![Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia 01]()
Nampaknya, Isuzu D-Max baharu akan dilancarkan di Malaysia lebih awal daripada saudara kembarnya, Mazda BT-50.
![Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia 02]()
Kami difahamkan bahawa pengedar Mazda di luar negara memberi laluan kepada rakan sekerjanya Isuzu untuk melancarkan D-Max baharu terlebih dahulu.
![Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia 01]()
Di Australia, pelancaran Mazda BT-50 sengaja dilengahkan selama sebulan. Untuk maklumat anda, perasmiannya di pasaran tersebut beransur sebulan selepas pelancaran Isuzu D-Max.
Disebabkan oleh budaya Jepun yang faham akan satu sama lain, kerjasama diantara kedua-dua jenama ini nampak cukup serasi. Mungkin inilah sebabnya Mazda gugurkan Ford sebagai rakan niaga.
Juga baca: Mazda BT-50: Ini sebab Mazda memilih Isuzu D-Max, bukan Ford Ranger
![Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia 02]()
Secara teknikal, Mazda BT-50 baharu dibangunkan bersama Isuzu. Walaupun dengan gaya yang tersendiri, kedua-duanya berkongsi mekanikal yang sama.
Sebelum ini, Mazda BT-50 berkait rapat dengan Ford Ranger. Malah, ia turut dipasang di kilang Auto Alliance yang sama di Rayong, Thailand.
Juga baca: Mazda BT-50 2021 diperkenal di Thailand, kebolehtahanan D-Max dengan rekaan mewah Kodo
![Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia 03]()
Untuk generasi baru, Isuzu D-Max dan Mazda BT-50 dipasang di kilang Isuzu Motors Co. di Samutprakam. Apapun, masih belum dapat dipastikan sama ada Isuzu D-Max akan tiba di Malaysia sebagai model import (CBU) dari Thailand atau model yang dipasang tempatan (CKD) di kilang DRB-Hicom yang terletak di Pekan, Pahang.
Sebelum ini, Bermaz Auto pernah menjelaskan bahawa Mazda BT-50 baharu akan dilancarkan di Malaysia pada suku pertama tahun 2021. Tetapi sehingga ke hari ini, tiada sebarang perkhabaran.
![Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia 04]()
Sebaliknya, Isuzu D-Max yang akan dilancarkan dahulu. Baru-baru ini, pengedar Isuzu di Malaysia mengesahkan bahawa stok untuk model lama sudah hampir habis.
Begitu juga dengan stok Mazda BT-50. Walau bagaimanapun, trak pikap ini tidak begitu menyumbang kepada angka jualan Bermaz Motor secara keseluruhan.
![Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia 05]()
Memandangkan D-Max adalah satu-satunya kereta komersial ringan untuk Isuzu Malaysia, kami yakin mereka sudah tidak sabar untuk perkenalkan trak pikap terbaru ini ke pasaran. Kalau tidak, pengedar akan kerugian wang kerana tiada produk utama untuk dijual.
![Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia 06]()
Apapun, Isuzu D-Max baharu nampak cukup teguh. Ia mempunyai gaya sasa seperti Ford Ranger tetapi dengan reputasi ketahanan Isuzu yang boleh dipercayai.
![Mazda BT-50 lambat, Isuzu D-Max 2021 serba baru akan tiba dahulu di Malaysia 07]()
Di Thailand, Isuzu D-Max baharu telah mencantas kedudukan Toyota Hilux sebagai trak pikap paling laris di sana. Prestasi jualan sebegini bukan sembarangan memandangkan selama ini, pasaran tersebut sinonim dengan trak pikap ‘Hailak’.
Juga baca: Isuzu D-Max dominasi pasaran Thailand tahun 2020, tewaskan Toyota Hilux!