Mazda BT-50 akan dilancarkan di Malaysia lebih awal berbanding trak pikap Isuzu yang sama generasi iaitu 2020 Isuzu D-Max generasi RG. Kehadiran Mazda BT-50 yang baru ini dijangka bakal dilancarkan pada suku pertama tahun 2021. Berikut adalah laporan daripada wawancara radio BFM dengan Dato’ Francis Lee, CEO Bermaz Auto.
"Model lain yang pada awalnya kami rancang untuk dibawa masuk (pada akhir tahun 2020, tetapi ditangguhkan oleh Covid-19) adalah Mazda BT-50, trak pikap generasi baru untuk menggantikan trak pikap yang diusahakan bersama Ford Motor Company.
Mazda BT-50 generasi baru ini adalah usaha sama Mazda dengan Isuzu dan reka bentuk luaran dan dalaman adalah milik Mazda. Kami berharap dapat memasarkannya pada suku pertama tahun hadapan," kata Dato' Francis Lee.
Dato’ Francis Lee jugak mendakwa bahawa Bermaz sedang merancang untuk membawa sebuah SUV untuk pemasangan tempatan, berkemungkinan besar Mazda MX-30 mild hybrid. Baca artikel mengenai Mazda MX-30 mild hybrid di sini.
Mazda BT-50 dilancarkan secara global pada bulan Jun tahun 2020. Ia dijangka akan dijual penghujung tahun 2020.
Mazda BT-50 sebelum ini dibangunkan berdasarkan Ford Ranger. Selepas ini, Mazda BT-50 dibangunkan berdasarkan Isuzu D-Max di kilang Isuzu bertempat di Samut Prakan, Thailand.
Hanya satu enjin yang telah diumumkan setakat ini - enjin turbodiesel Ddi BluePower 3.0 liter di dalam Isuzu D-Max yang menghasilkan 190 PS kuasa kuda / 450 Nm tork. Enjin Ddi BluePower 1.9-liter yang lebih efisien bahan api Isuzu (150 PS kuasa kuda / 350 Nm tork) tidak disebutkan tetapi mungkin akan ditawarkan kemudian.
Maklumat lebih lanjut akan diumumkan apabila Mazda BT-50 mula dijual di Thailand akhir tahun ini. Jika anda ingin tertanya-tanya mengenai mengapa Mazda beralih angin dari Ford ke Isuzu, ikuti artikel kami di sini.
Isuzu D-Max generasi RG baharu tidak akan diperkenalkan di Malaysia dalam jangka masa terdekat. Model generasi RT yang akan digugurkan dipasang di Malaysia dan model facelift baru sahaja dilancarkan di sini pada bulan September 2019.
Isuzu Malaysia turut mengesahkan bahawa Isuzu D-Max generasi RG baru tidak akan diperkenalkan di sini sehingga tahun 2022. Hal ini sememangnya dijangka kerana pemasangan tempatan memerlukan lebih banyak masa untuk menyiapkan kilang dan rantaian pembekal.
Walaupun kedua-dua Mazda BT-50 dan Isuzu D-Max mempunyai asas mekanikal yang sama, keduanya ditujukan untuk segmen pasaran yang berbeza. Falsafah rekaan Kodo pada Mazda BT-50 ditujukan untuk penduduk bandar yang urban sementara Isuzu D-Max mempunyai reputasi sebagai trak kerja dengan kos rendah dan boleh dipercayai.
Isuzu D-Max adalah kegemaran pemilik perniagaan yang memerlukan trak untuk tugas-tugas berat berbanding Mazda BT-50 yang lebih bergaya. Pembeli Isuzu D-Max tidak peduli sama ada D-Max adalah model terbaru atau tidak, selagi ia dapat menyelesaikan tugas dengan cepat, dengan kos serendah mungkin.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2022 Mazda BT-50 Double Cab 1.9 High
Upgrade
Add your car
2022 Proton X50 TGDI Flagship 1.5
2022 Proton X70 TGDI Premium 1.8
Komen