Malaysia tahun depan. Trak pikap yang perlu diberi lebih perhatian? 15

Jika anda belum pernah mengenali Isuzu MU-X, ini adalah model SUV berasaskan Isuzu D-Max. Ia dijual di Thailand bersama-sama dengan Isuzu D-Max. Nasib yang sama mungkin tidak akan menimpa Mazda BT-50.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mazda BT-50 Double Cab 1.9 High

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda